adsense

14 July, 2007

Wanita dakwa ‘Tok Imam’ raba



KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang terlanjur bersama teman lelaki diambil kesempatan oleh lelaki tua bergelar ‘Tok Imam’ di sebuah masjid di Selayang, yang merabanya ketika membuat urusan perkahwinan.

Tok Imam berusia lingkungan 60-an itu didakwa konon cuba memberi ‘kaunseling’ serta ‘menasihati’ gadis 17 tahun berkenaan mengenai perbuatannya, namun mengambil kesempatan melakukan perbuatan tidak senonoh.

Ads by AdGenta.com


Mangsa yang ingin dikenali sebagai ‘Ika’ dan kini sarat mengandung lapan bulan itu dikatakan berjumpa dengan Tok Imam berkenaan di masjid itu sambil ditemani teman lelakinya, Zamry Mohd Razib, 20, serta bapanya, petang Rabu lalu.

Selepas selesai menandatangani surat nikah, ‘Ika’ berkata, dia diminta menunggu sebentar sementara bapa dan teman lelakinya diarah pulang.

“Saya menyangkakan ia adalah sesi kaunseling dan nasihat sebaliknya, tetapi dia cuba mengambil kesempatan.

“Ketika sebak menceritakan perkara yang berlaku, dia mengambil kesempatan memeluk dan menyentuh bahagian atas badan hingga perut kononnya ingin ‘mencurahkan kasih sayang’ serta menganggap dirinya sebagai bapa.

“Saya ketakutan dan kaku. Selepas hampir sejam berada dalam ‘sesi kaunseling’ itu saya terus menceritakan kejadian itu kepada bakal suami dan membuat laporan polis di Balai Polis Selayang,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Tidak cukup melakukan perbuatan itu, ‘Ika’ berkata, lelaki tua itu sempat mempelawa untuk bertemu lagi atas dasar ‘mengambil berat’ dengan nasibnya.

Sementara itu, Zamry berkata, dia amat kecewa dan kesal apabila Tok Imam sendiri tergamak melakukan perkara itu sedangkan kedudukannya dipandang tinggi masyarakat.

“Perkara ini sudah berada dalam perhatian polis kerana selepas kami membuat laporan, mereka terus ke sana berjumpa Tok Imam terbabit. Terserah kepada mereka untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Manakala bapa remaja itu, Mohd Razib Abbas, 53, meminta perhatian serius Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menjalankan siasatan terhadap kes itu.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin