adsense

04 June, 2007

Isu Hangat: Bunuh janin di rumah kedai




Oleh Ibrahim Isa

hamilYONG PENG: Seorang doktor didakwa menawarkan khidmat menggugurkan kandungan secara haram dengan bayaran serendah RM400, di sebuah rumah kedai di Jalan Yong Peng - Air Hitam, di sini, sejak kira-kira lima tahun lalu.

Doktor wanita itu yang turut mempunyai sebuah klinik perubatan di kawasan berhampiran, dikatakan melakukan proses pengguguran terhadap pelanggan yang membuat temu janji di rumah kedai berkenaan bermula jam 8 pagi, sebelum ke klinik perubatannya.

Harian Metro difahamkan pelanggan perlu membayar RM200 ketika menentukan tarikh, manakala bakinya pada pagi sebelum proses menggugurkan kandungan dilakukan.
Pelanggan juga diminta datang bersama seorang rakan bagi memudahkan urusan kerana wanita yang menjalani proses itu biasanya tidak berdaya pulang sendirian. Mereka juga diminta membawa kain sarung sebagai persalinan dan beg plastik untuk membuang janin.
Difahamkan, operasi pengguguran di rumah kedai itu biasanya hanya dilakukan beberapa hari dalam seminggu bergantung kepada ‘tempahan’ pelanggan terdiri daripada isteri yang enggan melahirkan anak, berikutan pelbagai masalah terutamanya kewangan dan bilangan anak yang ramai.
Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ayuni (bukan nama sebenar), ketika mendedahkan kegiatan doktor itu berkata, dia sering melihat wanita pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama membawa keluar beg plastik dipercayai berisi janin menerusi proses pengguguran haram di sebuah rumah kedai yang dijadikan ‘rumah bidan’ itu.
Katanya, wanita yang keluar dari rumah kedai itu dalam keadaan pucat, memakai kain sarung dan berjalan dalam keadaan menggigil dan terhoyong-hayang di luar premis itu, kira-kira pada jam 9.30 pagi.
Rumah kedai itu hanya digunakan jika mendapat tempahan menggugurkan kandungan dan beroperasi seawal jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi.

“Keadaan luar rumah kedai itu kelihatan seperti tiada pemilik kerana orang ramai tidak tahu fungsi sebenarnya.
“Ia hanya digunakan beberapa hari dalam seminggu, bergantung kepada ‘permintaan’ pelanggan yang ingin menggugurkan kandungan,” katanya.
Katanya, premis itu tidak mempunyai sebarang papan tanda perniagaan dan pintunya sentiasa ditutup.
Menurutnya, sepanjang bekerja selama beberapa tahun di kawasan berkenaan dia mendapati wanita pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India dan Indonesia mendapatkan khidmat menggugurkan kandungan di situ.
Kebanyakan wanita itu katanya, adalah golongan isteri yang tidak mahu menambah bilangan anak dan melakukan perbuatan itu tanpa pengetahuan suami masing-masing.
“Malangnya, perbuatan itu bukan saja menyalahi undang-undang, malah membahayakan keselamatan mereka sendiri berikutan ia dilakukan di tempat yang tidak sesuai.
“Kewujudan tempat pengguguran ini diketahui umum, namun ia tidak pernah dibincangkan secara terbuka. Penduduk enggan campur tangan dengan tidak membuat laporan mengenai kewujudan tempat pengguguran itu,” katanya.
Tinjauan Harian Metro mendapati, semua pintu rumah kedai yang didakwa dijadikan pusat pengguguran janin itu ditutup sepanjang masa, seolah-olah tiada sebarang aktiviti di dalamnya.
Selain itu, tiada sebarang papan tanda perniagaan dilekatkan sedangkan deretan rumah kedai dua tingkat di Jalan Yong Peng - Air Hitam itu dipenuhi perniagaan lain seperti kedai minum, bengkel kenderaan dan kedai alat ganti kenderaan.
Keadaan belakang premis itu juga dijaga dengan rapi, selain mempunyai sistem penggera manakala pintu premis itu hanya dibuka ketika menerima penghantaran bungkusan kain.
“Tapi, apa yang menyedihkan ialah melihat wanita membawa beg plastik berisi janin yang disedut mesin pengguguran. Sebak setiap kali melihat keadaan itu, saya rasa tidak bermaya sepanjang hari,” katanya.

Taken from radenjowo


2 comments:

Mat Harun Bin Saman said...

Dari segi agama ada khilaf mengatakan bahawa boleh gugurkan janin yang belum ada bentuk..tapi ini bukanlah LESEN untuk memudahkan penzina menutup kesalahan mereka...EH... Kat Yong Peng Tak der org ISLAM ker...??ORG2 kuat UMNO pulak buat apa...TUTUP MATA...?

Mat Harun Bin Saman said...

YONG PENG: Seorang doktor didakwa menawarkan khidmat menggugurkan kandungan secara haram dengan bayaran serendah RM400, di sebuah rumah kedai di Jalan Yong Peng - Air Hitam, di sini, sejak kira-kira lima tahun lalu.

Doktor wanita itu yang turut mempunyai sebuah klinik perubatan di kawasan berhampiran, dikatakan melakukan proses pengguguran terhadap pelanggan yang membuat temu janji di rumah kedai berkenaan bermula jam 8 pagi, sebelum ke klinik perubatannya.

Harian Metro difahamkan pelanggan perlu membayar RM200 ketika menentukan tarikh, manakala bakinya pada pagi sebelum proses menggugurkan kandungan dilakukan.
Pelanggan juga diminta datang bersama seorang rakan bagi memudahkan urusan kerana wanita yang menjalani proses itu biasanya tidak berdaya pulang sendirian. Mereka juga diminta membawa kain sarung sebagai persalinan dan beg plastik untuk membuang janin.
Difahamkan, operasi pengguguran di rumah kedai itu biasanya hanya dilakukan beberapa hari dalam seminggu bergantung kepada ‘tempahan’ pelanggan terdiri daripada isteri yang enggan melahirkan anak, berikutan pelbagai masalah terutamanya kewangan dan bilangan anak yang ramai.
Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ayuni (bukan nama sebenar), ketika mendedahkan kegiatan doktor itu berkata, dia sering melihat wanita pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama membawa keluar beg plastik dipercayai berisi janin menerusi proses pengguguran haram di sebuah rumah kedai yang dijadikan ‘rumah bidan’ itu.
Katanya, wanita yang keluar dari rumah kedai itu dalam keadaan pucat, memakai kain sarung dan berjalan dalam keadaan menggigil dan terhoyong-hayang di luar premis itu, kira-kira pada jam 9.30 pagi.
“Rumah kedai itu hanya digunakan jika mendapat tempahan menggugurkan kandungan dan beroperasi seawal jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi.

“Keadaan luar rumah kedai itu kelihatan seperti tiada pemilik kerana orang ramai tidak tahu fungsi sebenarnya.
“Ia hanya digunakan beberapa hari dalam seminggu, bergantung kepada ‘permintaan’ pelanggan yang ingin menggugurkan kandungan,” katanya.
Katanya, premis itu tidak mempunyai sebarang papan tanda perniagaan dan pintunya sentiasa ditutup.
Menurutnya, sepanjang bekerja selama beberapa tahun di kawasan berkenaan dia mendapati wanita pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India dan Indonesia mendapatkan khidmat menggugurkan kandungan di situ.
Kebanyakan wanita itu katanya, adalah golongan isteri yang tidak mahu menambah bilangan anak dan melakukan perbuatan itu tanpa pengetahuan suami masing-masing.
“Malangnya, perbuatan itu bukan saja menyalahi undang-undang, malah membahayakan keselamatan mereka sendiri berikutan ia dilakukan di tempat yang tidak sesuai.
“Kewujudan tempat pengguguran ini diketahui umum, namun ia tidak pernah dibincangkan secara terbuka. Penduduk enggan campur tangan dengan tidak membuat laporan mengenai kewujudan tempat pengguguran itu,” katanya.
Tinjauan Harian Metro mendapati, semua pintu rumah kedai yang didakwa dijadikan pusat pengguguran janin itu ditutup sepanjang masa, seolah-olah tiada sebarang aktiviti di dalamnya.
Selain itu, tiada sebarang papan tanda perniagaan dilekatkan sedangkan deretan rumah kedai dua tingkat di Jalan Yong Peng - Air Hitam itu dipenuhi perniagaan lain seperti kedai minum, bengkel kenderaan dan kedai alat ganti kenderaan.
Keadaan belakang premis itu juga dijaga dengan rapi, selain mempunyai sistem penggera manakala pintu premis itu hanya dibuka ketika menerima penghantaran bungkusan kain.
“Tapi, apa yang menyedihkan ialah melihat wanita membawa beg plastik berisi janin yang disedut mesin pengguguran. Sebak setiap kali melihat keadaan itu, saya rasa tidak bermaya sepanjang hari,” katanya.

Blog Widget by LinkWithin