Salmiyah Harun Tue | Jul 31, 07 | 07:58:34 AM | |
Emm...nyaman sungguh udara pada pagi ini, dengan hembusan angin yang sejuk menusuk kalbu, penulis tengah bersiap-siap untuk ke tempat kerja sempat juga penulis merasai kenikmatan ciptaan yang maha kuasa, di balkoni rumah tingkat satu ala-ala apartment. Rasa rugi kalau tidak menikmati udara pada waktu pagi. Nak hujan kot! Sambil mata memerhati suasana pokok-pokok di 'playground' seolah-olah melambai-lambai penulis untuk terus terpaku di situ. Ah...bestnya...tapi jam dah pukul 7.30 pagi penulis mesti bergerak ke tempat kerja kalau tidak ada pula yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Alah bisa tegar biasa. "Hujan banyak lebat ni...". Tiba-tiba ada suara menyapa di kala penulis dibuai hembusan angin. Terkejut penulis. Rupa-rupanya 'pakguard' apartmen penulis yang baru mengambil tugas pagi itu. Dia seperti memberi isyarat pada penulis untuk cepat-cepat bergerak ke tempat kerja. Penulis mengangguk. "Pakguard (berketurunan Singh) ni mesti dapat OT banyak bulan ini, asyik kerja, kerja dan kerja," bisik hati kecil penulis. Sah! Memang hujan lebat betul pagi ini. Dahlah hari ini hari pertama bekerja selepas cuti mingguan. Jalan menuju ke pejabat hari-hari jem inikan pula ada hujan. Bertambah sesak. Apa yang bermain di fikiran penulis sebaik sahaja melangkah masuk dalam kereta tak ada benda lain melainkan jem, jem, jem, dan jem. "Aku mesti mengelak daripada jem, nak lalu jalan mana ek?," tanya hati kecil penulis. "Alah tak payah risau, SMART kan ada, tapi...melayang la... dua henggit. Tak pe janji lepas dari kesesakan," ngomel penulis. Sepanjang perjalanan penulis ditemani dengan hiburan dan informasi dari radio Saluran KL FM. DJ pada pagi itu memberitahu jalan yang akan dilalui penulis sesak gila iaitu di depan TUDM Sungai Besi. Tak pula bagi tau kot-kot ada kesesakan dalam Terowong SMART. Eh! jem jugak ke dalam terowong tu. Tak kot. Pujuk hati penulis. Teringat nasihat suami penulis, supaya jangan masuk terowong SMART masa hujan lebat, takut tiba-tiba dinding terowong pecah, air masuk entah dari mana dengan laju. Macam-macam hal boleh jadi, masing-masing tidak tahu bagaimana SMART berfungsi masa hujan lebat. Eh! macam-macam dah terfikir. Nak tak nak, penulis kena juga masuk SMARt pagi ini, walaupun depan TUDM Sungai Besi dah agak laju sedikit kenderaan tetapi di susur masuk ke Bulatan Pudu pulak buat hal. Akhirnya penulis masuk SMART. Wah! dengan bangganya penulis masuk SMART, biarlah melayang dua ringgit. Radio KL FM masih menemani penulis. Eh! dalam SMART pun ada 'line'. Oklah tu. Tengah syok memandu dalam terowong yang menjadi kebanggaan negara, yang bernilai RM1.9 billion, yang diterangi cahaya lampu 'spotlight', yang dilengkapi dengan pintu kecemasan setiap seratus meter, hati penulis terus 'frust' terlihat tiga cahaya lampu merah termasuk cahaya lampu 'brek' ketiga kereta di hadapan. Aduh! jem jugak ker! Sudah terang lagi bersuluh bersaksikan beratus lampu 'spotlight'. 'Confirm' jem. Aikk! takkan baru masuk dalam terowong sejauh 9.7 kilometer, dua kilometer jalan dah terus jem. Aduh mulalah penulis mengomel sendiri. Takkan semua orang ikut jalan ini. Nak cepat dah jadi lambat dan rugi. Apa idaknya, sebelum masuk kena bayar tol, apabila masuk kena nyalakan lampu pulak. Jangan kata penulis ini lokek sangat, ini semua kena fikir sedalam-dalamnya. Bukan apa, banyak benda yang memerlukan 'RM'(Ringgit Malaysia). Bergerak sejengkal pun kena 'RM" tau!. Terpaksalah penulis turut serta dalam perbarisan berpuluh-puluh kereta meraikan kecanggihan SMART yang menjadi kebangaan negara (Nak 'booking' untuk perbarisan 50 tahun Merdeka ke?) Inilah ia Cemerlang, gemilang dan terbilang. Eh! bila lagi nak berada lelama dalam terowong, inilah masanya nak tilik dinding-dinding terowong kot-kot ada rekahan atau tidak, 'spotlight' 'brand' apa yang dipakai, jeling tar tu bukan macam tar biasa warna hitam tu... , ini konkrit punya. Dekat 20 minit juga penulis dalam 'perbarisan SMART' menuju ke Jalan Tun Razak. Di atas pun jem dalam tanah pun jem. Dahlah jalan SMART hanya dua lorong sahaja satu menghala ke Jalan Sultan Ismail dan satu lagi ke Jalan Tun Razak. Masing-masing pula dah ambil jalan yang dituju, jalan menghala ke Tun Razaklah yang menjadi pilihan membuatkan bertambah sesak. Terfikir penulis, tak ada beza guna SMART atau jalan biasa. Yang pastinya sebaik sahaja keluar dari terowong SMART baik di Jalan Tun Razak atau TUDM Sungai Besi, pada waktu pagi dan petang pulang dari kerja, 'confirm' akan tempuh kesesakan. Terowong SMART bukannya penyelesaian mutlak masalah banjir di ibu negara dan bukan untuk mengatasi kesesakan jalan raya. Habis tu untuk apa? - mks. |
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
01 August, 2007
Smart: Banjir tidak, 'jem' pun tidak...habis tu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment