adsense

27 June, 2007

kisah benar dari penjara sg. buluh



Malam tadi bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forum
perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Uts Halim Din,
Ust.
Raihan &
Utszh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga3 ahli
panel yg bijaksana tu. Ttg keperibadian rasulullah yg mulia itu yg
menjadi ikutan kita semua.

Di penghujung rancangan tersebut salah seorang utz kalau tak silap aku
utz halim din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di penjara sg.
buluh.
Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi
ceramah agama pd banduan2 di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgn
beliau dan menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN
iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan
perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai
mati.

Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin,
kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama
banduan lain.
Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel
beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang
walaupun beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd
pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan
supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi
jumaat.
Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena
sekali
seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum
gantung pada pg esok. Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok,
mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,
solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya
dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila
tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan
diri.
Masa
semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia
ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti
menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada
jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat
pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir
keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat dgn
jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah. ......... mungkin
Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan
sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

HUWALLAH HUALAM,

No comments:

Blog Widget by LinkWithin