adsense

10 April, 2008

Isu Babi; kita lihat siapa yang kena!



Posted on Wednesday, April 09 @ 08:56:02 MYT by greenboc
Analisis Isu aOleh RadenJowo



BUSUK... Ketua Kampung Tumbuk, Sepang, Mohd. Tarmudi Tushiran (baju hitam) bersama penduduk kampung terpaksa menutup hidung kerana tidak tahan bau busuk sisa najis babi yang dibuang terus melalui pembetung ke Pantai Morib, semalam. Sisa kumbahan itu boleh mengancam industri dan projek pelancongan di pesisiran pantai sekitar Sepang. Laporan lanjut Utusan Meloya



Imej diatas menjelaskan betapa kawasan Sepang dan Morib sudah lama tercemar. Ia terhasil bukan di dalam 3 hari atau 3 minggu tetapi bertahun tahun yang lalu.


Orang Morib memang dah tak boleh tahan dengan bau babi dan pencemaran pantai di sana. Kawasan sekitar pendudukan kaum Melayu dan Cina terutamanya dan kawasan Pantai Tanjung Sepat. Beberapa tahun dahulu, sudah di hebohkan di TV3. Tapi ianya tiba tiba senyap terus dari media sehingga hari ini. Bila isu RM100 juta kandang babi moden timbul, semua orang dipaksa melonjak. Yang sudah lama hilang, sudah mula kedengaran kembali. Pihak pihak berkenaan meloncat sampai lupa pekung siapa yang sedang dibongkar. Media pun tiba tiba rajin dedah itu dan ini. Tujuannya tidak lain untuk mempertikaikan tindakan kerajaan baru.


Yang kelakarnya ...... Pilihanraya pada 8 Mac yang lalu, TS Khalid Ibrahim pegang jawatan 13 Mac dan anggota exco baru sahaja angkat sumpah pada 24 Mac, tidak sampai sebulan dan isu babi yang diwar-warkan pada sekitar minggu ini seolah olah Kerajaan PR sudah lama memerintah. Pilih kasih atau menolak kehendak rakyat. Itu kata media dan NGO.


Penduduk Tanjung Sepat yang wak temui bersyukur. Mereka Sedar, pekung siapakah yang media sedang buka sekarang. Betul atau tidak, jadi atau batal, yang penting rakyat sudah kembali buka mata. Pantai Tanjung Sepat sudah hampir 15 tahun menyepi. Semuanya gara gara air kotoran najis babi mengalir ke sana. Kalau dulu Tanjung Sepat tempat ikan mendarat dan bersiar siar, tetapi ia sekarang sekadar laluan bot dari laut. Tidak boleh beriadah atau berlepak lepak kerana kawasan sudah lama rosak. Kerajaan Negeri Yang lalu, cuba membuka pantai MORIB yang baru untuk mengganti kawasan tersebut dan menjauhkan jarak dari kekotoran sebenar. Sehingga sekarang, yang penduduk jati pantai Morib tidak berani bermandi manda di pantai sana. Bilik air disediakan. Sabun pun ada dijual. Semuanya untuk digunakan oleh pengunjung luar yang tidak tahu cerita sebenar. Kalau ada yang mandi dan berkumur kumur dengan air laut diMorib sebenarnya Najis babi sudah masuk ke mulut mereka. Orang kampung hanya melihat sambil tersenyum penuh rahsia.


Kini harapan timbul kembali. Sudah lama BN tutup kisah ini, dan sekarang tanpa sedar bantahan NGO terhadap kerajaan Negeri yang baru, serta data data bersangkutan untuk dijadikan bahan cerita media arus Pedana.


Kita buat sedikit perbandingan. Akibat mahu pilihanraya, isu Babi di Melaka ditutup. DS Najib, Timbalan PM kata ianya sudah selesai. Tapi hakikatnya babi tidak berkurang, malah sampai sekarang ia masih membiak dan membiak. Tanah kerajaan turut digunakan secara haram. Tapi semua ini tidak lagi menjadi isu kerana media dikawal oleh Kerajaan BN. Tutup semua cerita dan rakyat pun tutup mata. Karam Singh Walia pun dilarang kesana. Dihantar keluar negeri untuk buat liputan tentang lain cerita.


Kerajaan negeri Selangor tidak sampai 3 bulan ditubuhkan, serangan bertali arus terus dilakukan. Yang penting kritik dan terus kritik. Inilah dinamakan serangan membabi buta. Baling batu bertubi tubi, tapi tidak tahu batu jatuh ke mana. Kita lihat kesudahannya.


Kalau ditanya pendapat, wak akan kata tidak setuju biar cerita berpanjangan. Biar semua aib Kerajaan BN didedahkan. Lagi panjang tempoh, lagi banyak cerita. Mungkin ada yang bertepuk dahi sekarang kerana sedar keburukannya sudah di dedahkan. Rancangannya lain, jadinya lain. Serang sana tapi sini yang kena.


Source: Tranungkite

25 comments:

Anonymous said...

wahai saudaraku Tranungkite

engkau hebat berkata2

kalau iye pun nak buka pekung kerajaan dahulu....bukalah aku pun tumpang gembira sebab dpt tahu semua cerita......

tapi....sebagai kononnya barisan rakyat SEPATUTNYA MENUTUP TERUS LADANG BABI ITU.BUKANNYA MELETAKKAN SALAH ORANG TAPI CUBALAH BANTU PENDUDUK DISITU YG KO PUN TAHU DAH TANGGUNG AZAB BERTAHUN-TAHUN.....

LU PIKIRLA SINDIRI

Anonymous said...

wahai anonymous...
kalau tak tau cite jgn cakap..seseorang manusia itu akan nampak hina bila memberikan pendapat yg dia sendiri tak tau..cite sebenarnya babi tu dah lama wujud,dan sebelum pilihanraya,bekas kerajaan bn telah bersetuju untuk membesarkan ladang babi dan meletakkan semuanya dlm satu kawasan dgn menggunakan teknologi moden..dan bila kerajaan pakatan rakyat menyemak balik perjanjian tu,mereka merasakan usaha itu wajar,..kerana kita tak boleh nak hapuskan terus ladang babi tu kerana ia akan menimbulkan ketegangan kaum..jadi pakatan rakyat bersetuju dgn syarat menggunakan teknologi canggih yang akan mengitar semula semua hasil kumbahan babi tersebut.dan duit 100 juta itu bukan semuanya duit kerajaan negeri..separuhnya adalah dr individu tertentu.

Anonymous said...

sume pandaila nak bg pendapat pasal babi nih..
korang yg xddk sane mane tau..
dgr kabo angin dr media gak..
nak slhkan krjn dulu pon da xgune..
yg perintah skrg krjn br..
klu da tau krjn dulu slh bkk ladang babi tuh,pe lg tutupla..
yg pegi nak beso kan lg tu buat pe..
kite yg ddk ctu yg jadi mangsa lg tersekse...
klu bau tu wangi sangat xpe...
erm....
pela nasib kami pas nih..

Anonymous said...

btul tu anonymous...org lain pdila ckp...sbb dier bkn duk sini....kami yg duk kat sini terpaksa hadapi sume tu...wat pe nak besarkan ldg ternak babi tu...yg ada tu pun dah ckp....klu buat ldg ternak lembu ke....kambing ke...ok la...sume org bleh mkn benda tu...ni babi.....dah la kotor...haram lak tu...duit seratus juta tu bleh wat ape2 pun....br2 ni dgr citer sekolah2 kene byr duit sewa tapak tiap bln...katanya nak wat tmpung belia2 yg x da keje...cam mat rempit....kan bgus 100 juta tu tlg mat2 rempit tu x yah minta sewa....kan sekolah tu tmpt ilmu....

lg satu nape exco pas pun setuju...dgr kata masa kempen aritu sibuk ckp psl isu babi ni...nak tutup ldg babi ni la klu diorang perintah...x da pun...ni stuju lg adala...pelik2 manusia....blum dpt sume manis mulut berjanji....bila dah dpt janji yg ditaburkan dibiarkan....ni ada cciri2 org munafik ni...bila berjanji dimungkiri....

fikir la...x usah menyalahkan sesuatu pihak je klu diri sendiri pun sama juga....

jelik ngan permainan politik masa kini....

Anonymous said...

salam..

Nampak sgt BN hilang punca skrg nie, ooo..dahla projek 2 under BN dulu, pas 2 bile dpt kat Barisan Rakyat, kutuk2 la BR n suh tutup..
ok, cube fikir, katela Khalid Ibrahim batalkan projek 2, mesti yg kuar berite, kate Barisan rakyat nie x hormat kat kerajaan lama n so in..
elloo, org skrg dh meluat ngan media yg bertopengkan BN!

Anonymous said...

skrg baru tahu nasib laaa penduduk sepang oiii tulah masa mengundi x nak pikir...skrg masing2 tunding jari.....xpayah nak menangkan pkatan pembangkang tu sbb aku tgk dgn mata kepala sendiri masa hari mengundi tokeh2 babi pegang bendera PAS...kalu kerajaan yg buat cam tu mesti dah dilabel kafirun.....x pelah kita tgk dan lihat siapa yg kena

Anonymous said...

haha.. tak payah nak berdebat la isu ni wei. korang cakap ni betul korang tau ke apa yg korang cakap ni? makan babi ke? bodoh aaaa..
bak kata Khir Toyo, ini hadiah pertama, tunggu plak yg kedua. HAHAHAHA

Anonymous said...

pada aku lah kan, masa ni lah kerajaan baru tunjukkan kehebatan dan kuasa. tutup je lah ladang babi tu. jgn pandai bercakap jer masa berkempen. salahkan org sana salahkan org sini. bila dah pegang kerajaan baru tau apa masalah sebenarnya. tapi tetap jugak nak menyalahkan org. bila lah nak salahkan diri sendiri sebab tak dpt tunai janji hahahaha

Anonymous said...

Korang semua mmg anjing2 politik,makan babi la korang,hakhak

Anonymous said...

wahai zam... yang budiman KO MEMANG BAGUS DAN KO MACAM TAHU...BANYAK PERKARA TAPI KAU BUTA.......

KO PIKIR AKU TAK TAU KAT SEPANG TU MEMANG DAH ADA BABI WALHAL AKU NI ORG TEMPATAN YG NK LUAH RASA HATI....

KO PULAK APA KATA BABI TU DIPINDAH KE SEBELAH RUMAH KO....
ATAU PUN PALING TIDAK LORI BABI TU ULANG ALIK LALU UMAH KO...APAMACAM
SANGGUP KO HARUNGI....

KHALID IBRAHIM KATA SISA NAJIS AKAN DIGUNAKAN UTK BIODIESEL KUNUN HAHAHAH BUAT BAJA KUNUN HAHAHAHA

AKU NK PERCAYA KER....HAHAHAHA

AKU SARANKAN KO PERGI BATANG BERJUNTAI PERHATI DAN LIHAT PUSAT PENYEMBELIHAN BABI TERBESAR...DAN KOLAM RAWATAN KUMBAHAN SISA BABI YG KUNUNNYA KUALITI AIR TERBAIK...ADAKAH MEREKA GUNA SEMULA AIR RAWATAN TERBAIK ITU UTK TUJUAN BASUHAN SEMBELIHAN BABI ITU...AKU CABAR KO PERGI DAN KOMEN SEGERA...APAMACAM..

Anonymous said...

Anonymous yg bijak..
satu jer anggapan aku pd ko..
iaitu..
ko memang bijak + bahalol..
hahaha..

Anonymous said...

Assalamualaikum, saudara sekalian. Kita semua tahu kejadian ini dah terjadi bertahun-tahun lamanya. Kita juga tahu siapa yang meluluskan projek ini dari awal lagi, oleh itu adalah tidak adil bagi meyalahkan kerajaan yang baru naik sedangkan sebelum ini cerita ini dipendamkan begitu saja. Memang jalan yang mudah adalah menutup saja ladang projek ternakan babi itu. Tapi kita perlu sedar setiap projek sudah tentu ada perjanjian yang telah dibuat. Oleh itu pembatalan projek boleh mengakibatkan saman kepada kerajaan. Masalahnya adakah patut kerajaan yang baru naik kena pula membayar samannya sedangkan orang yang bertanggung jawab diatas segala kekusutan ini telah mencuci tangannya? Rasulullah telah menerapkan Islam dalam masa 40 tahun, olehitu semuanya dibuat secara beransur-ansur, bukannya secara mengejut sehari semalam. Kita perlulah bersabar menghadapi dugaanNya, barulah kita mendapat hasil dari kesabaran kita, Insya'Allah...

Anonymous said...

entahla..
tepuk dada, tanye selera
kite tgok je la ape kelebihan kerajaan baru ni
jangan ckp je lebih, to ntah ke mane

Anonymous said...

aku tgk semua bg komen tak guna akal..dahla semua pakai nama anonymus..tak tau org yg sama atau tak.aku sokong yg cakap pasal perjanjian tu..mmg betul tu,kalau dah perjanjian mestila ada syarat.dan kalau kita langgar syarat tu mestila kena samankan..so,kerajaan pakatan rakyat dalam delima sebenarnya.jd diaorg teruskan tp dgn membuat penambahbaikan..kepada saudara seagamaku,kalau anda baca paper hari ni,bacala komen mufti selangor dan perlis..dan lepas ni kalau nak komen,guna nama sendiri,komen dgn rasional,bukan emosional.jgn tunjukkan kebodohan anda dalam berfikir..assalamualaikum.

Anonymous said...

Sekonyong-konyong babi mencuri perhatian ramai di Selangor. Belum pun sempat para Exco Kerajaan baru Pakatan Rakyat memanaskan kerusi-kerusi pejabat di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, di Shah Alam, sekumpulan penyokong Umno daripada Sepang sudah datang menunjuk perasaan kerana babi.

Sebenarnya babi bukanlah isu baru di Sepang. Sejak puluhan tahun penduduk Melayu di Sepang sudah pun hidup bersama makhluk Allah itu. Mereka sudah terbiasa dengan segala macam masalah yang timbul daripada ternakan babi tidak terkawal di kawasan yang diwakili BN itu.

Bagaimanapun, pengumuman kerajaan negeri untuk meluluskan projek ternakan babi secara moden di situ tiba-tiba mengundang protes. Alasannya, projek itu kononnya bersaiz mega dan boleh memburukkan lagi pencemaran alam sekitar.

Para penduduk di Kampung Tanjung Sepat, Sepang misalnya mendakwa aktiviti ternakan babi yang tidak terkawal di era pemerintahan BN mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang teruk hingga menyebabkan penduduk hilang mata pencarian.

Kegiatan itu menyebabkan perairan sekitar kawasan tersebut tercemar teruk hingga menjejaskan aktiviti nelayan di samping kerosakan harta benda.

Utusan Online memetik kenyataan Pengerusi Persatuan Nelayan Kampung Kundang, Shahamid Sanusi, bahawa aktiviti membuat belacan yang menjadi salah satu punca mata pencarian utama penduduk sukar diteruskan kerana kekurangan udang geragau yang menjadi sumber utama dalam pembuatan belacan.

Semuanya kerana pencemaran najis babi.

Menurut Shahamid, selain Tanjung Sepat, pantai sekitar kampung Tumbuk, kampung Gadong, pekan Tanjung Sepat dan Batu Laut juga terjejas teruk akibat pencemaran sisa buangan najis babi.

Kekurangan udang geragau juga menyebabkan kilang memproses belacan bernilai RM100,000 yang dibina oleh Jabatan Perikanan kini terbiar.

Utusan Online turut memetik kenyataan Ketua Kampung Batu Laut, Bajuri Pakeh yang mendakwa banyak kawasan paya bakau di situ telah musnah akibat pencemaran.

Beliau juga bimbang kemusnahan akan menjadi lebih teruk kerana ramai pengusaha ladang babi kini sedang membesarkan kandang masing-masing.

?Jika tidak dikawal, saya tidak boleh bayangkan apa akan terjadi pada alam sekitar di kawasan ini malah sektor pelancongan termasuk homestay juga akan terjejas,? katanya.

Seorang penduduk, Noridah Endut memberitahu, tanah tepi laut seluas satu hektar milik keluarganya juga telah musnah akibat pencemaran.

?Dahulu kawasan itu pernah digunakan untuk menanam sayur-sayuran selain menjadi tempat berehat sekeluarga. Kini semua kehidupan telah mati dan pasir menjadi hitam,? katanya.

Ketua Unit Peladang Kampung Tanjung Layang, Saharudin Mohd. Said pula berkata, ramai penduduk di kawasan itu terpaksa mencari kerja di luar kampung untuk terus menyara keluarga masing-masing.

??Tinggal di kampung pun tidak ada guna. Bukan boleh turun ke laut lagi,? katanya.

Itulah rungutan para penduduk di kawasan terbabit ekoran legasi penternakan babi tidak terkawal oleh bekas kerajaan BN Selangor.

Jadi apakah langkah penyelesaiannya? Adakah dengan hanya mengeluh dan menunjuk perasaan masalah itu boleh selesai? Apatah lagi ladang-ladang babi yang tumbuh bagai cendawan di daerah Sepang wujud sejak berpuluh tahun lalu di bawah 'perlindungan' kerajaan BN?

Pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri meluluskan cadangan membina ladang ternakan babi moden di Kampung Tumbuk, Kuala Langat perlu disambut baik penduduk jika mahu isu ini diselesaikan segera.

Kawasan yang dicadangkan juga terletak di kawasan Sepang yang telah pun menjadi tapak utama ladang babi.

Sehubungan itu, wakil-wakil penduduk sepatutnya mengambil inisiatif bertemu dan berbincang dengan kerajaan negeri untuk memberi cadangan dan input berguna bagi mempastikan usaha memusat dan menternak babi secara terkawal ini berhasil.

Para penduduk Melayu di kawasan terbabit perlu lebih berhati-hati dan tidak terikut-ikut dengan hasutan kumpulan desperado politik yang mahu menangguk di air keruh.

Ketika kumpulan desperado ini memerintah negeri, tiada sebarang langkah proaktif diambil bagi menyelesaikan masalah ternakan babi secara berleluasa ini. Malah ternakan babi secara tidak terkawal bukan sahaja berlaku di Sepang, Selangor, malah di Paya Mengkuang, Melaka dan Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan - negeri kubu kuat Umno dan BN.

Sikap tidak bertanggung jawab BN ini diserlahkan lagi oleh kenyataan bekas MB Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo.

Ketika menjawab penjelasan Abdul Khalid bahawa projek itu telah diluluskan oleh kerajaan BN negeri, dan kerajaan Pakatan Rakyat hanya meneruskan apa yang dirancang; Mohd Khir yang kini dilanda sindrom mudah lupa memberi kenyatan berikut:

?Kerajaan negeri dahulu hanya bersetuju meluluskan projek untuk skala kecil, itu pun belum ditetapkan lokasinya.

?Kalau penduduk setempat membantah atau penternak tidak bersetuju, kita akan batalkan projek itu,? katanya dengan muka selamba.

Begitulah tahap kredibiliti beliau di mata umum sama seperti penafiannya terhadap perjanjian perbekalan air yang dimeterai dengan Puncak Niaga (yang didapati merugikan rakyat) sehari sebelum tarikh pilihan raya umum 2008!

Baru sebulan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Selangor dan babi bukan satu-satunya masalah warisan kerajaan BN negeri yang perlu diselesaikan kerajaan baru. Banyak isu-isu lain yang perlu diberi perhatian utama seperti masalah perumahan rakyat dan pembangunan tidak terkawal yang mencemar alam sekitar.

Tidak seperti bekas kerajaan BN negeri yang angkuh dan sombong bila berhadapan rakyat, kerajaan negeri Pakatan Rakyat pastinya lebih mesra dan mengutamakan kebajikan rakyat.

Demonstrasi perlu bagi menghadapi kerajaan yang angkuh dan enggan menerima pandangan rakyat. Ia jalan penyelesaian akhir yang dibolehkan demokrasi walaupun dimomokkan sebagai 'haram' oleh BN dan media yang dikuasai mereka.

Tetapi sebelum berdemonstrasi dan terpengaruh dengan hasutan golongan desperado politik untuk berdemonstrasi, adalah lebih baik untuk para penduduk - rakyat Selangor - untuk berdialog dan menyatakan pandangan mereka kepada kerajaan rakyat yang memerintah.

Rasanya, Menteri Besar dan anggota Exco Kerajaan Negeri tidak keberatan untuk menerima kunjungan para pemimpin masyarakat Melayu Sepang bagi berbincang dan menyelsaikan masalah yang diwarisi daripada kerajaan BN negeri ini.---petikan dari harakah.bacala dgn hati yg terbuka.jgn baca semasa hati tgh berkecamuk..

Anonymous said...

zam...aku setuju denagn pendapat panjang lebar kau.

tapi apa kata kalo kerejaan baru yg lebih dikenali sebgai barisan rakyat ini batalkan saja projek ternak babi jgnlah guna alasan kita akan meneruskan projek-prjek yg telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu....

hahaha main tarik tali ker...kelakarlah ini baru betul-betul politik.

kepada ananymous yg lebih menyokong projek pembesaran ladang babi di sepang kamu belum sedar kerna diperBODOH kerejaan barisan rakyat atau mungkin kamu salah sorg dlm program menternak **** tu kot hehee

Anonymous said...

alah yang penting kenapa masa kerajaan lama dulu dikutuk2 bila nak menangani masalah babi ni. siap cakap badwi di arab pengembala kambing, badwi di msia pengembala ..... so, whatever pun kena terima hakikat susah nak menangani masalah ni. tak payah lah ckp kerajaan baru terpaksa teruskan perjanjian etc. buktikan yg kerajaan baru boleh...huhu

Unknown said...

Aku sokong dengan kenyataan zam...

Rakyat semua harus sedar, isu babi tu dah bertahun-tahun wujud sejak pemerintahan BN lagi. Walapun penduduk membantah, kerajaan BN memekakkan telinga. Sekarang nie BA sedang buat penyelesaian masalah tersebut. Korang tak payah lah nak bising² pasal hal nie. Kenapa waktu pemerintahan BN dulu korang taknak bising²??? Untuk menyelesaikan masalah nie, kerajaan negeri telah meluluskan cadangan membina ladang ternakan babi moden di KG Tumbuk, Kuala Langat dan di sambut baik penduduk.... Korang mesti terfikir kenapa tak tutup terus jer ladang Babi tu? Saya tak yah terangkan sebab saudara Zam dan terangkan....... Sekian....

Anonymous said...

Pada pendapat aku.isu kandang babi haram dah lama berlaku.Kalau kerajaan sebelum ni boleh handle, mebi dah lama selesai.Tapi, sebab apa masalah ni tak boleh handle?Tapi, bila kerajaan baru nak cuba handle, perkara ni diperbesarkan pulak.Seolah orang yang cuba nak selesaikan masalah ni yang dipersalahkan.
Mebi orang cakap kalo nak selesaikan masalah ni, tutup saja semua kandang yang ada, tapi masalahnya kalo tutup sekali pun, lepas ni mesti ada juga cina malaun cap samseng yang buka kandang haram.Perkara ni takan boleh settle mudah mcmtu je.Skarang kerajaan baru nak bina kandang berteknologi tinggi yang boleh "center"kan semua penternak haram.salah ker?at least, kerajaan baru try to handle this problem, tak mcm kerajaan lama yang dah bertahun diberi kuasa.Cuma..yang agak problem, kos yang terlalu mahal.Mebi kerajaan baru kene fikir mcmne nak reduce kos.Itu je pandangan aku.Any comment lain?

Anonymous said...

dulu kate lain skrg lain pe citer?
dulu org pas iye2 mara de ladang babi kat ctu skang pe jadi..DAH SOKONG PULAK??!!cakap xserupa bikin la..so pk2 kan lah..
org pas ni ckp je lebat tapi dier skrg ni dier bg HADIAH la (ladang babi)

Anonymous said...

ye tutup la ladang babi tu bukan nye menambah lg BABI2 kat situ ..
bodoh!!
kalo nk buat ladang babi berteknologi kan pemende ntah xyah la byk sgt babi tuh..
agk nye org BA nk makan babi tu sumua kot??

Anonymous said...

Hentikan berpolemik soal babi dan langkah Kerajaan Selangor itu patut dilihat positif untuk kesejahteraan umum. Lebih baik semuanya pandang ke depan melihat masa depan bangsa dan negara yang lebih penting dari isu-isu menggeliakan seperti babi itu. Jangan bazirkan masa anda!

Anonymous said...

yang bestnye dulu mase sebelum kempen, guna isu babi untuk menang...tapi bile dah menang, besarkan pulak kandang babi...kalo ye pun, xdelah sampai seratus juta...apabila rakyat dah lantik jadi kerajaan, patutnye tutupla kandang babi tu...kalo nak bukak pun, bukak la kat lain...kat kawasan ramai orang makan menatang tu...ini namanya kerajaan talam dua muke...dulu depa jugak guna isu ni....haramla..apela...sekarang terbukti pekong dada sape yang terbuka...

Anonymous said...

paya_memgkuamg_apa_citer,apalagi,ko_suruh_la_ali_rustam_tu_tutup...jgmpamdai_ckp_aje...

Anonymous said...

SYABAS PENGUNDI PKR DI SELANGOR,
1 UNDI UNTUK SEEKOR BABI..

Ni lah yang di katakan mahu membetulkan semua benda HITAM yang kerajaaan BN buat dulu.
kononnya nak buat perubahaan tp bila dan memimpin bg alasan kena teruskan, kalau tak kena saman la,apa la.. mana takut kena SAMAN ngan DOSA..TEGAKKAN KEBENARAN DAN NEGARA BERKEBAJIKAN. SEKARANG RAKYAT DAN MINTA KEBAJIKAN JGN TERUSKAN PROJEK TU. BOLEH TUNAI JANJI KER..
KALU JANJI PROJEK MEGA BABI KENA TERUSKAN TAPI JANJI NGAN RAKYAT CMNA PLAK..
Ke berdosa kalu tak teruskan projek mega tu.. aduhai....

Blog Widget by LinkWithin