ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
21 June, 2007
Hati-hati dgn sauce PREGO
Selamat pagi semua.
Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang
digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.
Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak
makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun
masakkanlah.
Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi
daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab
rasanya macam keju balls..... dikunyah rasa asin-asin. Anak saya Kamal
makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan
pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa.
Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada
mushrooms tetapi yang ini lain sedikit..... saya pun bergegas ke dapur,
pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti
keluaran PREGGO made in USA .
Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual
macam orang hamil. Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato, bla-bla,
bla-bla....... pork minced meat!
Astaghfirullaahal aziim............... saya masak speghetti dan saucenya
mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat! Yang nak
diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana
mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya
buang.
Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah.
Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum
membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging
babi................ kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak
dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari
doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.
ASTAGHFIRULLAAHAL AZIIM.
Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut
yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual.
Tobat nak masak spegetti lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment