ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
24 February, 2008
Mandi Wiladah
Perkara Wajib mandi hadas besar;
Bagi lelaki 2 perkara:
1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak keluar mani pun kena mandi juga.
bagi perempuan:
1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.
Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu.
Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:
1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar)
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas.
menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.
Cuma niatkan:
"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atasku kerana Allah Taala".
Tula saya teringat orang tua-tua kita kat kasi org dalam pantang tu mandi basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak
jaga pantang.
Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelahiran...
katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari. Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi
dgn air sejuk.. cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.
Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang lelaki tu ingatkanlah isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara sedara
pompuan yang lain...
InsyaAllah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum...
saudara,mandi wajib selepas wiladah tu disekalikan masa mandi selesai nifas,satu lagi masa wiladah maksudnya setelah bayi keluar keseluruhan,bukan kepala je,
ttg mandi tu,tujuan mandi wajib tuk bersihkan diri dr hadas besar,maksudnye,perempuan mmg akan dlm keadaan hadas besar selepas bersalin,hingga selesai nifasnye,
sekian.
paleq.
Post a Comment