Posted on Sunday, June 10 @ 19:43:40 MYT by greenboc
Oleh RadenJowo
MARANG(HarianMetro): Seorang lelaki berusia 36 tahun cedera di kepala dipercayai terkena balingan kerusi ketika menghadiri mesyuarat Umno cawangan Beluka Sukai, di sini, malam kelmarin. (Kanan gambar hiasan)
Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, mangsa yang juga Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda Umno cawangan itu, Azlan Che Mat, dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Umno cawangan itu, Yahya Abdullah, 57, berikutan isu kegagalan membina padang bola di kawasan mereka.

alaupun Pengerusi Tetap mesyuarat memberi penjelasan permohonan membina padang bola itu sudah dikemukakan kepada kerajaan negeri, mangsa dikatakan tetap tidak berpuas hati dengan jawapan berkenaan.
Berikutan itu, beberapa ahli yang berang dengan tindakan mangsa dikatakan melemparkan kerusi dan terkena kepala mangsa, menyebabkannya berdarah.
Akibat lemparan kerusi itu, mangsa dikatakan menerima 10 jahitan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
Mangsa juga dikatakan membuat aduan di Balai Polis Chabang Tiga, Kuala Terengganu, kira-kira jam 2 pagi semalam.
Sementara itu, Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner I Datuk Ayub Yaakob, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
No comments:
Post a Comment