ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
25 February, 2008
Menang Tanpa Bertanding : BN 9 PAS 1
Barisan Nasional (BN) telah memenangi 7 daripada 222 kerusi parliament dan hanya dua daripada 505 kerusi dewan undangan negeri tanpa bertanding setelah pencalonan ditutup hari ini.
Sementara, pembangkang memenangi satu kerusi dewan undangan negeri melalui calon muslimatnya Wan Ubaidah Omar yang berjaya di dewan ndnagan negeri Kijang apabila calon BN Mustopha Ahmed dibatalkan kerana telah diisytihar muflis.
Ia merupakan satu bonus penting untuk PAS kerana ia menguasai 23 kerusi berbanding 22 milik di Kelantan sebelum pembubaran dewan undangan negeri, menjadikan setiap pentandingan di Kelantan begitu penting di dalam usaha kedua-dua pihak merebut negeri berkenaan.
Pada PRU 2004, BN memenangi 17 kerusi parlimen dan 11 kerusi dewan undangan negeri tanpa bertanding sementara PAS memenangi 1 kerusi Senggarang di Johor.
Dengan perkembangan ini, kini terdapat 215 kerusi parlimen an 502 kerusi dewan undangan negeri yang akan dipertandingkan pada 8 Mac nanti.
Kerusi parlimen yang dimenangi oleh BN adalah di Sarawak iaitu Selangau, Kapit, Kanowit and Tanjung Manis, di Sabah iaitu Kalabakan dan Pensiangan serta Pengerang di Johor.
Calonnya adalah Joseph Entulu Belaun (Selangau), Alexander Nanta Linggi (Kapit), Aaron Ago Dagang (Kanowit), Norah Tun Rahman (Tanjung Manis), Abdul Ghafur Salleh (Kalabakan), Joseph Kurup (Pensiangan) and Youth dan Azalina Othman Said (Pengerang).
Ini adalah kal kedua Azalina dan Abdul Ghafur, yang masing-masing turut memenanginya tanpa bertanding pada 2004.
Kerusi dewan undangan negeri yang dimenangi BN adalah Bugaya di Sabah (Ramli Marahaban) dan Sementa di Selangor (Abdul Rahman Palil).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Aku doakan semoga Barisan Alternatif akan menang! Amin.
Aku doakan semoga Barisan Nasional akan menang! Amin.
aku doakan umat islam yg tidak menyokong islam kembali kepada islam.....
Post a Comment