ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
15 June, 2007
Akibat Ponteng Sembahyang Jumaat
"Alkisah... .. Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat.
Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu beruang. Sedang dia
terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor beruang.
Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur
ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu
dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita
buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya adalah beruang tadi terus
menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.
"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng
sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini .. Ampunilah aku
ya Allah ..makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah beruang yang memburuku
Muslim yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."
Tiba2 guruh berdentum! Beruang tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan
lelaki tadi. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. beruang
tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina
azabbannar.Amin! "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment