adsense

01 June, 2007

Santapan Jiwa: Apabila Kita Malas Beribadah




Apakah kita pernah mengalami malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah
atau tidak merasakan kenikmatan ketika membaca Al Qur'an atau sholat?
Atau mungkin merasa susah untuk bangun malam untuk qiyamulail? Padahal
jam sudah di set untuk menejutkan kita, alarm handphone juga sudah
disetting tapi ketika berdering tetap terlelap dalam tidurnya, hanya
kedengaran seperti dalam mimpi dan akhirnya mati-mati sendiri atau
bangun dengan setengah sedar, lepas tu tarik selimut tidur lagi. Padahal
biasanya dengan mudah boleh bangun. So.. Apa yang terjadi dengan diri
kita?


Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika
melantunkan ayat-ayat Al Qur'an atau mengucapkan salam kepada saudara
kita. Atau mungkin kita secara sengaja memperlambatkan waktu menunaikan
solat, terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal-hal
yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita
istihar sebagai hari malang atau takde "mood". Dan makin malang lagi
kita dengan sengaja melanggar titah perintah Allah swt.

Jika hal-hal seperti itu terjadi pada diri kita, maka segeralah kita
evaluasi diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan
dibiarkan begitu saja, lama-kelamaan akhirnya terbiasa. Seperti halnya
penyakit, kalau sudah ada gejala segera periksa ke doktor dan minum ubat
agar segera sembuh. Begitu pula dengan ruhiyah kita, kalau sudah ada
gejala futur dan penurunan anjakan ruhiyah maka segera kita mutabaah
diri kita, bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita
lakukan?

Jangan-jangan kita banyak maksiat yang kita kerjakan hingga menghalangi
amalan-amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga dari hal-hal yang
makruh bahkan diharamkan oleh Allah sehingga menghalangi organ tubuh
kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk
menonton drama/filem yang melalaikan meski cuma satu atau dua jam.
Mungkin mata kita tidak di jaga dari melihat hal-hal yang tidak berguna
bahkan mengandung maksiat, akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita
untuk beribadah padaNya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita
solat malam, mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk
membaca buku-buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat email-email
yang memberi nasihat.

Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun
malam untuk bertaqarub kepada Allah swt kerana kita tidak menjaga
telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengarkan gosip atau
muzik-muzik melalaikan bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam
memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik-muzik itu,
dangdutlah, bollywoodlah, lagu cintanlah, lagui sayulah dan semacam
lagi. Akhirnya malamnya telinga kita tidak mampu kedengaran dering jam
alarm hp bahkan suara adzan, telinga kita rasa berat untuk mendengar
tazkirah dan telinga rasa bosan mendengar nasihat. Na'udzubillah.

Selain itu mulut tak kalah pentingnya untuk dijaga. Kerana mulut itu
pula yang banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke dalam neraka,
Na'udzubillah. Kerana mulut boleh menjadi sarana gibah, fitnah,
caci-maki, dsb. Mulut kita tak dapat kita kawal, macam air aje mengata
perilaku kawan-kawan. Kita kenal pun tidak dengan si pulan tu, tapi
mulut kita syoknya mengatakan mereka. Mulut kita juga rasa berat nak
zikir, tak terkeluar dari mulut...Mengapa ya..?

Selanjutnya adalah hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu kita
jaga. Hati ibaratnya pemimpin bagi organ tubuh yang lain, yang menjadi
komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat
maksiat. Hati ibarat cermin, semakin banyak bermaksiat maka semakin
banyak noda titik-titik hitam di cermin itu. Atau bahkan mungkin tidak
lagi titik-titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan
dan tidak boleh dipakai untuk bercermin lagi kerana sudah diselaputi.
Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan
tidak bertaubat maka kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.

Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda /
bergurau senda. Boleh kita bergurau senda untuk menceriakan suasana atau
menciptakan suasana ukhuwah. Tapi tetap memperhatikan adab-adabnya,
perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki
dan perempuan di dalam satu majlis, hati-hati!

Mari kita tengok diri kita, evaluasi diri kita, jika selama ini kita
belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain
dari kemaksiatan maka segeralah kita bertaubat dan istighfar diri, tidak
ada kata terlambat untuk sebuah kebaikan. Seharusnya kita merasa sayang
kalau tidak boleh tadarus quran meski hanya terlepas satu hari. Merasa
sayang pula jika tidak boleh merasakan nikmatnya beribadah. Jika masih
merasa sayang, maka jagalah diri kita, dan Insya Allah Allah akan
menjaga kita agar senantiasa boleh dekat dengan-Nya.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin