ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
05 April, 2008
Blog Khir Toyo
Datuk Sri Dr. Khir Toyo telah muncul ke dunia blog. Post pertama beliau telah mendapat 549 komen dan menurut beliau, beliau telah membaca semua komen dan menerima komen-komen tersebut dengan hati yang terbuka walaupun . Selamat datang ke dunia blogger Dr. (tak kisah digelar monyet ker Datuk?).
Khir Toyo menawarkan dirinya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO selain Dato' Mukhriz Mahathir. Khairy Jamaluddin pula mengatakan beliau sedia bertanding jika ada cadangan.
Dalam Berita Harian pula ada Dato Mohd Ali Rustam mengatakan keperluan pemimpin BN/UMNO membuat blog masing-masing untuk melihat komplen infrastruktur dan menjawab tohmahan (katanya) dari Barisan Rakyat bagi menawan siber. Menurut berita tersebut terdapat 240 blog yang ada adalah lebih cenderung menyampaikan berita alternatif dari BR.
Nampaknya media perdana seperti TV3 dan RTM masih tidak mencukupi . Selepas PRU12, UMNO/BN telah sedar tentang kepentingan media alternatif kerana kebanyakan anak muda adalah celik IT dan mungkin juga sebenarnya telah muak juga dengan berita berat sebelah media perdana.
Blog Khir Toyo ialah http://www.drkhir.blogspot.com/
Antara blog ahli politik BN yang dapat dikesan ialah :
Dato Shahrir Samad - http://shahrirsamad.blogspot.com/
Dato Wira Mohd Ali Rustam http://mohdalirustam.blogspot.com (tidak seperti blog Khir Toyo, ruangan komen ditutup)
Dato' Ruhanie Ahmad - http://www.kuda-kepang.blogspot.com/
Forum Gebang Tempur Maya Penyokong UMNO : http://www.mykmu.net/
Persoalannya, adakah kemunculan blogger-blogger ni akan menghilangkan bisa penyokong Barisan Rakyat di arena siber? Mari kita sama-sama tunggu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Agak melucukan. Dulu blogger dan blogging dianggap mengancam keamanan negara. Dan katanya majoriti blogger terdiri dari kaum wanita. Malah kita di ingatkan agar jangan mempercayai bloggers dan blogsite untuk mendapatkan berita terkini kerana semuanya adalah pembohong semata2.
Sekarang dah terbalik lak. Blog sudah dijadikan alat untuk mendekatkan diri para politikus dengan rakyat. Apa dah jadi?? Ni macam ludah kelangit ni!! Inilah mentality politik tikus agaknya. HeHeHe
Err....Dato' Ruhani Ahmad dah lama buat blog dan antara blogger yg berpengaruh di alam maya ini.
Post a Comment