adsense

10 April, 2007

Isu Hangat: Pilihan Raya Kecil - Episod Jual Beli Undi



Sama ada kita perasan atau tidak atau buat-buat tidak perasan,
pilihan raya kecil merupakan satu episod jual beli undi di negara
kita. Calon-calon yang berduit akan membeli undi dengan menawarkan
hadiah-hadiah lumayan terlebih dahulu. Sementara calon yang tidak
berduit akan memberi input-input tentang apa yang tidak kita dengar
atau lihat (atau memang kita sudah buta hati) atau tidak tahu (sebab
kita memang tidak berilmu @ bengap). Jadi sebelum kita mengundi maka
kita akan dapati banyak jalanraya akan berturap, orang-orang daif
dilawati (dan dapatlah duitke atau biskutke atau kain batikke),budak-
budak sekolah dapat basikal, penganggur dan Mat Kurap dapat duit
pasang poster (kadangkala dapat duit koyak poster). Bak kata orang
rezeki datang melempah-lempah di kawasan berkenaan. Warung-warung
yang selalu tidak berapa nak laku tiba-tiba dikunjungi pedagang-
pedagang undi. Natijahnya dua sahaja. Pertama YB yang dah mati tu
dulu kurang buat kerja ataupun kaki tangan kerajaan tidak buat kerja
(sampaikan kerusi rodapun orang politik yang sampaikan). Sementara
yang keduanya kalau nakkan semua itu kita kenalah buat kerja supaya
YB kawasan kita cepat mati. Antara kerja-kerja yang kita boleh buat
ialah minta duit bila anak sakit, jemput YB datang bila kenduri dan
jangan lupa minta duit lagi, kalau YB nak kahwin lagi ini mesti
sokong, selalu hulur rokok atau curut kat YB, kalau bagi YB minum
mesti lebihkan gula, pendek kata bila ada peluang jumpa dia kita
mesti buat supaya dia cepat jalan atau paling tidak masuk ICU. Bila
dia mati tentu ada pilihan raya kecil. Kemudian tu tentu kawasan
kita mendapat durian runtuh. Apa macam, best tak?

1 comment:

Anonymous said...

Ingin menjual atau membeli mobil & motor dengan cepat ? kunjungi

MOBILMOTORMALL.COM - Jual Beli Mobil Motor - Bursa Iklan Mobil Motor - Info Harga Mobil Motor

Blog Widget by LinkWithin