adsense

16 August, 2007

Muzik Video buat Saudi, Malak Ghair Allah





Muzik Video buat Saudi, Ibrah buat Du'at?
Posted on Thursday, August 16 @ 05:56:31 MYT by SongkokPutih

Artikel  Oleh dperantauan.com

Bukanlah mesej kebenaran itu tidak menarik. Tetapi lebih dari selalu, approach dan cara berdepan dengan "cabaran" orang muda masa kini yang tidak bersikap kontemporari. Sikap menghukum bukan menerang/menyeru seolah sebati, menjadi agenda utama.



Mengubah cara dan pendekatan seolah tiada dalam kamus. Apa yang mungkin sesuai masa silam, mungkin tidak lagi releven masa kini mahupun masa depan.



Namun, dalam "memerangi" pengaruh negatif Barat, stakeholders amal ma'ruf nahi mungkar kadangkala terlalu rigid dalam memberikan kata putus, halal dan haraam. Ianya bukan sahaja lebih menyebabkan golongan muda "lari" dari pembawa obor kebenaran, malahan ada juga yang membenci mesej yang d bawa mereka.



Hari ini dalam akhbar Inggeris Dubai, 7 Days d paparkan cubaan berani industri muzik Saudi (yang dkenali sebagai negara yang konservatif dalam menangani permasalah Islam dan umat) mengeluarkan muzik video "Malak Ghair Allah" (Hanya Allah sebagai tempat pergantungan").



Kaswara al Khatib, penerbit muzik video itu d lapurkan berkata "orang ramai tak henti bertepuk tangan dan ada yang bergenang air mata ketika menonton muzik video ini ketika tayangan pertama d sebuah pusat membeli belah d Jeddah. "Penerimaan" umum terhadap "Malak Ghair Allah" yang juga mendapat sokongan kerajaan Saudi memberi semangat kepada al Khatib untuk berkarya pada golongan muda dengan "bahasa" dan "cara" orang muda masa kini.



Kata al Khatib, "kami tidak akan mengatakan jangan mendengar muzik, tetapi kami ingin memberi alternatif pada anak muda. Dari mendengar muzik Barat, kami menekankan mesej, dengarlah muzik yang memberi kebaikan kepada anda".


Muzik video ini mengisahkan seorang pemuda yang hilang arah apabila menemui kejayaan sehingga d timpa pelbagai musibah. Musibah demi musibah menimpa, hingga beliau insaf dan menemui pangkal jalan.



Muzik video ini juga membabitkan pelakun wanita yang sempurna mengenakan hijab (ya, lakunan apa sekalipun seharusnya menurut syariah, bukan sebaliknya). Al Khatib juga sebelum pergambaran muzik video ini d lapurkan telah mendapatkan go-ahead dari keluarga pelakun wanita, Ruwaina Al Jihani.



Kedatangan web 2.0 (dengan ribuan capaian ke laman YouTube, Facebook dan seumpamanya) dan pelbagai jaringan channel memasarkan mesej seharusnya melebarkan medan dan channel da'wah. Dalam anak muda mencari hero ummat, du'at lah yang membawa alternatif!


Anggaplah kehadiran pelbagai teknologi/medan masa kini (dan hadapan) sebagaimana kita menangani persoalan bahaya atau tidaknya mata pisau.


Mata pisau bisa saja membunuh atau memudaratkan, tetapi ianya juga bisa memberi manfaat pada kita! Sudah tiba masanya kita membawa mesej Islam releven sepanjang zaman dengan bahasa anak muda. Bahasa generasi ipod!


Bak kata rencana berita 7 Days, "Its cool to be Devout!"

No comments:

Blog Widget by LinkWithin