Mereka berpendapat Abdul Hadi yang berpendidikan agama sepatutnya mengajak umat Islam berbuat baik dan tidak sepatutnya mengeluarkan fatwa mengelirukan.
Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Ipoh, Datuk Prof Dr Mohammed Yusoff Hussain, berkata keghairahan pemimpin Pas itu untuk memenangi pilihan raya boleh merosakkan agama Islam.
"Saya terkilan dan dia sepatutnya membawa orang ramai supaya berfikiran baik. Sebagai contoh kita tengok air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan yang lain. Bermakna ulama yang mutlak adalah ulama yang alim dan boleh mendidik orang lain dengan baik.
"Kita kena kembali kepada hadis yang jelas menunjukkan caci maki sesama Islam adalah fasik, membunuhnya adalah kafir. Kalau nak menang sehingga meninggalkan prinsip agama iaitu akhlak adalah tindakan yang tidak wajar.
"Adakah kita mahu menggadai prinsip akhlak kerana Rasulullah tidak pernah mengorbankan ajaran agama ketika menolak tawaran untuk menjadi pemimpin politik di Makkah," katanya.
Abdul Hadi berkata, Islam membenarkan tindakan itu kerana urusan memilih pemimpin adalah satu perkara yang amat besar selain menepati sistem demokrasi moden.
Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata calon tidak boleh menyebut perkara yang kurang relevan seperti soal rumah tangga dan anak isteri lawan.
Katanya, mereka boleh membangkitkan persoalan lain termasuk tahap pendidikan, kualiti kerja dan penyelewengan tetapi mesti memastikan ia bukan tuduhan atau agak-agak atau khabar angin.
"Sebarang kenyataan yang benar untuk kepentingan umum dibenarkan, tapi bukan cerita jalanan. Soal rasuah kalau ada bukti, bukan cerita yang diada-adakan sehingga berbohong...itu haram.
"Mengumpat membabitkan peribadi tak dibenarkan melainkan perkara yang membahayakan orang awam dikecualikan dengan kadar yang mesti betul-betul berdisiplin, bukan mempersendakan orang, dijadikan bahan gelak ketawa dan mainan," katanya.
Pakar motivasi profesional, Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah pula, berkata perbuatan menghebahkan keburukan dan memalukan seseorang adalah dosa besar.
Katanya, dalam memilih pemimpin, baik dan buruk calon perlu diterangkan secara seimbang bagi membolehkan rakyat membuat pilihan.
"Kena adil...buruk dan baik kena sebut. Kalau cuma sebut keburukan seseorang untuk menyebabkannya tidak dipilih itu berdosa," katanya sambil menegaskan mengumpat dibenarkan dalam lima situasi termasuk ketika dalam mahkamah.
Bagaimanapun, Presiden Kesatuan Wanita Muslim Antarabangsa-Malaysia (IMWU), Dr Robiah Hamzah, berkata kenyataan Abdul Hadi adalah taktik atau kaedah dalam mana-mana pilihan raya kerana ia dibenarkan untuk memilih calon yang dirasakan mempunyai unsur kepimpinan sejati.
Katanya, kempen pilihan raya adalah usaha dan perjuangan untuk mempamerkan dan menampilkan perwatakan sebenar bagi menjadi pemimpin terbaik.
"Saya fikir ia (pilihan raya) dipanggil mahkamah dunia, hakim ialah rakyat. Maknanya orang terbabit dalam pertandingan atau usaha mencari yang terbaik akan guna apa saya yang difikirkan sesuai.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata Abdul Hadi tidak boleh mengeluarkan sebarang fatwa kerana ia hanya boleh dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Katanya, fatwa tidak boleh dibuat sewenang-wenang dan Abdul Hadi tiada hak berbuat demikian berkaitan agama Islam.
"Pemimpin politik adalah pemimpin politik, dia bukan ulama tapi dia ulama yang jadi pemimpin politik. Saya berharap pengundi berhati-hati dengan kenyataan berkaitan ajaran Islam," katanya.
Mengumpat dibenarkan untuk elak rakyat terus dizalimi |
Saidah Hairan Fri | Feb 29, 08 | 10:23:03 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 29 Feb (Hrkh) - Amat wajar rakyat diberitahu mengenai segala salah laku serta rekod jahat seperti amalan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak berkuasa selama ini bagi memudahkan rakyat membuat pilihan pemimpin untuk menerajui negara. AJK PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin menegaskan Islam membenarkan perkara tersebut dilakukan supaya rakyat yang teraniaya tidak terus dizalimi. Menurut beliau, dalam al-Quran Allah tidak suka berterang-terangan menyatakan perkara yang tidak baik kecuali bagi mereka yang teraniaya. Beliau berkata, orang yang teraniaya boleh mengungkapkan perkara itu kepada pihak berkuasa dan masyarakat tentang penganiayaan yang dilakukan terhadapnya. Abdul Ghani merupakan calon PAS yang bertanding di DUN Sungai Burong dalam pilihan raya umum, 8 Mac ini. Katanya, menyatakan keburukan pemimpin atau orang yang melakukan rasuah, penipuan, kejahatan moral sangat perlu didedahkan supaya masyarakat tidak mengundi dan memilih mereka semula. Menurut beliau, tindakan memberitahu keburukan orang lain atau pihak yang berkuasa itu boleh dan dibenarkan dalam Islam "Begitu juga menyatakan keburukan untuk memberi nasihat kepada seorang perempuan yang mahu berkahwin dan kita tahu lelaki tersebut tidak baik, kita mesti mendedahkan keburukan lelaki itu kepada perempuan tersebut," katanya. Tambah beliau, walaupun pada zahirnya mendedahkan keburukan seseorang tetapi sebenarnya ia merupakan nasihat bagi menggelakkan kerosakan berlaku di masa hadapan. Firman Allah bermaksud; "Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." |
3 comments:
semalam kt u aku da wat khutbah pasal mengumpat dan memfitnah.khatib ada baca kita diharuskan mengumpat dalam 6 perkara.yang aku ingat:menceritakan keburukan penzaliman yang berlaku keatas kita& keburukan yang ditegur,tapi masih melakukannya.BN ni mereka xsedar apa yang mereka lakukan xbetul.jadi bila org nasihat,die kata org maki hamun.dh kite tegur,dorg xnk dengar.phtu tuduh la PAS ni suka maki hamun.kita tegur dengan elok2,xnk terima.padahal pas gne ayat Quran skit,kte PAS maki hamun.dh hati mereka ni gelap..jadi apa yang hj hadi kata tu betul.kita kena ingat yang media kerajaan putar belit apa yg dikatakan oleh hj hadi.salah kah kita menceritakan keburukan org yang setelah kita tegur pn masih melakukannya.melainkan kita tegur,dia bertaubat @menyesalinya.kita mengumpat kezaliman yang dilakukan pemerintah kepada rakyat supaya kita xmenyesal kemudian hari.fikir2 kan lah....
assalamualaikum.saya harap ISUHANGAT dapat siarkan artikel ini yang saya sunting dari :
http://portal.mpklang.gov.my/E-Masjid/Mengumpat.htm
saya petik artikel ini memberi gambaran sebenar apa yang Presiden PAS katakan mengenai mengumpat.hayatilah...
Alasan-alasan mengumpat dibolehkan
i. Dalam hal penginayaan
Ketika dizalimi/dianiaya orang, lalu mengadu pada hakim agar haknya dapat diperolehi semula. Maka dibolehkan mengumpat seperlunya dengan dibatasi mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan perkaranya sahaja. Sabda Rasullah S.A.W.:
Orang -orang yang mempunyai hak itu boleh mengucapkan alasan-alasannya.
ii. Membetul yang terpesung
Khusus kepada orang yang bermaksiat agar kembali kejalan baik. Namun masih umpatan dibatasi seperlunya sahaja. Dalam keadaan ini pelajar yang melapurkan prilaku maksiat atau bersekedudukannya pelajar lain adalah merupakan tanggungjawap dan bukanlah mengumpat; jika ternyata; lapuran yang diberikan adalah betul; kerana tergolong dalam amal makruf dan nahi mungkar.
iii. Sewaktu meminta fatwa/penerangan hukum agama
Seperti suami yang kedekut yang tidak memberi nafkah yang cukup, lalu mengadu pada hakim/mufti. Seperti kisah Hindun bte. Uthbah menceritakan kepada Rasullah untuk mengelak dari terus dizalimi oleh suaminya.
iv. Menakut-nakutkan agar tidak berbuat jahat
Melihat kejelekan itu pernah dilakukan oleh orang lain. Kemudian kita beritahu padanya akan bahaya atau kesukaran yang dialami sebab perbuatan itu. Tujuannya semata-mata agar bahaya tidak terkena.
v. Diwaktu bertanya orang yang lebih dikenali dengan gelaran :
Bertanya alamat seperti menyebut gelar orang yang dicari seperti Si Pincang, Si Bongkok dll. Semata-mata bertanya minta penjelasan dan diketahui tidak memberi kesan kepada yang dicari ( gelaran mahsyur ).
vi. Memang terang kefasikan orang yang diumpati
Orang yang fasik itu berbangga pula dengan perbuatan cela yang dilakukannya seperti Firaun, Qurrun dan Hannan.
akhbar arus perdana hanya pandai memutarbelitkan fakta
Post a Comment