adsense

27 February, 2008

Gadis dan anjing



Islam tak larang salah pegang dan sayang anjing. Anjing ni makhluk Allah juga.
Namun begitu gambar-gambar ni boleh jadi kontroversi. Kalau korang ingat tahun lepas kecoh sekejap isu siswi-siswi veterinar bergambar mesra dengan babi.

Jangan lupa samak dik ooi! kerana anjing ni jenis haiwan yang lidahnya terkeluar,hendak-hendak lagi kalau dibelai.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

9 comments:

Lisa Wan said...

sesungguhnya lisa nie bukanlah arif sangat tentang bab2 agama nie cuma lisa rasa isu mengenai mahasiswi2 yg memegang dan bergambar sambil posing-maut dengan khinzir tu pun belum lagi reda dah timbul pula gambar tentang anak2 gadis Melayu kita yg bergambar sakan dengan memegang dan membelai anjing. memang benar dalam Islam, tidak pula menyebut akan larangan tentang bersentuhan dengan haiwan2 seperti khinzir dan anjing akan tetapi binatang2 ini adalah sejenis najis mughallazah yg membawa maksud najis berat.

Kaedah membersihkan najis mughallazah tidaklah sesukar mana. Anda hanya perlu membasuh kawasan yang terkena najis tersebut dengan air yang bercampur tanah terlebih dahulu, kemudian membilasnya pula dengan air biasa (mutlak) sebanyak enam kali. Proses ini dinamakan samak, atau sertu.

Suruhan ini adalah berdasarkan pada hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Sucinya bekas/barangan salah seorang kamu apabila dijilat anjing dengan membasuhnya tujuh kali. Air yang pertamanya hendaklah dicampur dengan tanah". ( Riwayat Muslim )

tapi kalau ye pun mereka tahu dan sedar untuk samak atau sertu, tak payahlah berposing maut dan bergambar sakan seola-olah terlalu bangga dengan pencapaian dan kelakuan mereka kerana ini sedikit sebanyak akan memberikan satu gambaran atau kesan negatif pada generasi2 yg akan datang terutama sekali bagi mereka yg mungkin tidak mempunyai pendidikkan asas agama yg kuat untuk melaksanakan apa itu samak dan sertu.

- lisa wan

Anonymous said...

aii.. haram ke pegang anjing?? kutuk org pandai.. x sangke plak rupanya ngko sangaat x pandai dlm hukum! biarla dia bangga atau tidak nak pegang anjing.. asalkan lps tu dia ingat nak samak/sertu. cukupla.. isu kecik nih.

Anonymous said...

lagi isu pegang anjing..sadis!

Anonymous said...

Heloo...sy tau gambar tu diambil di mana dan bila ok....itu kat DOgathon di xxx. budak2 tu adalah pelajar VETERINAR, diulangi, DOKTOR VETERINAR...mestilah pegang haiwan...termasuklah anjing nie.
budak2 berbaju kuning yg anda lihat itu adalah AJK, diulangi AJK... yang bertanggungjawab memeriksa kesihatan anjing,ukur tinggi dan berat dsb. Itu tangungjawab mereka. Jangan risau, di sana telah pun disediakan peralatan menyamak termasuklah sabun KHUSUS UNTUK SAMAK yang dibekalkan oleh pensyarah dan senior2 mereka. (sabun tu dijual oleh pembekal islam, of course) Hm...sabun nie kita pun xprnh tau wujud kan? tp diorg guna hari2 sbb diorg handle haiwan.
bERbalik kepada soal handling haiwan, fikir la btul2...klu kita dah jadi doktor, kita mesti handle semua jenis pesakit. Ada x doktor kat klinik anda kata kata pada anda: "SOrila, sy xleh pegang awak sebab bukan muhrim..." begitu jugalah kepada haiwan. Kalau dia sampai di hospital haiwan, nak dekat mati kena racun, dan kita sahaja yang pegang penawarnya kt situ, perlu xkita rawat? PERLU! sebab haiwan pun ada hak juga untuk idup. Dah kita makhluk yang dikurniai akal, kita kena jaga makhluk yang tak de akal dan xboleh jaga diri sendiri. Kalau kita nak jadi doktor kucing pun, semasa belajar jurusan veterinar, kita kena belajar pasal anjing dan babi juga. Dah haiwan, kan? tu la pasal veterinar kursus 5 tahun...
Jangan nafikan hak haiwan itu hanya kerana ia tidak boleh dipegang. walaupun saya hanya jurusan sains saja, tapi saya lebih faham kerana saya kenal orang yang berada di situ dan saya selalu duduk dengan mereka. Mereka hairan kenapa mereka diperlekehkan n dieksploitasi sebegitu. sedang kerja mereka tu merawat makhluk yg xleh merawat diri sendiri. Bagi saya tu kerja mulia (jgn melenting bila saya tulis begini). Anda memperlekehkan mereka tetapi bila kucing kesayangan anda sakit anda pergi pada mereka, rayu untuk dapatkan rawatan (bagi yang biar kucing menggelupur sampai mati u lain la citer)...
Kenapa mengambil gambar? Itu termasuk salah satu prosedur semasa menjalankan aktiviti. Mesti ada gambar sebagai bukti. ada ke gambar mereka bangga2 sambil berguling2 dengan anjing ala2 filem hindustan atau biar anjing menjilat mereka? tak de kan? ini cuma gambar formal dalam booth pemeriksaan anjing.

Anonymous said...

bagus! bagus! pertahankan diri kerana benar. =)

Anonymous said...

tlg jgn sebarkan gmbr2 sebegini kt internet..bleh nenimbulkan fitnah..

c_rozieey said...

sy amat bersetuju dgn saudari lisa. walaupun dengan haiwan tersebut kita boleh samak, tapi perlukah budak2 tu dengan bangga bermesra dengan anjing tu? kalau boleh, pakaila sarung tangan.

tidakkah anda tahu yg perkara yg boleh menimbulkan fitnah boleh menjadi fitnah? contohnya memakai inai. pada zaman rasulullah, inai diharuskan ketika perang kerana strategi perang. pahlawan2 pada masa itu memakai inai untuk menutup rambut dan janggut yang berwarna putih. ini untuk menggerunkan pihak musuh yang akan menyangka pahlawan2 islam dibarisi orang2 muda. tapi sekarang?

inai digunakan untuk perhiasan. ada juga yang letakkan inai di mane2 bhgian badan untuk ditayangkan kepada orang lain. lebih kepada penggunaan tatu. ini akan menyebabkan orang lain salah sangka dan akan menjadi fitnah..

sama seperti isu menyentuh haiwan bernajis berat ini.. jadi, apa salahnya jika memakai sarung tangan? HENDAK SERIBI DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH

Anonymous said...

stuju ngan lisa n c_rozieey..

Islam itu mudah...tapi jangan dipermudahkan...kalau boleh elak kenapa buat?siap ambik2 gambar lagi..

aku belajar perubatan...terpaksa pegang orang juga..kadang2 anak dara omputih...takle nak elak...tapi takde la aku amik gambar nak buktikan aku pernah pegang bukan muhrim aku...

tak logik la nak buktikan diorang ade kat DOGathon tu..kene amik gambar pegang anjing..dok dekat2 pun ok kan...ni peluk2 lagi...

sekali lagi...Islam itu mudah..tapi jangan dipermudahkan..

Aedys said...

saya suka dgn comment "tza", apa pun semuanya bergantung kpd niat ssorg tu...saya nak bagi satu persoalan "apa bezanya gadis memakai tudung dgn seorang pelacur yang juga memakai tudung"

Blog Widget by LinkWithin