adsense

18 April, 2007

Tip Hangat: Ujian Minda





Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau
tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu
menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan "Ya" atau "Tidak".
Sediakan pen & kertas, tulis no 1 hingga 20. Kalau jawap "Ya" tanda
right.. kalau "Tidak" tanda pangkah.. soalan-soalannya...

(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau
hampir sama?

(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai
hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat
menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?

(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?

(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat
temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan
diri?

(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?

(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang
mengeruhkan perhubungan anda berdua?

(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?

(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh
keluarga kedua belah pihak?

(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada
kewajipan-kewajipan agamanya?

(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan
bukan juga kaki rockers ?

(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan
anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?

(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun
damai dengan keluarganya?

(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau
pemboros?

(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak
wasangka?

(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan
damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar
tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan
tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?

(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada
anak-anak anda nanti?

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk
menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?

Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan "Ya"
sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu
membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan
dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab "ya" kurang dari 15 pertanyaan,
maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi
gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan "Ya" itu
tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan
kedamaian.

Sekian sahaja untuk tips kali ini, semoga kita bertemu lagi di lain
kali.

Wassalam.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin