ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
20 April, 2007
Isu Hangat: Apabila nafsu mengambil-alih kewarasan
Menurut sahabat yang mengirim, kejadian ini berlaku di Jalan Raja Laut, KL baru-baru ini. Seorang pemuda yang telah mencuri telefon bimbit di sebuah kedai handphone berdekatan telah berjaya diberkas oleh orang-ramai.
Beliau diikat dan dibelasah sehingga menyembur darah dari mulutnya. Lihatlah tindakan zalim yang dikenakan ke atas si pencuri. Memang siapa pun tidak bersimpati dengan pencuri, tetapi negara kita mempunyai undang-undang dan peraturan. Kesalahan pemuda ini adalah mencuri telefon bimbit, apakah begini sepatutnya hukuman ke atas beliau.
Lebih dahsyat lagi apabila pemuda tadi menyerahkan kad pengenalannya. Cuba lihat betul-betul. Rupa-rupanya beliau baru berusia 15 tahun!
Diusia ini jika pun beliau telah mencuri si budak kecil ini tidak akan didakwa di mahkamah terbuka tetapi mahkamah juvana yang mendengar kes yang melibatkan kanak-kanak. Mengapa beliau diperlakukan begini sekali, apakah mereka yang membelasah beliau yang rata-rata terdiri dari orang Melayu/Islam itu tidak usul-periksa terlebih dahulu sehingga tidak mengenal antara kanak-kanak dan orang dewasa.
Memang budak ini mungkin telah mencuri, tetapi stigma yang akan dipikulnya lantaran dibelasah sedemikian rupa di usia muda ini pasti akan diheretnya sehingga ke tua nanti. Apakah kesudahnnya nanti, apa akan jadi kepada hidup beliau nanti?
Sepatutnya budak ini diserahkan kepada pihak polis untuk diambil tindakan dan sepatutnya begitulah juga mereka yang bernfasu yang telah mengambi kesempatan ke atas beliau yang sebenarnya lebih hina dari budak yang mencuri itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment