adsense

26 August, 2007

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & babi



Klik di sini untuk melihat gambar hangat tersebut yang lebih jelas

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kepada yang berkenaan,

Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang
Allah
swt. Saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit
maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang diedarkan menerusi
internet yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan
Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh
anjing dan babi.

Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan
huraiannya dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah
tafsirkan. TETAPI buat mereka yang tidak mempunyai masa yang
banyak untuk membaca cukuplah saya katakan TIADA APA-APA
MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM
SEBALIKNYA MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH
ANJING DAN BABI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI
KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP HAIWAN INI DENGAN
MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.

Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi itu haram.
Yang haram ialah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam
terhadap 2 makhluk ini. Kedua-duanya adalah ciptaan Allah,
dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya
setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan
anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh umatnya?

Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya memberi sedikit
pengenalan diri, saya merupakan salah seorang graduan
Doktor Perubatan Veterinar tahun 2006. Kini menyambung
pelajaran dalam bidang master fisiologi di Fakulti Perubatan
Veterinar UPM semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di
Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor. Saya bukanlah orang
yang paling sesuai untuk memberi penjelasan kerana yang
terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama agar dapat
menjelaskan dengan menyatakan nas-nas serta tafsiran yang tepat
serta mendalam. Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan
dengan pengetahuan agama sedikit yang saya ada dan hasil daripada
perbincangan secara peribadi dengan ustaz-ustaz serta seminar
yang pernah kami adakan di fakulti sendiri berkenaan dengan
isu ini.

Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor haiwan)
sememangnya kami mungkin akan berhadapan dengan situasi
merawat anjing atau babi. Bagi doktor veterinar atau ringkasnya
vet, yang bekerja di klinik-klinik haiwan kebanyakannya akan
merawat anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat
sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing sahaja.
Berkenaan dengan babi, kebiasaannya tiada vet muslim yang
akan bekerja di ladang ternakan babi. Walaubagaimanapun,
bagi vet yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan,
adakalanya mereka akan ke ladang ternakan babi untuk membuat
pemeriksaan bagi memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan
pengurusan ladang yang baik supaya bebas daripada penyakit-
penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang merebak pada
tahun 1999 yang turut membahayakan nyawa manusia. Terdapat
juga vet yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel
yang datang daripada babi atau anjing seperti darah, najis,
organ-organ dan sebagainya

Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar, pelajar
akan terlibat mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan
organ-organ haiwan tersebut dalam amali bagi subjek anatomi
dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat dan
membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya
apabila memasuki tahun para-klinikal dan klinikal. Secara
umumnya saya bersetuju dengan perkataan EURO '³desensitization EURO '´
yang digunakan oleh salah seorang yang menghantar email tersebut
kepada saya. Sebagai vet, proses ini perlu kerana kami tidak
sepatutnya jijik untuk merawat pesakit kami kerana itu merupakan
tanggungjawab kami yang juga terkandung dalam ikrar yang
dilafazkan oleh setiap vet ketika bergraduan.

Apabila memasuki tahun ke 4, pelajar vet akan mengikuti subjek
pengenalan terhadap klinik. Dan subjek klinik pada tahun ke 5.
dalam kedua-dua subjek ini pelajar akan dibahagikan kepada
kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan EURO '¶ kumpulan ini
akan bergilir membuat praktikal dalam amalan-amalan yang telah
ditetapkan. Pelajar-pelajar ini akan membuat praktis selama
seminggu dalam setiap amalan. Amalan-amalan ini termasuklah
amalan haiwan kesayangan yang melibatkan rawatan terhadap
anjing dan amalan ternakan babi yang memerlukan pelajar ke
ladang ternakan babi untuk membuat pemerhatian, diagnosis
penyakit serta rawatan. Daripada apa yang saya lihat,
gambar-gambar yang diedarkan menerusi internet itu adalah
gambar yang diambil oleh pelajar ketika praktikal sama ada dalam
subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini. Pada pandangan
saya, pelajar itu berkongsi gambar EURO '¶ gambar tersebut secara
umum dalam internet bukanlah bertujuan menghina agama atau
sebagainya, sebaliknya sekadar berkongsi suatu pengalaman yang
mungkin tidak dilalui oleh orang ramai.

Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan
babi yang dikategorikan sebagai najis EURO '³mughollazoh EURO '´
iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti
mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat melayu. Ramai
yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim
boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan
pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama
hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis EURO '³mughollazaoh EURO '´
tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila
kita menyentuh najis EURO '³mughollazoh EURO '´ kita dikehendaki
menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang
telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan
air EURO '³musta EURO '²mal EURO '´ (air yang bersih dan suci) sebanyak 6x.
Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya
bukan menyentuhnya.

Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu
yang merasakan EURO '±geli EURO '² atau jijik terhadap anjing dan babi.
Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada
ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak
daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses
menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak
dilakukan akan menjejaskan ibadah. Saya sendiri, walaupun
telah jelas berkenaan dengan hukum menyentuh anjing dan babi,
merasa kekok dan sedikit EURO '±geli EURO '² apabila kali pertama
memegang jantung babi apatah lagi ketika kali pertama mengangkat
anjing untuk diletakkan di atas meja pemeriksaan yang mana
tekniknya memerlukan kita merapatkan badan anjing tersebut
ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik yang selamat
bagi mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses
mengangkat tersebut. Namun, kita perlu jelas pandangan Islam
terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini. Adakah Allah menciptakan
anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya
diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat
hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh
anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu
berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut.
Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan
dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum
kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?

Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana
termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi
untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia
memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan
ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari
sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat
apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi
serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah
dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.

Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab vet untuk mengetahui
tuntutan agama yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya. Vet dan
pelajar doktor perubatan veterinar perlulah berhati-hati dan
tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh badan dan pakaian
kerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah
mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya
pakaian untuk solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana
khuatir pakaian akan rosak dan sebagainya. Bagi orang awam
pula tidak perlu risau kerana najis ini EURO '³tidak berjangkit EURO '´
maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah
membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih
belum menyamak tangannya, ia tidak EURO '³berjangkit EURO '´ jika anda
bersalaman dengannya kerana tiada zat najis (warna, bau dan rasa)
pada tangan vet tersebut. Tetapi vet tersebut perlu menyucikan
tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang sama jika anda
bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara
anjing di rumahnya. Begitu juga dengan tapak kasut anda yang
memijak mukabumi yang pernah dipijak oleh anjing atau babi.
Tidak perlu risau dan terlalu was-was selagi tiada zat najis.
Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada sesetengah ustaz
untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awam dan
mungkin berkala bagi vet seperti sebulan sekali supaya jika
terdapat najis EURO '³mughollazoh EURO '´ pada badan yang tidak
diketahuinya, ia dapat disucikan. Namun saya kira ini adalah
sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik untuk mereka
yang was-was praktikkan. Sebenarnya terdapat pelbagai persoalan -
persoalan yang timbul yang berkait dengan kerjaya vet seperti
bagaimana vet muslim merawat kuda yang terlibat dalam lumba kuda,
apakah hukumnya?, bagaimana pula dengan bayaran upah perkhidmatan
yang diterimanya? adakah ianya halal? Begitu juga jika vet muslim
memberi perkhidmatan nasihat untuk memperbaiki usaha perladangan
babi, bagaimanakah hukumnya? Adakah ianya berdosa kerana membantu
orang memakan babi? Bagaimana jika membuat pembedahan yang panjang
sehingga terlepas solat? Adakah sama seperti pembedahan manusia
yang membolehkan solat tersebut dijamakkan?

Banyak lagi soalan-soalan yang datang samada daripada orang awam,
dikalangan vet atau pelajar vet sendiri yang saya sendiri tidak
mampu menjawabnya dengan ilmu agama yang cetek ini. Saya kira
perkara yang sama juga berlaku atau akan berlaku dalam bidang
kerjaya anda jika anda mencarinya EURO '¥ini kerana Islam itu adalah
cara hidup yang syumul, elemennye terdapat dalam semua bidang,
dan yang indahnya, Islam sudah pun ada jawapannya, terpulang
pada kita untuk menyelidik dan memahaminya dengan panduan dan
tunjuk ajar daripada mereka yang ahlinya.

Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil
tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya
masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak
dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya
mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan. Seorang
senior saya dalam projek tahun akhirnya yang berkenaan dengan
kebajikan haiwan, menjalankan satu soal selidik. Salah satu
daripada soalannya adalah EURO '³jika anda melihat seekor anjing
yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong melepaskan
kakinya? Nyatakan alasan bagi setiap jawapan anda EURO '´. Sebagai
seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu
jawapan yang menyatakan EURO '³Tidak, kerana saya seorang Islam EURO '´.
Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita
perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan
sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya
Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya,
terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya.

Wallahua EURO'²lam

Saya mengalu-alukan mereka yang ingin mengemuka pandangan,
memperbetulkan fakta atau berkongsi maklumat baru berkenaan
dengan hal ini. Anda bolehlah menghantar email kepada
lapanjuta@yahoo . co.uk. Sekian moga bermanfaat untuk semua.

Terima kasih.

Dr. Mohd Dzulhamka Kamaluddin
DVM, UPM

Disemak oleh,
Prof. Dr. Rasedee Abdullah
Pensyarah
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra
Malaysia

11 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Saya telah membaca penjelasan ttg isu yg baru beberapa hari lepas saya terima. Pada mulanya, saya agak terkejut dan berpendapat bahawa perkara ini adalah tidak baik. tetapi setelah membaca penjelasan Doktor, barulah saya faham dan jelas. Terima kasih kerana sudi memberi penjesan kepada kami yg cetek ilmunya. Sekian, wassalam.

Yang benar,
Munirah Yasir

Anonymous said...

menangis teresak-esak saya membaca artikel ini. mudahnya awak menghalalkan yang haram asalkan bersesuaian dengan kehendak peribadi.

tipu yang paling parah adalah menipu diri sendiri.

sampai hati awak. yang ngerinya, ada pulak yang setuju. heeee..

semoga suatu hari nanti, awak tersedar.

filamanillah

Anonymous said...

apa laa... ada gak yg setuju.. memang cetek ilmunya... aku ni yg jahil agama pun tau pegang anjing dan babi tu tak leh dalam islam... sedih dengar ada yg menyokong..

Pakciktua said...

Apa yang diterang sangat bagus dan baik .... Tentang nas ada atau tiada pun hukum memmegang babi itu aku tak tahulah.....

Tetapi dalam keadaan tertentu .... Tapi apa yg boleh difikirkan disini ialah, untuk apa gambar itu diambil ... sebagai kenang-kenangan ....bagus tetapi kesan yang timbul selepas gambar itu disebarkan amat buruk sekali ..... Memang bagus untuk memberi gambaran sebenar atau memperbetulkan salah tnaggapan masyarakat. Tetapi adakah kita bersedia jika tnagapan lain pulak disebarkan?

Dengan adanya gambar tanpa penjelsan sebbenar boleh menimbulkan fitnah yg lain terutama kepada masyarakat yg tidak memahami betul-betul soal hukum.

Kita harus sedar, jika sesuatu perbuatan yg boleh menimbulkan fitnah, kita disarankan untuk mengelakkannya.

Kita boleh amik gambar orang kebulur yg tiada makanan tetapi hanya ada daging babi .....Tujuan dia makan adalah atas dasar darurat ...tetapi bila dia bergambar untuk bermegah dia makan babi ...mungkin hukum harus yg jatuh kepadanya boleh berubah balik menjadi haram....

Apa-apa pun tengok niat asal setiap amalan itu .....adakah bercampur dengan niat lain ...kenapa nak bergambar? ...kenapa disebarkan?.....

Tapi saya percaya siswi terbabit hanya bergambar untuk simpanan sendiri ....sekadar kenangan bukan untuk bermegah (jika ya dah menjadi lain).... tetapi ada pihak lain yg telah mengmabil kesempatan untuk menyebarkan tanpa sebarang penerangan yang betul. Kesannya menjadi fitnah keatasnya.

Anonymous said...

[waalaikumsalam]

apabila pandangan kita bercanggah dengan ajaran Islam, mulalah kita membuat penilaian dan andaian sendiri sama ada untuk menyenangkan hati sendiri mahupun untuk menyenangkan kerja2 yg bakal kita lakukan kelak. saya tahu, saya tidak layak untuk memberi pendapat mengenai hukum/haram nya memegang kulit anjing atau babi apatah lagi untuk memeluknya tetapi seperti yg kita sedia maklum, khinzir dan anjing ini adalah najis mughallazoh dan setelah tersentuh secara tidak sengaja mahupun disengajakan ataupun diperlukan memegang binatang2 tersebut [seperti yg dikatakan di dalam artikel tersebut] maka hendaklah kita bersuci dengan cara yang telah ditetapkan oleh Islam.

Yang lebih baik lagi ialah sekiranya kita mendapatkan pendapat atau pandangan dari mereka iaitu para ulamak kita atau mereka yg lebih arif di dalam bab agama kerana kalau tersalah memberi pandangan boleh menimbulkan fitnah dan membuat fitnah itu adalah satu dosa.

walau bagaimanapun, setelah melihat gambar2 yg dikongsi bersama, saya berasakan seolah-olah para pelajar tersebut terlalu asyik dan begitu bangga dengan apa yang dipegang tanpa memikirkan atau peka terhadap sensitiviti umat Islam secara keseluruhannya.

Anonymous said...

Kalau takder orang yang buat kajian atas babi2 nih...boleh tau ker mana satu lemak babi, penyakit dari babi, kulit babi etc.... ini ada adalah ilmu yang perlu diketahui agar tidak mudah ditipu oleh orang lain.... mereka nih doktor veterinar dan bukan nyer orang awan yang saja suka2 pegang babi....

cik latifah..
kalau awak makan sesuatu makanan yang diproses, adakah awak tau bahan tersebut mempunyai lemak babi atau tidak??... siapa yang akan memberitahu kepada orang muslim dengan betul dan tepat?
Salah satu cara adalah kita mempelajarinya dengan sendiri, membuat kajian sendiri.

babi adalah haram , tetapi mempelajari tentangnya adalah keperluan.

Anonymous said...

Kepada yang kepoh2 dan suka jaga tepi kain orang,


Pertama kali saya meminta maaf kalau anda "terasa" biler saya memanggil anda kepoh"
Perlu disedari kalau anda tak kepoh naper baca blog ini.Btul tak ? Sebagai seorang melayu perlu disedari, kepoh sudah menjadi akar umbi kita sejak dulu lagi.Sikap yang perlu diubah di negara yang sedang menbangun ni. Kepoh2 ini yang suka sangat menggunakan internet untuk menyebar benda2 yang 'jaga tepi kain org'. Siap pakai email company pulak tu. Nampak sangat tak buat kerja mem forwardkan email2 nak jaga tepi kain dan memalukan org lain. Saya sokong benar penjelasan doctor tersebut. Dia lebih memahami dan tiada haramnya memegang babi dan anjing sekiranya anda tau aper nak buat lepas tu.DIsebabkan dari kecik biler tak suka org je kita panggil babi, tak bermakna babi tu binatang hina. Seperti si latifah tu, kalaulah dia dilahirkan sebagai seorang babi, mesti dia sedih dan sakit ati biler org hina babi. Btul tak latifah ?
Seperti anjing juga, ramai org kita yang pikir pegang anjing je haram. Tau ker korang anjing kalau kering boleh pegang. Masalahnya korang ni benda basic pon tak buat lagi nak kecoh dengan benda2 macam ni. Pegang anjing/babi lepas tu samak dengan tak sembahyang mana lagi berdosa ? So kenapa tak forward pasal office mate/adik.bapak/mak/makcik/tok ngah/ mak long korang tak semayang???
Btul kontot la pikiran korang ni.
Lagipon diaorg tu doc mestilah kena pegang pasal nak belajar.Cuba tiba2 tetek kau ader kurap dah jumpa doc sakit tetek. Kau rasa salah ker doctor tu tgk tetek kau?

Di negara barat, org dah jumpa formula gantikan jantung babi dengan jantung manusia. Katakan ini je formula yang boleh selamatkan korang sakit jantung,
kau nak mampus ker nak gantikan jantung babi dengan jantung korang ? Confirm nak ganti btul tak ? Kalau kau rasa kau alim sangat sanggup mati janji tak nak pakai jantung babi, aku tak pikir ganti jantung babi tu haram kalau itu je cara yang boleh selamatkan kau. AKu dah pernah tanyer ustaz. Ader exception kalau kes2 macam ni.

Org2 kepoh macam kau kalau ader kat situation macam ni, mesti akan pakai jantung babi tapi tak nak bagitau kawan2. Maluuuuuuuu konon.. tak nak org tau kau pakai jantung babi tapi nak hidup plak tu. BIler dah sampai sini, baru kau sedar yang kau suka jaga tepi kain org tapi tak nak org tau pasal dlm kain kau. Btul tak ?

Benda ini education. Bukan budak tu bela babi untuk buat show macam kat sarkis. Yang tukang forward pulak suka cerita2 macam ni. Satu hari nanti kalau kucing kau sakit perut ker, sakit nak mampus ker, cari jugak doctor haiwan.Btul tak ?

So naper nak jaga tepi kain org. Biarlah budak tu pegang babi ker, tunggang babi janji dia tak have sex dgn babi tu.
Why dont u all mind your all businesses and stop this nonsense. Masa yang korang ambik untuk forward email ni masa kerjani pon dah merugikan company korang. Itu pon kira menipu pasal kau janji kerja 8 jam sehari.Tapi tolak 2/3 jam tolong forward/baca mail2 yang takder kena mengena dengan kerja korang. Itu sudah kira menipu majikan ? Menipu dengan pegang anjing lepas tu samak mana lagi berdosa ?

So aku harap aper aku cakap ni dapat sedarkan korang.Berhenti menjaga tepi kain org. Jaga tepi kain sendiri. Kubur dia, dia yang jawab bukan kau tolong jawabkan. Dari kau forward mail memalukan dia, baik kau email jabatan agama, tanyer pasal babi/anjing/dosa2 yang kau dah buat. Kalau dia claim takleh, tak boleh la tu. Dia lagi pakar dari kau yg buat assumption sendiri.
Macam doc ni, dia lagi pakar part2 binatang ni. Biarlah dia belajar

Binatang pon macam manusia juga. Kalau kau cakap org bangsa lain tak sayang binatang pasal tak sembelih, kau silap. Bangsa lain lagi banyak vegetarian pasal terlalu sayangkan binatang sampai tak makan langsung daging. :) .Negara lain susah nak jumpa street dog macam kita pasal diaorg concern pasal anjing terbiar.Kanak2 DIaorg tak baling batu kat anjing macam kanak2 kita.AKu nampak banyak kali dah.Tu pasal biler kena gigit anjing liar boleh sampai mati. Naper jadi macam tu? Pasal korang train anjing tu jadi agresif. Kau balik batu kat dia. Kau kena tau benda tu. So hentikan jaga tepi kain org lain dah pastikan kain kau terjaga. Pasal kalau budak tu bela anjing pon, dia tak kacau tepi kain kau. Dia tak suruh anjing dia gigit kau.

Ini jadi pandangan aku pasal anjing dan babi. Aku pernah jumpa ustaz bela anjing kat tempat aku buat buruan. Org kampung cakap dia giler.Aku rasa dia tak giler pasal dlm ader ker islam larang kau bela anjing ?

Lain kali nak buat sesuatu, buat kajian dulu. Org jabatan agama takder kerja nak buat pasal org2 macam korang ni tak rujuk dia dia. Korang buat assumption daripada kawan/makcik/adik/pakcik/mak/bapak yang selalu cakap "Babi ? EHHHHHH Gelinyerrrrrrrr"

Stupid punyer orang...


Yang Benar,
Anti-melayu-kepoh

dazzles stars said...

assalamualaikum saudara2 sekalian..
huhu..sebenarnya aku agak menyokong apa yang encik anti-kepoh ni kepohkan..

btul2..mentaliti yang dididik dari kecik ni mmg xleh nak buat apa dah..dah kalau mangkuk dari awal pun mangkuk jugak la sampai tua..bukan nak menghina sesiapa..tapi, kalau tak tahu tu,,bawak2la bertanya..tak payah la nak menangis teresak2 la, apa la..ntah pape je..

lagi satu..
aku pun ada gak dapat email forward ni,tapi pd pandangan aku la,,yang mentalitinya ok (bukan la mangkuk sangat) tahu budak pompuan yang pegang babi dan sebagainya ni tahu apa yang dia buat..xde makna nye dia amik2 gamba suka suki untuk mencemar sensetiviti org Islam..(tapi aku rasa bukan Islam sangat yang tersentuh, tapi orang melayu-maaf, bukan racist-aku pun melayu gak, Islam)..kalau korang tanya mana2 ustaz pun diorang takde nak melenting contohnya macam cik latifah dan cik zeecrazee ni..ingatla..sume bnd2 dalam dunia ni dijadikan oleh Allah tu ada hikmahnya....

jadi saudara2 ku yang disayangi..fahamlah dulu mengapa..
tanyalah dulu kalau tak tahu..tak kesahlah kalau ada yang cakap korang kepoh atau sebagainya...ilmu beb, sapa yang tak dapat dia yang rugi...

wassalam.

Anonymous said...

eii apela pikiran camni..no wonderla leh ade bnyk ajaran sesat leh timbul dan pengikut serta pengasasnyer orang yang berpendidikan tinggi..ni la akibatnyer berguru sendiri tanpa di bimbing olej orang yang lbh arif tentang hal-hal camni..

aku pun tak la alim sgt tapi tau gak yang mane halal haram...

kalu darurat lehla terima tapi sengihan yang lebar itu menampakkan seperti tak rasa bersalah pun...aku pun tak berani nak menghukum ko tapi fikirlah sendiri..sekolah agama tinggi je...tak kan ilmu tak penuh di dada...

geram baca pendapat yang di tulis..
memalukan umat islam je...

bawa2 la taubat..kalu ye pun nak kaji, byk lagi cara, beralas ke,pakai sarung tgn ke..

renung-renungkan lah..jadi tabggungjawab sesama umat islam untuk menasihati sesama umat..amar makruf nahi mungkar..

Anonymous said...

saya mempunyai ramai kenalan doktor sama ada perubatan manusia ataupun haiwan. begitu juga dgn saintis2. saya sangat menghormati mereka kerana setiap hari mereka berdepan dgn pelbagai isu berkaitan dgn hukum hakam di negara kita malaysia. saya dan percaya ramai lagi tidak perlu berhadapan perkara2 seperti ini dgn teruk setiap hari.

pada pendapat saya, teruskan saja kerja murni anda itu dgn profesional. kalau nak melayan sangat diaorang ni, patutnya kita jangan la pakai handphone nokia, guna OS windows, shopping di tesco, letak gambar di fotopages, beli barang di kedai bukan islam dan ribuan perkara lain yang membabitkan kehidupan kita sehari2 di MALAYSIA.

Anonymous said...

Ha. Btul cakap dia ni. Korang nak kecoh2 pasal benda2 camni tapi tak study yg selama ni korang pakai jugak product2 org lain yg korang kutuk. Tak malu ker ?
Sebagai contoh, korang nak claim korang tu bagus sangat. Kononnya, alim boleh masuk syurga tapi selama ni korang mengata org lain, jaga tepi kain org, kau ingat Islam ader ajar benda2 camtu. Kecoh sana sini pasal org Islam kena tindas tapi kau makan jugak Mcdonald, makan jugak Kentucky, Minum jugak starbuck.SIlap2 seluar dalam kau pon made in U.S dan kau support gov dia. Kau tak sedarkan yg kau tak leh lari dari b enda2 camni.Kalau kau nak jadi macam bagus sgt, jangan guna langsung product diaorg ..Baru btul. Ni kau nak claim kau makan ayam halal KFC tapi kau tak pikir yg kau bagi duit dekat dia jugak untuk pergi perang.
Macam kes budak ni, aku tak rasa aper yg silap dia buat.BUkan nya dia bela babi tu "as a pet kat rumah".Dia belajar pasal benda tu.Kalau kau rasa hina sgt dia ambik gambar dgn babi tu, kau rasa Islam ader ajar suruh kau hina babi ker ?
Babi tu binatang jugak. Kau takleh nak anggap benda tu hina. Kalau kau lahir sebagai babi kau tak rasa sedih ker kena hina. Macam anjing jugak. Anjing tu binatang baik. Kalau kau bagi dia makan kau dapat pahala jugak. Kita takleh pegang benda 2 ekor ni pasal ader history pasal binatang 2 ekor ni bukan pasal Islam suruh kau hina binatang ni.
Go and mind ur own business. Jangan jaga tepi kain org. Kadang2 aku tak paham apsal org melayu (walaupon aku melayu) mentalitity masih kontot (macam 3rd world country) tapi bangga biler ader KLCC.

Blog Widget by LinkWithin