ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
18 April, 2007
Isu Hangat: Selamatkan Kak Ogy
Selamatkan Kak Ogy! Posted on Tuesday, March 20 @ 07:44:08 MYT by din-cryptos
Oleh S.O.S. OGY
Assalamualaikum. Perkembangan pakaian kak ogy ahmad daud makin hari makin membimbangkan. Bermula tudung yg agak labuh pada penampilan pertamanya dalam tv di rancangan melodi selepas "insaf"” , sekarang makin hari makin “tercabut”. Saya sendiri menyaksikan perkembangan ini walaupun secara tak sengaja.Saya juga sering terlihat kak ogy tampil dirancangan “ogy dan salih”.suatu ketika kak ogy berpakaian seakan skaf tetapi ekor skafnya terjurai ke belakang seperti rambut yang panjang ke punggung.
Sekali sekala terlihat seperti tudung paderi kristian pula.terbaru saya menyaksikan kak ogy sebagai juri di af5. (lihat gambar) hanya tinggal skaf pendek sahaja. Kalau diperinci di segi aghama memanglah sudah tak menepati hukum menutup aurat.tapi bagi penafsiran saya kak ogy masih terkapai-kapai...dan kita perlu menyambut tangan kak ogy..
Aduhai kawan-kawanku, tolonglah kak ogy. Suatu ketika kak ogy kelihatan tertekan akibat karenah bekas suaminya . Ketika itu kak ogy nampaknya ingin menghayati agama hinggakan bertemu datin sabariah (isteri tok guru) Tetapi akhir-akhir ini nampaknuya kak ogy seolah2 sedang menanggal tudungnya sedikit demi sedikit, maafkan saya sekirtanya terkasar!.
Rasanya memang benar kak ogy susah untuk menjauhi dari dunia artis. Walaubagaimanapun kak ogy perlulah lakukan sesuatu sekurang-kurangnya tudung tak tertanggal. Suatu ketika saya amat salute pada kak ogy kerana jihadnya menentang arus sekelilingnya yg (dunia artis yg. Tidak bertudung).kak ogy sekurang-kurangnya boleh mencontohi beberapa artis yang telah bertudung seperti waheeda, wardina, norkumalasari dll.
Tolonglah kak ogy, kami sayang kak ogy. Kalau sudah tertanggal tudung nanti payah pula nak bertudung. Kak ogy nampaknya sudah terperangkap dengan dunia artis yang penuh dengan glamour. Saya harap kak ogy kena mengunjungi majlis2 ilmu. Iman tak akan datang bergolek hanya sekadar bertaubat dan tak buat apa2. Saya terkenang juga abang azmil mustafa yang pernah terkenal dengan :”setan”nya dalam ali setannya.
Abang azmil kini boleh bercakap dipentas dakwah. Mungkin juga kak ogy boleh belajar caranya bagaimana abang azmil berjihad dengan meninggalkan dunia seninya? Bagi saya kak ogy ada 3 pilihan.:
pertama : lari terus dan sepikan diri dari dunia artis Kedua: berubah seperti artis wardina dsb. Dan bergaul dengan mereka dan kekalkan penampilan imej menutup aurat. Ketiga: step by step “keluar dari dunia artis dan mencari kerja lain. Tetapi yang perlu kak ogy sentiasa hadiri ialah program pengajian dari semasa ke semasa kalau tidak kemungkinan “hanyut” Jangan lupa kak ogy ; ada hadith yang berbunyi “wanita yang sengaja membuka auratnya tidak akan berbau syurga sedangkan syurga itu amat jauh baunya. Apalah gunanya kalau glamour di dunia tetapi dimurkai allah.
Tidakkah kita sedar bahawa hidup batu nesan yg berada dikuburan itu sesetengahnya lebih tua dari usia kita. “ betulkan saya jika tersilap. Ayuh teman2 tolonglah kak ogy! Biarpun dengan sekeping emel.dakwah adalah tanggungjawab kita…
OLEH: S.O.S._OGY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment