adsense

11 April, 2007

Info Hangat: Renungan org nak kahwin



Subject: Fw: Renungan org nak kahwin

Khas buat mereka yang nak kawin...
Yang dah kawin tu... pikir2 kalu nak kawin LAGI...

Ada kebenarannya..............!!!

Ok.. sekarang nie ramai yg nak dekat kahwin ataupun ramai yg ader plan nak
kahwin. Sumer orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannyer mudah banyak
persiapan yg perlu di aderkan... . ia memerlukan satu perancangan yg cukup
teliti bagi dua dua blah pihak

Kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin. Maknernyer
diorang plan nak buat majlis abih tak boleh agree with each other so they
bergaduh and taklah jadi kahwin.


So ader orang yg tak jadi kahwin pasal nak kahwin. Kalau kahwin mestilah
nak buat majlis Walimah... untuk mereka yg tak tahu, majlis walimah ialah
majlis sambutan hari perkahwinan dimaner sanak saudara sahabat handai jiran
tetangga dijemput hadir makan bersamer.

Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripader memikirkan
maser depan dan hala tujuan hidup bersamer selepas nikah.

Ok berikut aderlah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis
ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin
berkahwin lagi.

1. Kadi :

At least 6 mths b4 the proposed nikah date korang misti kener gi register
kat jabatan, and biler korang gi register korang mistilah dah tahu asas
kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang
bolehlah book kadhi. Sorang je book... . jgn dua dua gi book plak.

kos kadi : RM80++

2. Kursus rumahtangger:

Kener pergi... . kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi when
u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for the sijil
kursus... . whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus.
walaupun kiter dah terer dlm bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau
kiter refresh balik aper yg telah kiter ketahui.

kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat)

3. Book Mak Andam:

Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak owang
pompan... .. pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. Of courselah,
lelaki nak amek mak andam buat aper sey. At least six months misti nak
book... later than that u might have a problem finding one... .. kalau ader
pun mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe.

Kos : RM1200 (tengok baju aper... kalau ader baju batman atau otromen
(mungkin mahal sikit)

4. Photographer:

Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak korang
kenerlah carik sendiri. Sekarang owang melayu dah pandai... . dah pandai
amek studio, dah pandai amek outdoor.

Kos : RM800

5. Kompang / Hadrah

Unless korang nak pakai loktang takyah panggil kompang. Kalau nak panggil
at least 3 mths notice.

Kos :RM300

6. Dekorasi blok dan pelamin

Sekarang sudah canggih... kolong blok diorang transform jadi macam istana
Taj Mahal... . kalau tak pun jadi macam lori cina mampos... . letak kacang
samer kuaci sudah original beb... . tinggal nak campak kerander je kat
tengah-tengah. Macam macam design macam macam pattern.

Kos :RM1000

7. Tukang Masak and Khemah Kosi Meja

Tukang masak mesti ader beb... kalau takder camner owang nak makan? Lainlah
kalau korang buat majlis kat Mac Donald's.

Kos : RM7000 (tengok kepaler yg datang)

8. Kerete

Unless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereter (*naik
basikal bleh gaks..) Kalau nak sewa, kenerlah sewa yg special punyer...
Merc ke?... Jag ke?. kira yg besau punyer kereter lah. Janganlah plak badan
korang besau abih sewa Kancil... ... sampai besok pun takleh masok!

Kos: RM300

9. DJ/Karaoke

Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan? Lazimnyer owang akan
engage DJ/ Karaoke services. Ader jugak yg amek band industan, brass band.
At least 6 mths mesti nak kener book.

Kos :RM850 (dengan dinner sekali)

10. Berkat

Kira door gift lah. Yg biaser telur rebus owang kasi... tapi sekarang dah
maju... diorang lagi kreatif... ader yg kasi tuala, sabun buku, cokelat,
agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc.

Kos : RM3000++

11. Miscellaneous

Perkara perkara kecik owang selalu overlook... perkara perkara kecik
ginilah yg selalu membuat kocek kiter tebakar. Bender bender seperti Bunga
Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala
rewang, pisau rewang, barang barang hantaran, cadar, kelambu, langsir,
carpet, bill,lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad
jemputan... ...

Kos : RM2500 ++

TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENER KLUARKAN IALAH : RM17,110

Belom termasok hantaran lagi beb... . korang pandai pandailah plus sendiri.
Dari itu saper saper yg dah nak berkahwin... ... . SELAMAT PENGANTIN BARU!

Untuk mereka yang bakal-bakal... . yang dah lepas tu, mungkin nak tahu
jugak sebab musababnyer... .. Zaman sekarang ni kan; hantaran makin naik
harga. Maklumlah; kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik; naik
lagi harga bakal2 bini.

Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah; sengkek lah; tak mampu
jangan ada hati nak kahwin lah; hai... macam-macam story lagi. Biasanya
yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan aje; ni
semua kerja orang pompan, dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri
yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey; sekarang
paling minimum RM6000. Hantaran RM5000; RM4000 masih ada jugak; tapi dah
boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah; tapi ada
serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.

Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal.
Hah... korang bacalah:-

Sebab
1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompan paling jambu dalam family
4. Anak pompan kerja high post
5. Anak pompan biasa pakai barang branded
6. Anak pompan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya
sekaligus
8. Anak pompan yang rasa dirinya... lengkap segala-gala
9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif
10. Anak pompan tu pun jenis ek... semacam jer

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau
sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):-
1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok jer si anak lak
lebih-lebih
2. "Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap
je."
3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
4. "Kalau lawa macam Karisma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam
kena lenyek je."
5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power
dari Catherine Zeta-Jones eh?"

Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-
1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak
cerewet."
2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar
pelan-pelan cara instalment."
3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita
sponsor."
4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff
discount. Korang cuma kasi 10% je."
5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan
kita ramai lagi."
6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama.
Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin."

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya
:-
1. "Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler."
2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya
expectation ler."
3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American
dollars je."
4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke;
boleh kata semua credit card kita ada lah."
5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta
Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."
6. "Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju
tidur.Murah nah?"

Haa... tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Jadi untuk pasangan2
yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni.

Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutanlah dengan kemampuan
pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2.

Hati dah suka punya pasal; semua boleh aje. Cukup time badan
cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam
untuk kumpul duit. Ada pulak tu..yg terpaksa amik personal loan.. bank
rakyat... bank Islam... atau guna kredit card.. lepas kawin.. kepala lagi
sewel, dok pikir nak bayar hutang, loan rumah, loan kereta, loan komputer,
'loan bini',.. tak tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya semakin
memudahkan kehidupan.. dah terbalik.. jadi semakin susah. Entahlah... .
dunia... dunia... "

p/s: saya pun tak tau nk ckp aper..tapi pada saya menda2 cmni pun ader
betul ader salahnya..sajer post gurau2 hehe jgn marah yer org2 yg dh plan
nak kawen?pesanan saya, mendirikan masjid tu pahle nyer
bessaaarrr!Cewwaaahh!!!



RHAR
"Lelaki acuan Al-Quran
ialah seorang lelaki yang solatnya adalah maruah dirinya ...Wallahualam"

No comments:

Blog Widget by LinkWithin