INFO: Kaedah Penentuan Kiblat
Berpandukan kepada matahari dan bintang. Ia khusus apabila dalam keadaan terdesak seperti di tengah hutan belantara pada malam yang gelap gelita atau pada musim cuaca yang tidak menentu
> Cara 1.
Pada waktu malam yang gelap, cari bintang tiga sederet dalam bentuk Buruj Belatik (Babadur Orion) dan kaedah ini memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.
> Cara 2
Dengan memandang ke arah langit pada malam yang gelap gelita carilah bintang Qutbi (Polaris). Inilah satu-satunya bintang paling tepat arah utara bumi. Dengan berpandukan bintang ini arah kiblat boleh dicari tetapi kaedah ini memerlukan pada pengetahuan ilmu bintang.
> Cara 3
Jika pada waktu siang bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan terbenam. Arah terbit pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ia boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.
> Cara 4
Dengan menggunakan posisi ¡Istiwa¢ iaitu matahari di atas Kaabah. Kaedah ini berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat. Bagaimanapun kaedah ini hanya berlaku dua kali dalam setahun dalam pergerakan matahari iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai.
INFO: Kaedah moden tentu kiblat
Pengiraan arah kiblat
 Hitungan berdasarkan kepada konsep arah di sepanjang  bulatan gedang bumi (great circle).
  Membabitkan model Matematik sfera yang mengandungi  koordinat geografi tempatan dan koordinat geografi rujukan  (Kaabah).
Kompas Prismatik
  Penandaan arah kiblat dengan kompas banyak diamalkan di  kalangan masyarakat Islam masa kini. Arah yang ditunjukkan oleh sesuatu kompas  merujuk ke arah utara.
  Arah utara magnet tidak semestinya bersamaan arah utara  benar. Perbezaan arah utara ini dipanggil sebagai sudut serong  magnet.
  Antara masalah yang boleh timbul menggunakan kompas  ialah tarikan graviti tempatan apabila ada bahan logam atau arus elektrik di  sekeliling kompas digunakan. Boleh digunakan sebagai alat alternatif jika alat  lebih sesuai tiada.
Penggunaan Teodolit
  Teodolit ialah antara alat moden yang diguna pakai oleh  kebanyakan juru ukur dan pihak yang melakukan kerja menentukan arah  kiblat.
  Alat itu digunakan untuk mengukur bacaan sudut secara  mendatar dan menegak. Ia memberi kejituan bacaan tinggi dan  tepat.
 
 Berpandukan kepada matahari dan bintang. Ia khusus apabila dalam keadaan terdesak seperti di tengah hutan belantara pada malam yang gelap gelita atau pada musim cuaca yang tidak menentu
> Cara 1.
Pada waktu malam yang gelap, cari bintang tiga sederet dalam bentuk Buruj Belatik (Babadur Orion) dan kaedah ini memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.
> Cara 2
Dengan memandang ke arah langit pada malam yang gelap gelita carilah bintang Qutbi (Polaris). Inilah satu-satunya bintang paling tepat arah utara bumi. Dengan berpandukan bintang ini arah kiblat boleh dicari tetapi kaedah ini memerlukan pada pengetahuan ilmu bintang.
> Cara 3
Jika pada waktu siang bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan terbenam. Arah terbit pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ia boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.
> Cara 4
Dengan menggunakan posisi ¡Istiwa¢ iaitu matahari di atas Kaabah. Kaedah ini berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat. Bagaimanapun kaedah ini hanya berlaku dua kali dalam setahun dalam pergerakan matahari iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai.
INFO: Kaedah moden tentu kiblat
Pengiraan arah kiblat
Kompas Prismatik
Penggunaan Teodolit

 
 
1 comment:
harap dapat buat nota kaki sama ada kaedah yang disebutkan boleh diparktikkan di malaysia atau di tempat tempat tertentu sahaja atau boleh digunakan di mana mana tempat di dunia.
Post a Comment