adsense

16 July, 2007

Nikah Dalam Tuk-tuk



BALING 15 Julai – Bernikah di Thailand terutama
membabitkan pasangan dari negara ini cukup mudah,
malah ia boleh dijalankan walaupun hanya dalam
tuk-tuk, kenderaan awam roda tiga yang popular di
negara jiran itu.

Seorang ejen untuk berkahwin di negara jiran itu, Wan
Abdul Wahab Abdul Hamid, 52, mengakui sebaik sahaja
pasangan pengantin sampai di kawasan yang ditetapkan
yang telah cukup jaraknya (marhalah) mereka boleh
terus dinikahkan tanpa banyak masalah.

Katanya, berbanding dengan syarat ketat untuk bernikah
di negara ini terutama untuk pasangan yang
berpoligami, proses yang sangat mudah di Thailand itu
pasti menjadi pilihan.

“Pasangan terbabit hanya perlu membayar upah nikah
sebanyak RM450 kepada imam,” katanya kepada Utusan
Malaysia, di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, pasangan terbabit perlu juga
membayar wang upah kepada ejen antara RM1,000 dan
RM2,000.

Bagaimanapun Abdul Wahab berkata, sepanjang terlibat
dengan pekerjaan itu dia hanya membawa pasangan untuk
bernikah kepada imam yang diiktiraf di negara itu
sahaja.

Malah menurutnya, ada pihak mengambil kesempatan
membawa masuk orang tertentu untuk dijadikan jurunikah
termasuk bernikah di bawah pokok dalam kawasan
Malaysia.

Abdul Wahab turut mendakwa, beliau telah beberapa kali
membawa golongan VIP dari Selangor termasuk artis
terkenal untuk bernikah di negara jiran itu.

Bagaimanapun dia enggan mendedahkan pendapatannya
hasil dari ‘kerjaya’ yang dilakukan ini sejak 10 tahun
lalu.
Ads by AdGenta.com
Powered by Qumana

No comments:

Blog Widget by LinkWithin