adsense

15 December, 2007

SMS SCAM Maxis Hotlink



Assalamualaikum,

Pagi tadi isteri saya dengar terujanya meminta diberikan nombor akaun MAYBANK kepunyaan saya. Saya bertanya kepada nya untuk ape nye nak kan nombor akaun saya tuh? Dia pun menunjukan satu SMS yang dihantarkan ketalipon anak saya seperti berikut:

"Congratulations! Anda memenangi WANG TUNAI RM45.000,00 from Maxis Hotlink. Info .sila.Call perkhidmatan Maxis; 006281318327329 http;//www.hotlink.com.my"

Rupa-rupanya isteri saya telah menalipon kembali nombor talipon yang diberikan, dan orang yang menjawab talipon tersebut meminta isteri saya berikan nombor akaun MAYBANK untuk membolehkan hadiah tersebut dimasukan terus ke bank. Isteri saya berjanji akan menalipon kembali setelah mendapatkan nombor akaun MAYBANK yang dipinta.

Apabila saya melihat SMS tersebut, saya menjadi ragu-ragu kerana kenapa nombor perkhidmatan Maxis yang diberikan mempunyai kod negara "62" i.e. kod negara INDONESIA? Saya langsung menalipon nombor perkhidmatan Maxis. Pelayan Maxis mengesahkan SMS tersebut adalah PALSU dan ianya bukan dihantar oleh Maxis. Kami sekeluarga bernasib baik kerana isteri saya tidak mempunyai akaun dengan MAYBANK, kalau tak mungkin kami akan kerugian sejumlah wang sebagaimana yang berlaku kepada banyak orang seperti yang disiarkan di akhbar.

Semoga peristiwa ini dapat disebarkan kepada teman-teman anda semua supaya berhati-hati apabila menerima SMS atau E-mail dari sumber yang tak dikenal pasti. Sudah menjadi tabiat semulajadi manusia akan teruja dan menjadi gelap mata apabila dijanjikan untuk diberi sejumlah wang secara percuma. Tetapi harus di ingat, WANG tak akan jatuh keriba kita tampa sebab...

Wassalam,
Zul

2 comments:

Anonymous said...

The hottest online talent competition! Win recording deals, fame and fortune!

http://www.spymac.com/details/?2317061

afandi said...

beware, I've got GB1.5 Million, they told that the can be transfered into my Maybank account and they asked some money to cover all courier cost, Then I check via maybank and Bank Negara, the overseas money can be TT limited to about 2% of the prizes. It is a scam. Remember the old Russian proverb "the Free Cheese comes only in mousetraps”!,

Blog Widget by LinkWithin