adsense

03 December, 2007

Jawapan mudah yang membawa ke syirk..Nauzubillah..



Worth reading.....

Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan



Keluarga yang bukan Islam.

Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah.

Bila kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar, anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita....

"Uncle sebelah buat apa tu Abah?"

Dan secara amnya, kita akan menjawab...
"dia org tgh sembahyang atau tengah sembah tuhan dia"

jawaban itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik....

Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita..
"tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
tetapi apabila kita memberikan jawaban ...
"dia tengah sembah tuhan dia"

kita menggambarkan pada anak kitra bahawa ada tuhan yang lain dari ALLAH,
kita memberi gambaran pada anak kita, bahawa, kaum Cina punya satu tuhan,
India s! atu tuhan, Kristian satu tuhan...dan cara mereka menyembah tuhan mereka lain dr kita.

Sedangkan kita mengucap kalimah kita "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"

Jadi mana datangnya konsep atau pengertian " dia sedang sembah tuhan dia"

Sekiranya jawaban ini diteruskan.....maka anak kita akan terus keliru
dengan konsep dan prinsip syahadah kita " tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"

Jawaban yang sebenarnya, " Anak, pertamanya perlu faham, tuhan kita dengan tuhan uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah tuhan itu salah"

Jangan ambil mudah jawaban yang diberikan kepada anak, kerana jawaban yang salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan kelirukan mereka.

Sekadar mengamalkan "sampai dan menyampaikan".
Sekiranya apa yang disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri dan yang baik datang dari ALLAH.

Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri ,sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawapan yang lebih baik.....

SILA KONGSI BERSAMA

2 comments:

Anonymous said...

Kalau cakap "dia sembah tok pekong" salah tak?atau betul ke gitu?

Admin said...

comment from janjijannah ke email:

Assalmualaikum saudara blalang yg dihormati,

Berkenaan artikel saudara pada hari ini yg bertajuk
'Jawapan mudah yg membawa kepada
syirik...nauzubillah', saya ingin berkongsi pula
bagaimana jawapan dari saya sekiranya soalan ini
diajukan kepada saya oleh anak2 saya.

Mungkin juga sessi soal jawab itu akan terjadi seperti
berikut;

"Apa orang cina tu buat, mak?"

"Orang cina tu tengah menyengutukan Allah yg Satu"

"Menyengutukan Allah tu apa?"

"Menyengutukan Allah itu ialah menyembah yg lain
selain Allah. Cuba tengok cina tu, dia sedang
menyembah patung. Patung2 itu pula ada bermacam2 rupa
dgn berbagai2 fesyen pakaian. Ada patung yg berupa
bengis dan ada pula yg sedang tersenyum tp sayangnya
kesemua patung2 itu buta, bisu dan pekak serta tak
dapat menolong memberi sebarang kebaikan atau
kemudharatan pun pada penyembah2nya kerana patung2 itu
dicipta dari tgn mereka sendiri kemudian mereka
menyembahnya kembali."

"Allah yg kita sembah Maha Hebat lagi Maha Besar,
wujud dgn sendiri tanpa dicipta oleh sesiapa pun
sehingga kita hanya dapat melihat tanda2 kebesarannya
yg penuh nikmat dan rahmatNya saja, contohnya siang
dgn sinaran matahari, tp Allah kirimkan angin utk
menyejukkan bahang, dan awan utk melindungi kita dari
kepanasan."

"Bila malam pula Allah berikan kita bintang dan bulan
sebagai penerang kegelapan, dan disaat kedinginan pula
Allah berikan api sebagai penghangat tubuh. Allah juga
berikan kita tumbuh2an menghijau yg menghasilkan
oksijen buat pernafasan kita dan menyerap karbon
dioksid yg tubuh kita lepaskan sebagai memproses
makanannya pula."

"Sungguhpun kita tak dapat melihat Allah walaupun
sewaktu menyembahNya, namun kita tetap dapat merasakan
kasihsayang Allah dgn segala anugerahNya. Dan
ingatlah, kita pasti akan mendapat murka Allah
sekiranya kita menderhaka kepadaNya, dan penderhakaan
yg terbesar ialah dgn menyengutukannya, iaitu
menyembah yg lain selain Allah, nauzubillahi
minzallik."

Saudara blalang, saya tidak berapa setuju pada salah
satu ayat yg menyatakan tuhan kita dan tuhan orang
cina itu sama wlp pada hakikatnya mmg begitu kerana
anak kecil itu sudah pun terlihat yg orang cina itu
sedang menyembah samada patung atau gambar datuk nenek
moyang mereka, sedangkan Tuhan yg kita sembah
samasekali tidak menyerupai barang sesuatu apa pun.

Saya fikir saya faham maksud sipenulis itu cuma
mungkin cara penyampaiannya kurang cantik kerana masih
ada ruang utk anak kecil itu bersalah anggapan.

Saya tak pula syok sendiri yg jawapan saya ini dah
cukup cantek, masih menunggu2 jawapan lain yg lebih
anggun dan jelita...

Blog Widget by LinkWithin