adsense

14 February, 2008

Hari Mengundi 8 Mac





Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 24 Februari dan hari pengundian pilihanraya umum ke-12 ialah pada 8 Mac ini.

Pengerusi SPR Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putra Jaya hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat selepas pembubaran parlimen dibuat oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam.

Rashid berkata hari pembuangan undi tersebut jatuh pada hari permulaan cuti sekolah.

Katanya, SPR menentukan bahawa daftar pemilih induk 2007, yang diwartakan pada 5 Februari 2008 akan digunapakai untuk pilihan raya ini.

"Mengikut daftar pemilih tersebut terdapat seramai 10922139 orang pemilih layak mengundi iaitu 10701054 adalah pemilih awam dan 221085 pemilih pos layak mengundi dalam pilihan raya kali ini," katanya.

Sehubungan itu katanya, SPR mengingatkan kepada semua pihak terutama parti-parti politik, calon-calon, petugas-petugas parti dan individu lain yang terlibat dalam pilihan raya umum ke 12 nanti memberi kerjasama kepada SPR.

Semua pihak diingatkan sentiasa mematuhi undang-undang dan prosedur pengurusan pilihan raya serta etika kempen yang ditetap dan akan dikeluarkan dari semasa ke semasa, kata Rashid.

*Gambar dari malaysikini, berita disunting dari Harakahdaily

No comments:

Blog Widget by LinkWithin