Minyak naik RM2.70! |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }






Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini

04/06/2008 5:56pm

PUTRAJAYA 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.

Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.

Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.

Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan. - Utusan.

Related Posts by Categories



7 comments

  1. Anonymous  

    June 4, 2008 at 10:04 PM

    Time kasih kpd PM kite..
    Hadiah pilihanraya dr BN..

  2. Anonymous  

    June 5, 2008 at 12:25 AM

    pm mmg bagus...
    dia nak hapus subsidi...
    katanya harga minyak malaysia murah dari negara asia...
    ape kepandai dia nieh...
    napelah dia x bandingkan dgn negara keluarkan minyak yg len...pandai terlebih...

  3. Anonymous  

    June 5, 2008 at 12:29 AM

    mahal betul!! jalan kaki ke? aisehman.. apa laaa macam ni.. duit tax kita buat apa? buat bahan bakar? perrghhhh tak tahan nak tanggung petrol mahal :(

  4. Anonymous  

    June 5, 2008 at 9:14 AM

    betul punya bagus ..kasi naik lagi lahhh.....ORG SINGAPORE tak kisah pun harga naik janji boleh beli minyak kat sini ...subsidi pun dia org dapat rasa..apa lahh punya masalah dia org kat kabinet nieee..

  5. Anonymous  

    June 5, 2008 at 9:18 AM

    setakat kasi rm625.00 setahun buat apa ...nak bayo duit roadtax & insuran pun tak lepas ..kereta wira dulu leh masuk full tank rm75.00 aje sekarang masuk rm100.00 pun tak cukup penuh ...pedih ..pedih tul...kenapa dia org nie tak GETI nak pikir ...buat koridor sana sini abis kan duit rakyat tak apa...yang rakyat nye apa cerita lakk...BM .. BN..BN..

  6. Anonymous  

    June 5, 2008 at 1:01 PM

    ya allah...selamatkan lah hamba mu dari pemimpin yang kejam ni ya allah..

  7. Anonymous  

    June 5, 2008 at 1:35 PM

    Kini sebulan minyak untuk kereta 407.64RM, barang dapur sebelum naik minyak 300RM, Talipon 80RM, Internet 77RM, Kereta dan Rumah 1200RM, Bil air 20RM, Bil Letrik 100RM, Duit Lauk harian 10RM= 300RM sebulan, duit anak -anak sekolah 225RM. Jumlah semuanya 2709.64RM Pendapatan seisi rumah sebulan 2,600RM (Belum lagi campur harga-harga barang yang akan naik! Gaji tak naik, nak dapat bonus 2 bulan pun payah. Jadi nampaknya kalau nak hidup kenalah kita rompak bank beramai-ramai.

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates