adsense

03 April, 2008

Kenali musuh anda



Assalamualaikum…

Umat Islam memandang serius filem FITNA yang dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli parlimen Belanda, yang kini ditayangkan di dalam internet di seluruh dunia melalui you tube.


Filem Fitna itu, yang disiarkan selama 15 minit dalam sebuah laman web pada 27 Mac, mengkritik Islam, dan ayat Qur'an digunakan dengan sewenang-wenangnya dan tidak mengikut konteks.



Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengeluar filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.



Sedikit tentang sibangsat Geert Wilder. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel. Si Bangsat ini pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas. Kenali Musuh anda !!!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir semalam agar produk Belanda dipulaukan hanya mendapat perlian sinis daripada blog pro-zionis dan anti-Islamis seperti Jihad watch dan sebagainya.

Mereka berkata bahawa negara Belanda akan lebih kaya jikalau produk mereka di pulaukan oleh orang Islam kerana negara Eropah pula yang akan membeli produk mereka. Malah mereka memerli dengan mengatakan ekonomi mereka tidak terjejas dengan pemulauan produk ini kerana negara Islam adalah negara miskin. Denmark pernah mengalami kerugian USD 1.5 juta sehari kerana pemulauan barangan mereka.

Maka, marilah kita sama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan yang sewajarnya.

Saya menyeru agar semua pembaca bersama-sama memboikot produk yang dihasilkan oleh Belanda.

Wallahu A'lam.

9 comments:

Anonymous said...

ya, saya ingat muka tu.. saya tgk dlm you tube.. 1 geng dgn Hirsi Ali laknatullah..

Anonymous said...

kalau tengok lELAMA WAJAH DIA NI MACAM NAK KELUAR TANDUK LAK... SYAITANNN!!!!

Anonymous said...

Harap2 apa yang kita laung2kan sekarang beterusan..jgn ada yang hangat2 tahi ayam..tapi dalam sedar x sedar,byk lagi contoh lain depan mata kita sendiri, dalam negara, yang kita tak nampak..gajah depan mata tak nampak, nyamuk seberang laut nampak....b

Mujos said...

walaupun bukan islam, saya sama sekali x setuju apa yang telah dilakukan oleh Geert Wilders...kerana menyebabkan permusuhan..sedangkan semua agama menggalakkan perpaduan dan saling hormat..saya harap umat islam di malaysia tidak membabitkan penganut agama kristian di malaysia.. kerana kami kesal dengan penayangan filem FITNA tersebut...sekian salam Damai...

Anonymous said...

tgk muka pon mmg cam hantu..sememangnya dia sengaja nk mencetuskan kontroversi dan permusuhan..

Unknown said...

Aku meluat tgok muka si bangsat ni. Tapi aku lagi meluat tgok filem Akhirat. Sedar tak sedar filem Malaysia sendiri yang memalukan agama Islam... Korang PK la sendiri.......

Anonymous said...

YUP AKU STUJU SGT DGN KOMEN KORANG KT ATAS,BARAT MEMANG DA MELAMPAU SGT2...KALU NK TAU PERANG JIHAD UMAT ISLAM NI MCM MANA..CUBA LA GUGATKAN LG AGAMA ISLAM NI.TAU LA DIAORG.

Anonymous said...

apa lagi senarai kan produk belanda kat sini... mai ramai2 pakat boikot

Anonymous said...

ALLAH HU AKHBAR MARI KITA SEMUA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA MEMBOIKOT SEMUA JENIS BARANG KELUARAN BELANDA JANGAN BELI.

Blog Widget by LinkWithin