ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
17 April, 2007
Isu Hangat: Bila wakil rakyat mati baru ada pembangunan?
Bila wakil rakyat mati baru ada pembangunan? - Kit Siang
Nyza Ayob
Mon | Apr 16, 07 | 06:18:39 PM
KUALA LUMPUR, 16 April (Hrkh)- "Apabila ada orang mati baru ada pembaharuan. apa namanya demokrasi apabila ada wakil rakyat meninggal barulah dijanjikan untuk mempertingkatkan 'public service' . Perbelanjaan yang digunakan juga melebihi dari sepatutnya. Saya mahu laporan terperinci kenapa kawasan pembangkang di diskriminasi"
Perasaan tidak puas hati itu diluahkan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang di Dewan Rakyat hari ini sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2007 peringkat Kementerian Kewangan,
Selain tidak puas hati dengan Barisan Nasional sepanjang proses kempen di Machap, Kit Siang turut menyentuh tentang perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat yang didakwa disebabkan berlakunya krisis antara Ketua Menteri Sabah.
Kenyataannya itu bagaimanapun disanggah Dato' Ronald Kiandee(BN-Beluran).
"Yang berhormat tadi main isu Machap, sekarang main pemikiran orang Sabah. Kenapa isu orang berhenti jadi isu pada pembangkang. Dia yang hendak berhenti secara sukarela. Itu hak seseorang, kenapa Yang berhormat mahu pertikai," katanya yang turut disokong rakannya, Bung Mokhtar Radin(BN-Kinabatangan)
Dalam ucapannya Kit Siang juga membangkitkan isu slogan Sabah Baru yang dicanangkan BN suatu ketika dahulu, tetapi tidak mendatangkan sebarang perubahan kepada pembangunan Sabah.
"Betapa kosong Umno dengan slogan Sabah baru. Apa yang Umno telah sebut apabila pertama kali 'memasuki' Sabah? Umno kata akan mengurangkan kemiskinan di Sabah. Apakah benar kemiskinan berjaya di kurangkan di Sabah? " soalnya.
Kenyataannya itu sekali lagi di sangkal oleh Bung Mokhtar yang masih tidak berpuas hati dengan kenyataan Kit Siang yang menyatakan berlakunya krisis yang menyebabkan perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah.
"Umno lari dari kenyataan dan suara kebenaran. Jika berani, tolong jawab sama ada betul atau tidak berjaya mengurangkan tahap kemiskinan," tegasnya.
Bung Mokhtar yang kelihatan berang, mempersoalkan kenyataan Kit Siang dengan mengatakan, "Beranilah ni, kita belum takut pada pembangkang. Di Sabah bukan tidak ada pembangunan. Ada pembangunan di tempat saya."
Tanpa mempedulikan sanggahan wakil BN, Kit Siang terus mendakwa, selain kemunduran di Sabah, puak Kadazan Dusun juga disifatkannya sebagai 'new under class'.
Beliau turut memberi contoh terdapat kes di mana seorang kanak-kanak di Sabah membunuh diri akibat kemiskinan yang menghimpit keluarganya.
Kenyataannya itu sekali lagi menimbulkan ketegangan di kalangan Ahli Parlimen BN dari Sabah.
Suasana menjadi semakin tegang apabila wakil Kinabatangan, Beluran, dan Putatan bangkit bagi menyangkal kenyataan Kit Siang.
"Bagi saya laluan untuk menjelaskan pasal Tony. Saya boleh jelaskan pasal Tony kerana saya kenal keluarga Tony," Dato' Dr Makin @ Marcus Mojigoh (BN- Putatan) yang bangkit untuk menjelaskan isu bunuh diri kanak-kanak bernama Tony itu langsung tidak diendahkan dan tidak diberi laluan oleh Kit Siang.
Sementara itu Kinabatangan dan Beluran tetap tidak berpuas hati dan menyatakan kenyataan Kit Siang bahawa puak Kadazan dan Dusun tertindas sebagai menghasut.
Suasana bertikam lidah menyebabkan dewan menjadi gamat dan Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Dato' Lim Si Cheng terpaksa mententeramkan keadaan.
"Yang Berhormat semua duduk. Janganlah bising!. Tidak akan habis dengan cara ini," katanya.
Perbahasan Kit Siang juga semakin membangkitkan kemarahan Ahli Parlimen BN apabila beliau membangkitkan isu laporan polis terhadap 25 pertuduhan rasuah yang melibatkan Ketua Menteri Sabah, Dato' Musa Aman.
Isu ini pernah dibangkitkan Ahli Parlimen Kubang Kerian dalam perbahasan menjunjung kasih ucapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agung, baru-baru ini.
Dalam ucapannya Kit Siang dengan tegas menyatakan BN terlibat dalam pemalsuan kad pengenalan di Sabah.
Bagaimanapun kenyataannya itu disanggah Dato' Seri Md Salleh Tun Said Keruak(BN- Kota Belud) yang menyatakan tidak patut menuduh BN terlibat dalam isu pemalsuan kad pengenalan itu. - mr
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment