adsense

07 December, 2007

Tanda-tanda Anda Bayi Tahun 70-an



Kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget
Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

Berus gigi time waktu rehat kat sekolah rendah??? Hmm.....mesti pegang cawan warna-warnikan. Mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah... Ingat tak masa misi kat sekolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kena gerudi kat bilik sebelah. Ada gigi yang berlubang, kena laa tampal.

Ni sure korang ingat...program minum susu di sekolah. Nak galakkan budak2 time tu minum susu. Sekotak 30 sen je beb...

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul
tapak tangan...kan???

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen je kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. Ni for those yg duduk KL laa....

Time sekolah menengah, korang sure beli kasut sekolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

Internet??? Email???? Mendalah ape tu??? CD??? ape tu???? Kaset tape pernah la dengar. Tiket wayang pun 5 ringgit je. Kita pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee, Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm dia, 'telur' keras warna-warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. Tak dilupakan, 'Ti Kam'.

Bila dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class. Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. Boleh beli aiskrim ngan apek kat luar sekolah tu...

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. Tinggalkan keje sekolah, jom kita pegi makan. Budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal.

Lagi satu yang seronok masa time Pendidikan Jasmani (PJ). Main bola laa, rounders laa...Permainan kegemaran main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...
kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. Kalau nak makan, kena patahkan kat tengah2 dia!

Lipat kertas kecik2, pastu buat lastik. Hmmm... Ni pun kita main dulu ni. Baling2 kapur laa.

Hmm... budak2 kat universiti sekarang, kebanyakannya lahir thn 1987/88. Sekarang digelar 'remaja'. Bagi dia org, mana penah dgr lagu 'We Are theWorld, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang dia org tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

Bagi dia org, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam. AIDS wujud sejak dia org lahir. CD pun wujud time dia org lahir. Michael Jackson dah putih dah time tu.

Dia org percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Dia org tak blh bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Dia org tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
Dia org tak percaya pernah ada TV hitam putih...dan dia org sekarang tak reti
nak switch on TV kalau xde remote control. Dan dia org tak paham macam mana kita boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

Hmm...jom kita check, kita ni dah tua ke...... :

1. Korang paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korang sure tersenyum....
2. Kebanyakan member2 sekolah menengah kita dah kawin
3. Korang sure pelik bile nengok budak2 kecik main komputer, selamba je
4. Kita geleng kepala bile nengok budak2 skolah rendah & menengah guna handphone
5. Kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. Bila jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...
7. Last sekali, bila dah bace email ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lama korang. Sure dia org suka punya laa... hehehe

Yaa, kita pun dah semakin tua!! Teringat zaman2 dulu kan?
Cheers to the 70s babies !!! I really miss all of u..........

No comments:

Blog Widget by LinkWithin