Demonstrasi Jalanan UMNO Trengganu |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }




 Kemelut umno Terengganu semakin bercelaru, bantahan yang dibuat di Depan wisma Darul Iman sudah berterusan ke kediaman rasmi Idris Jusoh di Batu Burok Kuala Terengganu.

Lokasi himpunan bantahan ini tidak sampai 0.5 Km dengan tapak tragedi Batu Burok yang mana umum telah sedia maklum 2 orang Pemuda PAS telah di tembak.

21 feb - bermula jam 6.00 ptg rombongan dari DUN Seberang Takir mula berhimpun di depan kediaman rasmi Idris Jusoh.

Mereka membawa berbagai sepanduk menyatakan bantahan penguguran Shapian Ali untuk DUN Seberang takir.



Penyokong Shapian Ali berkumpul didepan Kediam rasmi Idris Jusoh




Seorang Penyokong Shapian Ali mendakwa pada pagi 20 Feb 2008, Shopian telah menerima sms tahniah kerana kekal di Seb.takir dari Idris Jusoh . namum semasa pengumuman yang dibuat jam 12.00 tengahri di Seri Iman, nama Shopian tidak disenaraikan.

Mereka seterusnya mendakwa sms tahniah itu hanyalah main kotor politik Idris Jusoh supaya Shopian menganggap Pak lah yang tidak menyenaraikan nama shopian, sedangkan hakikatnya sememangnya Idris Jusoh sendiri yang tidak menghantar nama Shopian, dakwa mereka.




Lebih kurang jam 8.00 malam rombongan penyokong Tengku Putera mula tiba di Batu Burok.Seawal himpunan itu mereka berkumpul secaran berasingan dengan penyokong Shapian.




8.30 malam rombongan umno marang yang membawa missi Man bakar pula memenuhi ruang pakir depan kediaman rasmi Idris Jusoh
Mereka melaung laungkan slogan anti idris Jusoh




Penyokong Man Bakar dari marang mula bergabung dengan penyokong Tengku Putera dari Hulu Terengganu.




" Pak Yeh Cap Ayam....." antara slogan yang dibawa oleh penyokong man Bakar.



Peserta himpunan haram umno dari 3 bahagian berbincang untuk bergabung




Tengku Putera di fitah? siapa yang fitnah tengku Putera? PAS ? PKR ? BA........? Che Wan mendakwa rasol Wahid telah memfitnah Tengku Putera dan berpakat dengan deris untuk membuang Tg Putera.




11.00 malam, peserta himpunan haram umno semakin bertambah



Peserta " Demostrasi jalanan Umno" telah mengambil keputusan untuk meneruskan himpunan selepas solat Jumaat 22 feb 2008.Mereka telah diarah oleh Polis supaya bersurai.Ketika polis mengeluarkan arahan tersebut , seorang pemuda yang memakai ikat kepala dengan dacing menjawab " Ini negara demokrasi, kami hanya berhimpun sahaja" sementara kawan beliau menambah " Kami berlawan dengan Deris, bukan dengan Polis.

Akhirnya selepas berbincang mereka merancang untuk membuat bantahan yang lebih besar dengan gabungan Umno dungun dan Umno air Puteh dan umno Bukit payung petang esok (22.2.2008)

Sehingga jam hampir 12.00 tghmlm kelibat deris langsung tidak kelihatan.

Sumber

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates