Oleh pemudawilayah
Semalam, seorang sahabat yang juga bekas pensyarah saya, Sdr Raja
Ahmad Iskandar dari Manchester menghantar satu email yang agak
menarik.
Artikel bertajuk "Bartenders whip up a storm at contest", terbitan
akhbar The Star 15 Jun 2007 menarik perhatian saya seketika.
Lewat membaca artikel tersebut saya agak sedih melihatkan nasib anak-
anak muda kita di Kuala Lumpur ini. Kehidupan mereka dipenuhi dengan
ujian dan kadang kala ujian yang menyeronok seperti ini merosakkan
mereka dan imej umat Islam sendiri.
3 orang anak Melayu yang menyertai pertandingan Belvedere Bartender
of the Year 2007 (Malaysia) anjuran Syarikat Malaysia Belvedere
Vodka dilaporkan menguasai pertandingan ini.
Acara ini melibatkan penyediaan Koktail bagi minuman arak jenis
Belvedere Vodka dan setiap peserta dikehendaki menyediakan salah
satu dari tiga jenis Belvedere Vodka iaitu Belvedere Pure, Belvedere
Cytrus atau Belvedere Pomarancza.
Program yang diadakan Frangipani Bar, Bukit Bintang turut
dimeriahkan oleh artis Melayu dari Sarawak iaitu Camelia.
Mohd Adzhar Ahmad, bartender dari Qba, The Westin Kuala Lumpur telah
diistiharkan sebagai pemenang dan Rizal Junior Johari dari QBA juga
telah memenangi tempat kedua
Tempat ketiga pula jatuh kepada Mohd Erik Fiza Zulkifle dari The
Loft Kuala Lumpur.
Ini hanyalah sebahagian kecil dari gejala-gejala yang telah merosak
anak-anak Melayu. lantaran inginkan keseronokkan dunia dan kemewahan
wang ringgit beserta sedikit kemasyuran mereka telah dipedaya dan
akhirnya terus tenggelam hanyut dalam dunia hitam ini.
Inilah dia sumbangan terbesar kepada generasi kita. Mereka tak
boleh minum arak kerana ia haram disisi Islam. Jadi bartender untuk
hidangkan arak lebih kecil dosanya tapi dalam masa yang sama ia
perlu sebagai menunjukan dakwah kita dan keterbukaan Islam kepada
yang bukan Islam. Kita raikan orang bukan Islam yang meminati arak
ini, tak mengapa. Itulah dia cara Islam diterjemahkan. Yang penting
adalah kemajuan imej dan prasarana serta menjaga hubungan dengan
setiap bangsa termasuklah meraikan kehadiran pelancong.
Islam Hadhari mahu majukan negara ini dengan apa cara sekali pun,
dapat dosa sedikit tak apa sebab kita boleh ganti dengan pahala lain
bila buat benda-benda baik, buat masjid, buat bank Islam, Takaful,
Tabung Haji dan macam-macam lagi. Tak apa hidangkan arak sebab kita
tak minum pun, yang penting niat kita baik dan setiap amal itu
bermula dengan niatkan. Niat kita baik mesti dapat pahala,
Sebab tu di Kuala Lumpur ini, Kerajaan mengHALALkan operasi pusat-
pusat hiburan berupa disko, pub, bar, cafe dan restoran. Semua ini
amat penting bagi memastikan pelancong dapat ditarik masuk ke negara
kita. Sambil menari dan mabuk-mabuk mereka boleh memahami pendekatan
Islam Hadhari yang begitu toleran. Sambil menyelam dilautan dosa
kita berdakwah, bila naik ke darat kita cucilah dengan amal jariah….
Memang mudah kalau kita fikir macam ini. Malam buat dosa, siang
esok kita buat pahala pulak. Akhirat nanti, separuh hari kat neraka,
separuh lagi duduk kat syurga, jadi cam burger setengah masak pun ok
kan...
Fikir-fikirlah apa yang akan kita lalui selepas ini. Sesungguhnya
setiap amal itu akan dihitung oleh malaikat, dan akhirat kelak kita
akan nikmati hasil yang kita usahakan pada hari ini. Baik buruk
telah kita diajarkan maka pandai-pandailah bawa diri. Ibnu Tarmizi
dan Ibnu Majah pernah meriwayatkan:
"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang
memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4)
yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang
menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9)
yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
24 June, 2007
Anak Melayu Juara Pertandingan Menyediakan Arak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment