|
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
16 July, 2007
Amazing Illusion ever!
Nasi goreng Che Det
Nikah Dalam Tuk-tuk
BALING 15 Julai – Bernikah di Thailand terutama
membabitkan pasangan dari negara ini cukup mudah,
malah ia boleh dijalankan walaupun hanya dalam
tuk-tuk, kenderaan awam roda tiga yang popular di
negara jiran itu.
Seorang ejen untuk berkahwin di negara jiran itu, Wan
Abdul Wahab Abdul Hamid, 52, mengakui sebaik sahaja
pasangan pengantin sampai di kawasan yang ditetapkan
yang telah cukup jaraknya (marhalah) mereka boleh
terus dinikahkan tanpa banyak masalah.
Katanya, berbanding dengan syarat ketat untuk bernikah
di negara ini terutama untuk pasangan yang
berpoligami, proses yang sangat mudah di Thailand itu
pasti menjadi pilihan.
“Pasangan terbabit hanya perlu membayar upah nikah
sebanyak RM450 kepada imam,” katanya kepada Utusan
Malaysia, di sini hari ini.
Bagaimanapun katanya, pasangan terbabit perlu juga
membayar wang upah kepada ejen antara RM1,000 dan
RM2,000.
Bagaimanapun Abdul Wahab berkata, sepanjang terlibat
dengan pekerjaan itu dia hanya membawa pasangan untuk
bernikah kepada imam yang diiktiraf di negara itu
sahaja.
Malah menurutnya, ada pihak mengambil kesempatan
membawa masuk orang tertentu untuk dijadikan jurunikah
termasuk bernikah di bawah pokok dalam kawasan
Malaysia.
Abdul Wahab turut mendakwa, beliau telah beberapa kali
membawa golongan VIP dari Selangor termasuk artis
terkenal untuk bernikah di negara jiran itu.
Bagaimanapun dia enggan mendedahkan pendapatannya
hasil dari ‘kerjaya’ yang dilakukan ini sejak 10 tahun
lalu.
Bola: Semua Mesti Bertanggungjawab
KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Datuk Azalina
Othman Said berkata, prestasi buruk skuad bola sepak
negara dalam Piala Asia sepatutnya dipikul oleh semua
pihak dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan
badan naungannya dan bukan hanya Tengku Abdullah yang
meletak jawatan semalam.
Katanya, bukan Timbalan Presiden FAM itu sahaja yang
seharusnya menanggung tanggungjawab terhadap kemalapan
sukan bola sepak negara tetapi ia sepatutnya dipikul
oleh semua pihak yang terlibat dengan badan yang
menguruskan bola sepak.
“Adalah menyedihkan kerana begini akhirnya yang
berlaku kerana bukan hanya Tengku Abdullah seorang
yang bertanggungjawab terhadap jatuh bangun bola sepak
negara dan kekalahan dalam Piala Asia. Ia adalah
tanggungjawab bersama.
Kehilangan
“Kita kehilangan seorang pemimpin sukan yang
berkebolehan tetapi saya percaya Tengku Abdullah telah
membuat keputusan ini setelah berfikir
semasak-masaknya.
“Saya harap penggerak bola sepak akan mendapat
kesedaran dan melakukan sesuatu yang positif daripada
keseluruhan episod duka ini,” kata Azalina.
Tengku Abdullah melepaskan kesemua jawatannya dalam
FAM menerusi sepucuk surat semalam tanpa memberikan
alasan.
Bagaimanapun Tengku Abdullah diketahui hampa dengan
prestasi skuad negara yang menjadi budak belasahan
dalam Piala Asia. Malaysia kalah 5-1 kepada China pada
perlawanan pembukaan Kumpulan C Selasa lepas dan
kelmarin kalah 5-0 kepada Uzbekistan.
Mengulas perkara yang sama, Ketua Pengarah Majlis
Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong berkata
tindakan Tengku Abdullah itu tidak bermakna masalah
bola sepak negara ini telah selesai.
“Kita kena tengok secara keseluruhan konsep
pembangunan bola sepak kita... sehingga ke akar umbi.
Walau siapapun yang mengisi tempat itu selepas ini
perlu melihat kepada program pembangunan,” katanya.
“Tindakan Tengku Abdullah ini bukan jalan
penyelesaian, tetapi saya tabik kepadanya kerana
sanggup memikul tanggungjawab ini,” kata Zolkples.
Bekas Naib Presiden FAM, Datuk Paduka Basri Akil yang
sering lantang mengkritik badan induk bola sepak
negara itu, berkata: “Saya menghormati tindakan
beliau... saya menganggapnya sebagai satu pengorbanan.
“Agak mengejutkan kerana tindakan ini dilakukan lebih
cepat daripada keputusan awalnya sebelum ini yang mahu
melepaskan jawatan pada kongres FAM tidak lama lagi.
“Tengku Abdullah telah berusaha dan berkorban selama
20 tahun pengorbanan untuk menaikkan martabat bola
sepak Malaysia tetapi tidak tercapai dan sekarang
telah memberi laluan kepada pihak lain.
“Saya harap akan timbul kesedaran terhadap keputusan
Tengku Abdullah ini.”
Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin pula
terkejut dengan keputusan Tengku Abdullah itu.
“Saya tak sangka tindakan ini akan berlaku dan kami
(Ahli Majlis FAM) tidak diberitahu,” katanya.
15 July, 2007
Iran pun ada Yahudi?
|
Baru-baru ini, akhbar Tehran Times melaporkan Yahudi Iran menaffikan laporan bahawa terdapat tawaran kewangan untuk berpindah ke Israel, negara musuh Iran yang paling kuat menentang negara Parsi itu. semalam, akhbar Guardian pula melaporkan insentif ditawarkan berjumlah lebih AS$10,000 bagi individu dan sehingga lebih AS$60,000 bagi keluarga itu bersumber daripada dana yang ditubuhkan hartawan Yahudi asing untuk menggalakkan perpindahan Yahudi Iran ke Israel. Dilaporkan tawaran itu dibuat dengan restu kerajaan Israel yang ada memberikan bantuan kewangan kepada Yahudi yang berhijrah ke Israel. Kerajaan Israel dikatakan telah menubuhkan dana sebanyak AS$1 juta untuk menggalakkan Yahudi Iran bepindah ke Israel. Persatuan Yahudi Iran dilaporkan marah dengan tawaran itu yang disifatkan sebagai usaha membeli kerakyatan dan identiti mereka dengan sejumlah wang. Kata persatuan itu dengan bangganya, Yahudi Iran ialah antara warga Iran terawal. Iran mewarisi empayar Parsi yang hebat pada masa dulu. Walaupun kini sebahagian besar tidak mewarisi agama empayar Parsi, kebanggaan sebagai warga Iran masih kuat. Kenyataan rasmi itu ditandatangani Morris Motamed, satu-satunya wakil rakyat berbangsa Yahudi di parlimen Iran dan Siamak Sedq, pengerusi Persatuan Yahudi Tehran. Walaupun elemen liberalisme semakin meluas di negara dikuasai ulama konservatif itu, Iran memang jelas sekali sebuah negara yang rakyatnya berbangga dengan identiti mereka. Iran ialah salah sebuah negara di dunia yang meletakkan bahasa mereka sendiri pada tempat yang istimewa. Kekuatan ini kemungkinan menjadi satu faktor yang menyebabkan Iran mempunyai warga Yahudi kedua teramai di Timur Tengah selepas Israel. Tetapi bezanya, tidak seperti Israel, warga Yahudi Iran ialah antara penduduk asal Iran, tetapi warga Yahudi Israel sejumlah besarnya ialah imigran dari negara lain. Penolakan tawaran tersebut oleh warga Yahudi Iran tersebut, dengan satu kenyataan terbuka, merupakan satu tindakan politik yang tepat. Akibat situasi politik Timur Tengah dan permusuhan Israel dengan Iran, warga Yahudi Iran tidak dapat mengelak daripada menjadi mangsa keadaan. Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada lagi laporan tentang dasar tidak adil terhadap Yahudi di Iran. Sekiranya ada, pasti isu itu telah diperbesarkan, sebagai sebahagian kempen menentang Iran. Ketika Presiden Mahmoud Ahmadinejad mempertikaikan beberapa fakta berhubung peristiwa Holocaust, Ahli Parlimen Motamed membuat kenyataan memprotes kenyataan itu. Walaupun tidak wajar dikemukakan sebagai bukti keunggulan demokrasi di Iran, hal itu memperlihatkan Yahudi Iran mempunyai suara, dan dapat disampaikan kepada pemimpin negara. Warga Yahudi Iran semakin berkurangan sejak kebangkitan rakyat pada 1979 yang membawa kepada penubuhan Republik Islam Iran. Iran juga pernah menghukum sekumpulan warga Yahudinya atas tuduhan merisik untuk Israel. Tetapi hal itu tidak menerangkan segalanya tentang Yahudi di Iran. Insiden perisikan tersebut diperbesarkan media antarabangsa, walaupun hakikatnya hal yang sama boleh berlaku kepada warga yang bukan Yahudi. Ada kalanya, isu terbabit tidak sepatutnya difokuskan pada Yahudi atau bukan Yahudi. Media antarabangsa sebahagiannya memandang isu ini dari sudut yang salah, sama seperti meletakkan masalah sosial imigran di Eropah di bawah tajuk seperti "Islam di Eropah." Di mana-mana negara, hal melibatkan perisikan boleh melibatkan sesiapa sahaja, sama seperti imigrasi ke negara lain, walaupun disebabkan faktor sosio-politik dan sosio-ekonomi tertentu, mungkin satu-satu bangsa lebih cenderung untuk terlibat berbanding bangsa lain. Apa yang didedahkan melalui laporan tawaran itu ialah kekurangan penduduk Yahudi di Israel, berbanding warga Palestin yang sentiasa meningkat. Warga Palestin itu pula berpotensi menyertai kumpulan-kumpulan yang menentang kerajaan Zionis Israel, atau sekurang-kurangnya mengundi kumpulan yang tidak sehaluan dengan kepentingan Israel. Kenyataan Persatuan Yahudi Iran yang menjelaskan identiti mereka tidak boleh dibeli dan mereka tidak mahu berpindah ke Israel bukanlah sesuatu uang mengejutkan dan perlu diraikan dengan berlebihan sebagai bukti kesetiaan Yahudi Iran. Yahudi tidak semestinya boleh dikaitkan dengan mudah dengan Israel. Bagi satu jumlah yang besar Yahudi, New York, Maine atau Connecticut jauh lebih menarik berbanding Israel yang hanya akan mendedahkan mereka kepada ancaman bom Hamas dan Hizbullah. Sumbangan mereka kepada Israel juga mungkin jauh lebih besar dari luar berbanding sekiranya mereka berpindah ke Israel dan tinggal di penempatan-penempatan yang tidak dijamin akan kekal. |
Kantoi dengan cikgu
Lagi kes peniaga Melayu disisih diKLCC
Posted on Saturday, July 14 @ 16:04:07 MYT by SongkokPutih |
Syarikat tersebut mencatat jualan RM5 juta setahun dan membayar sewa kira-kira RM500,000 setahun. Beberapa pihak seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor dan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) telah melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pengurusan Suria KLCC.
Hanya dengan campur tangan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barulah pengurusan Suria KLCC menarik balik tindakan asalnya. Inilah hakikat keadaan yang dihadapi ramai pengusaha bumiputera di Suria KLCC.
Daripada 325 premis perniagaan di Suria KLCC, sekitar 10 peratus melibatkan usahawan bumiputera. Kadar penutupan premis perniagaan bumiputera adalah sekitar dua, tiga unit setiap tahun, sama ada kerana diberi notis keluar atau dibebani kenaikan sewa yang melampau. Pengusaha bumiputera minta agar pihak berwajib mengambil tindakan munasabah untuk membela kepentingan mereka yang berniaga di situ. Saya sendiri menjalankan perniagaan Restoran Kelantan Delights di Aras 4, Suria KLCC sejak 1997. Tempoh perniagaan saya di Suria KLCC akan ditamatkan pada Ogos 2007.
Pihak pengurusan Suria KLCC ada menawarkan perjanjian sewa yang baru tetapi telah menetapkan beberapa syarat baru, selain yang sedia ada. Antaranya ialah: “Menaikkan sewa hampir 50 peratus lagi iaitu dari RM360,000 setahun kepada RM520,000 setahun. (Padahal, kadar sewa telah naik 100 peratus dalam tempoh enam tahun.
Pada 2001, sewa adalah RM180,000 setahun dan sekarang RM360,000 setahun). “Kos mengubah suai keseluruhan premis pula ditanggung sepenuhnya oleh penyewa (yang saya anggarkan antara RM600,000 hingga RM700,000).
Tindakan pengurusan Suria KLCC ini bagaikan usaha untuk ‘menghalau’ perniagaan saya keluar dari kompleks tersebut. Padahal sepanjang menjalankan perniagaan di sini, saya tidak mempunyai masalah membayar sewa, gaji atau stok.
Saya sudah melabur modal yang besar untuk berniaga di Suria KLCC. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran termasuk kegawatan ekonomi (1998-2001), SARS dan selesema burung (2002-2004) serta persaingan dari restoran-restoran lain, saya masih mampu menjalankan perniagaan yang menguntungkan.
Perniagaan saya mempunyai track record yang baik. Restoran Kelantan Delights mendapat sambutan baik daripada pelanggan tempatan serta luar negara dan antara yang paling sesak setiap bulan Ramadan. Antara milestones restoran ini adalah menerima jemputan pengurusan Harrods London untuk mengadakan pameran makanan di Harrods London selama seminggu pada 1998 dan dipilih sebagai ‘Best Halal Malay Restaurant’ bagi tahun 2005-2006 oleh Halal Journal.
Restoran Kelantan Delights juga mendapat liputan dalam media massa tempatan dan asing termasuk Australia, Jepun, Rusia dan Arab Saudi. Terbaru, restoran ini dipilih untuk program pembangunan francais di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Untuk berniaga di lokasi berprestij seperti Suria KLCC memerlukan keberanian. Namun sewa yang terlampau tinggi atau syarat yang menyesakkan boleh membunuh sesuatu perniagaan.
Sebagai peniaga, saya memahami jika sewa perlu dinaikkan tetapi peningkatan sewa yang begitu mendadak dan tidak munasabah amat membebankan. Pada waktu ini pun, saya beroperasi sebagai restoran Melayu terakhir di Suria KLCC.
Kita bangga dengan ketinggian bangunan ini, tetapi berapa orang yang sedar bahawa dalam bangunan ini hanya tinggal satu sahaja restoran Melayu dalamnya. Bayangkan, dalam negara kita meraikan 50 tahun kemerdekaan tahun ini, hanya ada sebuah restoran Melayu di bangunan ikon kebanggaan negara dan rakyat Malaysia.
Ini satu senario yang memalukan. Satu-satunya restoran Melayu di Suria KLCC, selain Kelantan Delights iaitu Restoran Senja telah ditutup kira-kira dua tahun lalu. Justeru, kerajaan sebagai payung perniagaan Melayu dan menjaga hak kepentingan bumiputera perlu memantau keadaan yang dihadapi peniaga bumiputera di Suria KLCC. Berilah peluang untuk kami terus berniaga di Suria KLCC dengan kadar sewa yang munasabah. Janganlah semangat, perniagaan dan pelaburan kami dimusnahkan dengan sewa yang terlalu tinggi. Kami tidak mohon bantuan kewangan atau wang ringgit, cuma mohon peluang dan meminta agar kebajikan kami dibela.
Matlamat saya berniaga di Suria KLCC ialah untuk membangunkan jenama restoran Melayu yang kukuh dan berpotensi untuk dibuka di luar negara dan difrancaiskan. Saya ingin menyahut cabaran pemimpin negara dan tuntutan semasa untuk membuktikan saya boleh berjaya.
Hasrat dan matlamat kami berjihad dalam bidang ekonomi hanya akan berhasil andainya diberi ruang untuk bernafas dan berpeluang untuk sama-sama menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan negara.
– JUHAIDI ABDULLAH,
Kelantan Delights Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm "
Powered by Qumana
Police gets RM100 cash reward if they arrest you for bribery
Please note.
The Police are smart , we must be smarter , spread this news around so
that we don't get arrested for trying to bribe.
This is just a gimmick... they will tahan u... then ask to pay
bribe RM30... then when u give they will catch u for bribing them... after that
they get RM 100... huhuhu
Newspapers a few days ago. They are raising rewards to police to RM100
for reporting bribes made to them. So if u think u can get away with a bribe
of RM50 for a traffic offence, better think again. Moral: Dont trying to bribe!!
Cash reward for cops who arrest anyone trying to bribe them.
KUALA LUMPUR:
A cash reward of up to RM100 and a letter of commendation
will be given to police personnel who arrest anyone who attempts to bribe
them.
Acting Inspector-General of Police Datuk Musa Hassan said the reward
would be for Traffic, Criminal Investigations Department and Narcotics
Department police personnel.
He added that the reward was to spur policemen to uphold the integrity of the force. "The reward offer is also to let our men know that we appreciate them for their honesty and loyalty. "We also hope to inculcate in our men that accepting bribes is a very serious offence and does not pay," he added.
In Kuantan, Pahang police chief Datuk Ramli Yusuff said the cash reward would be double the bribe offered and up to a maximum of RM100. Ramli told Bernama that the reward would be paid after the person who offered the bribe had been charged and the case concluded in the courts.
"I will personally hand over the reward to the police personnel
concerned," he said, adding that the incentive would be paid from the Pahang
Police Fund.
Earlier, at the monthly parade held at state police headquarters, Ramli said L/Kpl Bakri Pandak Ahmad of the Kuantan traffic police was
rewarded with RM100 last month for arresting a man who had offered him a RM50
bribe.
Kisah Artis: Cat Papa Jahat Nikah dan Perkahwinan Ina Ramai Nak Sponsor
KUALA LUMPUR: Selepas tiga tahun menyulam cinta akhirnya komposer muda dan anggota kumpulan Fabulous Cats, Farish Ramli, 33 atau Cat Farish selamat dinikahkan dengan wanita pilihan hati Hartini Ramly, di kediaman pengantin perempuan di Bandar Baru Bangi, semalam.
Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan Datuk Ramly Ali. Di majlis itu Cat Farish yang popular dengan lagu Papa Jahat menyerahkan mas kahwin RM80 berserta wang hantaran RM13,000.
Pada Oktober lalu Cat Farish menghantar rombongan merisik Hartini dan mengikat tali pertunangan pada 17 Mac 2007.
Sewaktu dihubungi, Cat Farish menjelaskan dia bersyukur kerana majlis yang dirancang berjalan lancar.
“Saya mengenali Hartini sewaktu saya masih menganggotai kumpulan Ruffedge. Ketika itu Hartini meminati orang lain tetapi entah mengapa hati saya cukup kuat mahu berkenalan dengannya.
“Menerusi seorang teman yang baik dengan Hartini saya mendapatkan nombor telefonnya dan sering berhubung menerusi SMS.
“Akhirnya saya meluahkan perasaan hati dan mujur dia menerimanya dengan hati terbuka,” katanya menceritakan sejarah perkenalan dengan isteri, sebelum bernikah.
Kata Cat Farish, hatinya kuat mengatakan Hartini calon wanita paling tepat untuk dijadikan suri hidup apabila isterinya menjadi orang paling kuat memberi dorongan agar dia menubuhkan kumpulan Fabulous Cats.
Majlis persandingan turut diadakan di rumah pengantin perempuan pada tengah hari ini sementara keluarga Cat Farish akan mengadakan majlis menyambut menantu pada 21 Julai, di Jalan Duta.
RAMAI PIHAK INGIN TAJA PERKAHWINAN INA
KUALA LUMPUR: Beberapa pihak kini dikatakan menawarkan pelbagai khidmat untuk menaja majlis pernikahan Nordiana Mohd Naim atau Ina dengan Mohd Suhaimi Saad yang bakal diadakan pada 12 Ogos depan.
Biarpun majlis perkahwinan mereka dijangka pada Oktober atau Disember, namun sudah banyak pihak memberi tawaran untuk menaja pakaian pengantin, pelamin, kanopi, kek dan makan minum.
Kata Suhaimi, mereka kini dalam proses perbincangan dan pemilihan berikutan terlalu banyak pihak ingin menaja majlis pernikahan dan perkahwinan dia dan Ina.
“Saya minta maaf kerana tidak boleh senaraikan pihak yang ingin menaja majlis perkahwinan kerana kami masih dalam proses perbincangan. Takut nanti jika disebut, tapi tak dipilih mereka akan berkecil hati.
“Jadi lebih elok jika sudah sah nanti, barulah kami akan beritahu. Lagipun, kami juga perlu memilih mereka yang benar-benar menawarkan perkhidmatan berkualiti.
“Mengenai majlis pernikahan kami yang dipercepatkan selepas bertunang pada 6 Jun lalu, ia dibuat hasil perbincangan keluarga kedua-dua pihak. Selain itu, kami ingin mengelak daripada berlakunya fitnah,” katanya ketika dihubungi semalam.
Selain menyanyi, Suhaimi yang juga seorang guru kini mengambil cuti enam bulan untuk memberi tumpuan penuh untuk majlis pernikahan mereka dan pada masa sama sibuk menjayakan pelbagai persembahan.
Katanya lagi, majlis pernikahan mereka diadakan serentak dengan majlis pertunangan adik Ina, Nurizana Mohd Naim, 18.
Pada majlis akad nikah nanti, Ina bakal menerima wang hantaran RM10,000 serta mas kahwin RM22.50.
Mengulas kehadiran begitu banyak pihak ingin menaja perkahwinan mereka, Suhaimi menyifatkannya sebagai rezeki baru bagi pasangan yang akan mendirikan rumah tangga dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu.
Powered by Qumana
14 July, 2007
Anak buang ibu
isk sedih aku baca berita ni...apa punya anak daa..hampeh betul
KUALA LUMPUR: Hanya kerana enggan memelihara ibu yang sakit tua, seorang anak sanggup `membuang’ ibunya, selain bergaduh sesama adik- beradik selepas memperdaya anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) kononnya wanita uzur terbabit perlu dihantar ke rumah adiknya untuk penjagaan.
Bagaimanapun lelaki terbabit akhirnya bertengkar dengan adiknya di hadapan pintu pagar rumah selepas masing-masing enggan menerima tanggungjawab memelihara warga emas itu.
Lebih memeranjatkan apabila salah seorang lelaki terbabit yang sepatutnya menjaga ibu tua itu sebaliknya membuat laporan polis, kononnya anggota JPA3 yang diminta bantuan menghantar warga emas terbabit cuba menceroboh rumahnya.
Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 10 pagi kelmarin, pihak JPA3 Wilayah Persekutuan menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki yang mendakwa emaknya sakit dan pengsan.
Berikutan itu, sepasukan anggota JPA3 bersama satu ambulans bergegas ke rumah pemanggil terbabit di Taman Melawati, Hulu Klang.
Bagaimanapun sebaik tiba di rumah terbabit, emak lelaki terbabit yang dikatakan sakit sebaliknya dalam keadaan stabil, namun mengalami keuzuran.
“Difahamkan wanita tua berusia sekitar 70-an itu `dikurung’ anaknya di dalam bilik kecil seperti stor yang terletak di bahagian belakang rumah berkenaan.
“Anggota JPA3 yang bersedia membantu untuk menghantar warga emas itu ke hospital sebaliknya diminta supaya warga emas itu dihantar ke rumah anaknya (adik lelaki itu) di Danau Kota, Setapak,” katanya.
Menurutnya, atas dasar belas ihsan dan tanggungjawab kepada masyarakat, anggota JPA3 terbabit bersedia menghulurkan bantuan untuk menghantar wanita tua berkenaan ke alamat rumah diberi. Bagaimanapun lelaki terbabit tidak ikut sama untuk menghantar ibunya itu.
“Namun sebaik tiba di hadapan rumah dimaksudkan, anak kepada warga emas terbabit enggan membuka pintu pagar hingga menyebabkan anggota JPA3 terpaksa menghubungi anak wanita itu di Taman Melawati bagi menyelesaikan masalah itu.
“Apa yang berlaku, pemilik rumah terbabit enggan menerima ibunya hingga mencetuskan pergaduhan antaranya dengan lelaki yang meminta supaya wanita tua terbabit dihantar ke situ,” katanya.
Selepas selesai bertelagah, pihak JPA3 yang sekadar memerhati kejadian mengambil keputusan pulang ke ibu pejabat selepas menyangka perselisihan faham antara adik-beradik itu menemui kata putus.
Difahamkan wanita tua itu kemudian ditinggalkan di rumah terbabit kerana berpendapat pemilik rumah bersetuju untuk menerima ibunya.
“Bagaimanapun keadaan bertukar sebaliknya, apabila pemilik rumah terbabit sengaja membuat laporan polis palsu di balai polis Setapak kononnya anggota JPA3 cuba menceroboh rumah miliknya.
“Akibatnya pegawai JPA3 dipanggil untuk memberi keterangan oleh pihak polis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kejadian terbabit,” katanya.
Sementara itu jurucakap JPA3 Wilayah Persekutuan yang dihubungi mengesahkan berhubung tindakan polis memanggil pegawai JPA3 untuk memberi keterangan berhubung laporan dibuat itu.
Menurutnya, tindakan pemilik rumah menuduh anggota JPA3 cuba menceroboh rumahnya adalah tidak berasas dan jelas berniat jahat untuk menjatuhkan nama baik anggota JPA3.
Wanita dakwa ‘Tok Imam’ raba
KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang terlanjur bersama teman lelaki diambil kesempatan oleh lelaki tua bergelar ‘Tok Imam’ di sebuah masjid di Selayang, yang merabanya ketika membuat urusan perkahwinan.
Tok Imam berusia lingkungan 60-an itu didakwa konon cuba memberi ‘kaunseling’ serta ‘menasihati’ gadis 17 tahun berkenaan mengenai perbuatannya, namun mengambil kesempatan melakukan perbuatan tidak senonoh.
Mangsa yang ingin dikenali sebagai ‘Ika’ dan kini sarat mengandung lapan bulan itu dikatakan berjumpa dengan Tok Imam berkenaan di masjid itu sambil ditemani teman lelakinya, Zamry Mohd Razib, 20, serta bapanya, petang Rabu lalu.
Selepas selesai menandatangani surat nikah, ‘Ika’ berkata, dia diminta menunggu sebentar sementara bapa dan teman lelakinya diarah pulang.
“Saya menyangkakan ia adalah sesi kaunseling dan nasihat sebaliknya, tetapi dia cuba mengambil kesempatan.
“Ketika sebak menceritakan perkara yang berlaku, dia mengambil kesempatan memeluk dan menyentuh bahagian atas badan hingga perut kononnya ingin ‘mencurahkan kasih sayang’ serta menganggap dirinya sebagai bapa.
“Saya ketakutan dan kaku. Selepas hampir sejam berada dalam ‘sesi kaunseling’ itu saya terus menceritakan kejadian itu kepada bakal suami dan membuat laporan polis di Balai Polis Selayang,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.
Tidak cukup melakukan perbuatan itu, ‘Ika’ berkata, lelaki tua itu sempat mempelawa untuk bertemu lagi atas dasar ‘mengambil berat’ dengan nasibnya.
Sementara itu, Zamry berkata, dia amat kecewa dan kesal apabila Tok Imam sendiri tergamak melakukan perkara itu sedangkan kedudukannya dipandang tinggi masyarakat.
“Perkara ini sudah berada dalam perhatian polis kerana selepas kami membuat laporan, mereka terus ke sana berjumpa Tok Imam terbabit. Terserah kepada mereka untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Manakala bapa remaja itu, Mohd Razib Abbas, 53, meminta perhatian serius Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menjalankan siasatan terhadap kes itu.
Azalina perlu hati-hati bagi komen
Azalina perlu hati-hati bagi komen, jangan rendahkan hukum Allah |
Intan Abdullah Fri | Jul 13, 07 | 04:15:23 PM | |
BANGI, 13 Julai (Hrkh) - Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din hari ini menasihatkan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Azalina Othman Said agar berhati-hati dalam memberi sebarang komen sehingga merendah-rendahkan hukum Allah. "Terutamanya beliau adalah Menteri Sukan, membuat komen yang mengajak orang ramai supaya melanggar hukum Allah," ujarnya. Ia adalah berhubung tindakan Azalina yang dilaporkan mengeluarkan kenyataan kepada pemberita mengenai pakaian wanita untuk bersukan yang tidak sepatutnya terikat dengan hukum pakaian Islam kerana ia tidak sesuai dengan aktiviti sukan. Azalina, 43, yang memiliki tali pinggang hitam dalam sukan seni mempertahankan diri (taekwando) itu dilaporkan sebagai berkata beliau tidak perlu memakai tudung dan menegaskan bahawa atlit sukan wanita juga tidak perlu untuk menutup kepala. Haron Din ketika ditemui di kediamannya pagi ini berkata, beberapa tahun sebelum ini, terdapat isu yang sama dalam masalah penentuan pakaian dalam bersukan khasnya pakaian wanita. Beliau menyatakan bahawa ada seorang menteri yang faham agama berkata, "tidak mengapa dalam sukan untuk memakai pakaian yang sedia ada kerana semasa orang melihat mereka bersukan orang tidak melihat kepada badan mereka tetapi mereka melihat kepada permainan mereka," demikian kata menteri tersebut. "Seolah-olah hendak mengatakan bahawa dalam sukan ini, tidak mengapalah kalau wanita mendedahkan aurat kerana ia tidak menjadi masalah," katanya dengan tegas. "Hukum tetap hukum, akal dalam Islam bukanlah sumber hukum, tetapi ia adalah sumber mentafsirkan hukum melainkan dalam hal berijtihad," tegasnya. Akan tetapi, ijtihad wujud dalam keadaan memerlukan hukum baru, dan di sinilah akal berperanan dalam berijtihad seperti yang telah digariskan oleh syarak. Walau bagaimanapun, menurutnya lagi dalam hal yang telah sabit (tetap atau jelas) hukumnya seperti menutup aurat, ia hendaklah dipatuhi tanpa sebarang pertikaian. Jika bermain di tengah penonton lelaki bukan mahram, maka hukum berpakaian hendaklah dipatuhi, katanya. "Bukanlah bermaksud apabila wanita bermain sukan basket ball, nak kena pakai telekung. Mestilah mengenakan pakaian yang sesuai tetapi masih tetap menjaga batas yang telah ditetapkan," jelasnya panjang lebar. Sementara itu, beliau mengambil contoh atlit wanita dari Bahrain yang berpakaian menutup aurat, Ruqayya al-Ghasara yang telah berjaya memenangi acara 200 meter olahraga di Sukan Asia, Doha. "Menutup aurat tidak menghalang Ruqayya untuk mencapai kejayaan sehingga kemuncaknya, kalau dia boleh buat demikian (tutup aurat) sampai ke peringkat antarabangsa, apa alasan kita untuk mengatakan tidak boleh (bersukan dengan menutup aurat) ? Haron Din yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia juga mengingatkan kepada kerajaan bahawa jangan kerana terlalu ingin mencapai mutu dalam sukan, maka dengan sewenang-wenangnya mereka boleh bertindak menganjurkan masyarakat supaya melanggar hukum agama apatah lagi menggalakkannya. "Jangan nanti jadi 'yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran,' iaitu dunia tak dapat, akhirat pun tak dapat," tegasnya. Berikut adalah komentar Azalina yang disiarkan oleh media antarabangsa, Reuters mengenai pandangan beliau tentang menutup aurat. Azalina says Muslim sportswomen need not cover up Wednesday, 11 July 2007, 08:47pm Azalina says Muslim sportswomen need not cover up - Datuk Azalina Othman Said, PUTRAJAYA (July 11, 2007): Malaysia's Youth and Sports Minster, a Muslim woman with a martial-arts black-belt, likes to lead by example: she does not wear a headscarf and insists that Muslim sportswomen do not have to cover up either. Datuk Azalina Othman Said, 43, believes women offer the best chance of glory for a modern Muslim nation hungry for sporting success - but in trying to encourage more girls to take up sports, she is quietly holding the line against conservative Islam. Wearing a tracksuit-top and pants, Azalina told Reuters in an interview in her office yesterday that Muslim sportswomen were free here to dress just like their non-Muslim rivals, whether in the pool, on the diving board or in the gymnastics arena. "It's never become an issue in Malaysia," she said, declaring that women of all ages should, and do, feel free in this country to "wear shorts and jump around". "I mean we have Muslim gymnasts wearing tights and it's never crossed anyone's mind about how athletes are dressed. I am quite thankful that the people of Malaysia are still open-minded." But in reality not all Malaysians are so open minded. In February, the Islamist government of the northeast state of Kelantan barred men from watching or officiating at a women's national sports competition - and even in the absence of men, many athletes chose to compete wearing headscarves. Malaysia prides itself on being a moderate Muslim country and its national government presents itself as a bulwark against Islamic extremists, but Malaysian society is widely seen to be bending to the global forces of conservative Islam. In a country where 20 years ago women tended not to wear headscarves, religious police now prowl nightclubs and have detained women for immodest dress. This month, they hauled a singer away from a club for exposing too much of her back. Religious authorities have so far stayed outside the sporting arena, and Azalina remains confident that it will stay that way. But she warns that this cannot be guaranteed if there is a change to Malaysia's formula of multi-racial coalition government, where the Muslim majority share power with non-Muslim parties representing ethnic Chinese and ethnic Indians. "The day they change the government, I doubt it," she said, shaking her head. - mns |
Mempelajari Prinsip Hidup Tokoh Islam Terkaya Di Malaysia
Posted on Friday, July 13 @ 16:37:58 MYT by greenboc
Kisah Pengajaran sbL/belakang Syed Mokhtar
- Umur - 53 tahun
- Pendidikan - SPM
- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan -RM1,425 juta
- Ke 7 terkaya di Malaysia
- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
- Kereta - Proton Perdana
- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula
Bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah
>>>BACA ARTIKEL PENUH <<<
Menyusur Semula Kisah Altantuya
Menyusur Semula Kisah Altantuya
Posted on Saturday, July 14 @ 03:51:26 MYT by greenboc
Altantuya Shaariibuu @ Aminah Abdullah (Bahasa Mongolia: Àëòà Ãòóÿà Øà à ðüáóó) (1978-2006), seorang rakyat Mongolia, merupakan seorang mangsa bunuh yang mana baki mayatnya telah dihancurkan dengan bahan letupan C4.
KEHIDUPAN AWAL
Altantuya telah dilahirkan pada tahun 1978, kepada bapa Shaaribuu Setev, seorang profesor psikologi, dan ibu Sh Altantsetseg. Mereka membesarkan beliau dan adiknya semasa mereka bekerja di Russia di mana Altantuya memulakan persekolahan awal. Beliau fasih berbahasa Mongolia, bahasa Russia, bahasa Perancis dan bahasa Inggeris.
PEMBUNUHAN
FAKTA MAHKAMAH
Tertuduh : Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar dan Abdul Razak Abdullah Baginda
Hakim : Datuk Mohd Zaki Md Yasin
Pendakwa : Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Manoj Kurp, Wong Chin Kiat, Noorin Badaruddin dan Hanim Rashid.
Peguam bela : Wong Kian Kheong ( peguam bagi Abdul Razak Baginda),
Hazman Ahmad ( Peguam Azilah Hadri), J Kuldeep Kumar ( Peguam Azilah Hadri ), Ahmad Zaidi Zainal, Kamarul Hisham Kamarudin ( Peguam Sirul Azhar Umar)
RAZAK BAGINDA
Abdul Razak Baginda dikatakan mempunyai hubungan intim dan sulit dengan Altantuya. Beliau merupakan seorang penganalisis politik yang begitu prolifik di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Analisis beliau tentang isu-isu politik dan pertahanan di Afghanistan, Iraq dan Palestin diterima umum sebagai pendapat atau senada dengan pendapat rakyat Malaysia.
Altantuya Shaariibuu, 28, dari Ulan Bator, Mongolia disyakki ditembak mati sebelum mayatnya diletupkan dengan tiga butir bom tangan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
KELUARGA ALTANTUYA
10 November 2006 : Dr Shariibuu Setev (56) tahun) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang jam 6 petang . Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan ke Hospital Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dan ujian sampel DNA. Polis bahagian forensik menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas Shaariibuu Mash-Muj untuk mengesahkan kesahihan identiti cebisan mayat yang dikutip oleh unit forensik di Empangan Tasik Subang . Sampel darah ibunya, Altantsetseg, 53 turut dibawa dari Mongolia. Sampel darah Altanchagai, 16 bulan, belum diambil lagi. Altanchagai sedang sakit dan sedang mendapatkan rawatan di Mongolia.
BACA ARTIKEL PENUH <<<---
Malaysia kena belasah lagi. TAK MAKAN NASIK KER?? ( 2)
Giliran Uzbekistan pula membelasah pasukan bolasepak Malaysia 5-0. Apa nak jadi dengan bolasepak kita. Adakah sempena kemerdekaan Malaysia yang ke 50, angka 5 menjadi sinonim dengan skuad kita?
Para penyokong Malaysia yang kecewa dengan kekalah teruk 1-5 kepada China tempohari memakai t'shirt berwarna hitam tanda protes kepada FAM.Mereka juga membawa banner lambang FAM yang dipangkah.Ini menunjukkan walaupun pasukan kita lemah, penyokong tetap hadir di Stadium Bukit Jalil memberi sokongan kepada skuad Malaysia. Pemain sering bertukar, jurulatih pun sering ditukar. Tetapi mutu permainan tetap hampeh.
Alasan demi alasan dan sikap pegawai FAM menuding jari ke pemain dalam Harian Metro hari ini adalah seperti menuding kesalahannya kepada orang lain. Selepas ini mungkin FAM menyalahkan penyokong pulak..hmm nasib baik MU tidak datang kalau tak mau kalah 50-0 huhuhu.MALAYSIA BOLEH KE??
Powered by Qumana
Blog Lelabu Dot Com
Salam,
Saya nak review sedikit mengenai blog seorang rakan malah pernah menjadi sifu saya semasa saya memasang sistem affiliate dalam salah satu produk www.blalang.com saya iaitu produk Master-resell secara percuma sahaja. Terima kasih bro!!
Blog lelabu.com adalah pendapat penulis iaitu saudara Lelabu memberi kupasan mengenai isu-isu semasa yang hangat diperkatakan (isu hangat jugak tu..) seperti isu CTOS.
Tidak seperti blog saya ni yang kebanyakannya adalah menggunakan teknik copy and paste dari email kawan-kawan blalang_group, blog lelabu.com adalah kupasan dari minda Saudara Lelabu sendiri.
Bagi yang tidak mengenali beliau, dia adalah salah seorang Blogger otai kat Malaysia ini.Beliau tidak kedekut ilmu dan menjadi tempat rujuk blogger-blogger atau webmaster-webmaster Malaysia. Biasanya blogger-blogger di Malaysia saling review sesama blog untuk promote pelawat ke blog sesama kami.
Blog lelabu.com adalah menggunakan aturcara wordpress dan blog lelabu.com adalah blog yang popular dan sering dilawati oleh Internet Marketer di Malaysia.Antara yang hebat di lelabu.com ialah script logo kemerdekaan menunjukkan semangat patriotik yang tinggi blogger. Syabas Lelabu!!