adsense

14 December, 2007

Tips Mohon Kerja Dengan Kerajaan (Bahagian Pertama)



Tiada Kabel Perlu Digunakan!


Hari ini ada makan-makan lagi. Mungkin itu salah satu sebab kenapa orang-orang kerja kerajaan ni gemuk-gemuk belaka. Aku salah satu contoh yang amat-amat jelas. Makan itu nikmat kepada mesyuarat. Heh.

Aku mendengar taklimat teknik-teknik menemuduga kakitangan baru. Apa jenis soalan yang hendak ditanya, bagaimana hendak menilai penampilan pemohon dan apa ciri-ciri yang perlu dilihat. Ada 3 perkara hendak aku tegaskan;

1. Tiada diskriminasi kaum - kalau boleh ambil kakitangan yang non-Malay. Ada banyak tugas yang memerlukan mereka terutamanya dari segi perkahwinan dan perceraian sivil. Takkan orang Islam nak handle perkara melibatkan agama dan adat budaya kaum lain? Tidak adil rasanya. Maka non-Malay amat-amat diperlukan dalam sesetengah jabatan kerajaan. Malangnya, disebabkan gaji yang kecil dan cliche pendapat yang kerja kerajaan ini bersifat perkauman, maka mereka yang non-Malay amat susah untuk dijumpai ketika ditemuduga. Jadi ada baiknya non-Malay yang komplen mereka tidak dapat masuk kerja kerajaan kerana diskriminasi periksa dahulu fakta sebenar keadaan yang berlaku. Aku cadangkan apabila ada baiknya apabila ada opening, pohon ramai-ramai. Kalau orang Melayu/Bumiputra 20,000 - 30,000 orang memohon dan cuma 200 - 300 orang bukan Melayu/Bumiputra yang memohon untuk jawatan yang mungkin hendak pakai 100 orang, takkan kira nak bagi separuh kepada non-Malay/Bumiputra sedang yang datang temuduga cuma 200 - 300 orang? Mana adil dengan 20,000 - 30,000 pemohon Bumiputra? Non-Bumiputra tidak berminat sebenarnya dan ada beberapa faktor ianya berlaku. Salah satunya ialah salah faham faktor-faktor perkauman. Sedang selama aku bekerja dengan jabatan kerajaan ini, kakitangan non-Bumiputra dilayan sama rata dengan Bumiputra. Malah ramai di antara mereka yang menjawat jawatan tinggi. Ada yang menjadi sumber rujuk dan ada yang amat-amat dihargai tugasnya. Macamana kita nak bagitau perkara yang baik kalau orang lebih suka mendengar perkara yang buruk?

2. Sekurang-kurangnya 1% diperuntukkan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) - Kena ambil OKU sebab itu dasar Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Tidak ada salahnya. Malah mereka juga pekerja yang berpotensi. Tapi mesti kena tempat dan situasi. Kalau kerja itu memerlukan orang melihat atau membuat verifikasi visual, OKU yang buta tidak sesuai. Kalau kerja itu memerlukan orang yang melayan tetamu/pelanggan dihadapan kaunter, OKU yang bisu tidak sesuai. Maka OKU banyak diambil untuk kerja-kerja back office. Tapi OKU tu pun kena pastikan Jabatan yang dia pohon itu banyak terlibat dalam sektor apa. Kalau lebih banyak office work, maka mereka lebih sesuai disitu. Kalau kerja-kerja fizikal yang susah, tidak perlulah mohon situ. Ada seorang kakak di opis aku bekerja yang tiada cacat dari pergelangan tangan. Tiada jari-jemari. Maka dia banyak menjalankan kerja-kerja pengkeranian kerana dia mampu menaip dan lain-lain office work. Malah kerjanya sentiasa dihargai dan selalu menjadi AJK sesuatu majlis kerana keupayaannya. Aku bukan berpropaganda, ini realiti.

3. Tiada kabel sebesar kabel jambatan Pulau Pinang yang boleh digunakan - Oh, perihal ini sudah lama diambil tindakan. Maka kalau orang-orang yang datang kepada aku minta tolong sebagai orang dalam untuk dapatkan kerja, aku cakap pergi isi borang SPA. Aku tiada kuasa. Aku pun tak mahu jadi kabel kerana ianya bakal menyusahkan diri sendiri dimasa mendatang. Kalau orang yang aku kabelkan itu dapat kerja tapi bila buat kerja macam sial, aku juga yang terasa. Aku pun tidak pernah bergayut pada kabel untuk dapatkan kerja.

Kemudian penceramah menerangkan apa yang perlu dilihat semasa menemuduga, antaranya personaliti. Ini penting tambah-tambah kalau Jabatan itu mempunyai banyak kaunter yang berurusan dengan orang ramai. Takkan nak ambil orang yang pemarah atau malas nak mampos jaga kaunter? Takkan nak ambil orang yang introvert jaga kaunter. Alamatnya, sepatah orang tanya, sepatah juga dia jawab. Akhirnya orang fikir dia sombong. Padahal itu sifatnya, introvert. Kalau tak faham apa itu introvert, korang Wiki je. Mesti kemas penampilannya. Aku tau Steve Jobs tokey Apple tu takat pakai Shirt hitam dengan Jeans saja, tapi still nampak kemas kan? Takde le dia pakai nampak macam mamat laloq atau yahudi mabuk mana tah. Penampilan kemas penting untuk menarik perhatian tetamu. Dan ianya juga mencerminkan keupayaan bekerja nanti. Kalau selekeh semacam je, sah memang dia tak pandai jaga diri, apatah lagi nak pandai jaga kerja. Lebih kurang begitu.

Berpengetahuan. Ini mesti. Kalau sentiasa blur, apa guna bekerja? Baik tido saja.

Bersambung di bahagian ke 2 nnti.. Jangan risau.



Regard,

Syahril

2 comments:

Anonymous said...

baguslah tips awk ni syahril. byk bagi maklumat. mmg btl apa yg awk cakap 2. xde kabel dperlukan.tahniah krn amik pendekatan ni.....

Anonymous said...

Win money by sharing original pictures, movies and audio!

http://www.spymac.com/details/?2316510

Blog Widget by LinkWithin