adsense

17 April, 2007

Lawak Hangat: Sengal Telinga



Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke klinik ENT, kerana telinganya
di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur
di pasar.

Doktor: "Selamat petang... "
Pesakit: "Selamat petang Doktor!"
Doktor: "Ada masalah apa ... ?"
Pesakit: "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor... "
Doktor: "Biar saya periksa telinga anda!"
Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup
susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan.

Doktor: "Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut... "
Pesakit: "Apa caranya doktor?"

Doktor: "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula
percuma... "
Pesakit: "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor: "Yang percuma kena sabar... "
Pesakit: "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya... ?"
Doktor: "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi
'tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit: ????

No comments:

Blog Widget by LinkWithin