adsense

18 June, 2007

Minyak Wangi Ada Babi!!!



Assalamualaikum Wbk

From: Musalmah Ali
Assalamualaikum, Saya ingin memperkukuhkan maklumat yang sahih tentang
persoalan perfume yang saya sendiri selidiki secara kebetulan. Semasa saya
mengikuti pengajian di Kalamazoo, U.S.saya terbaca dalam satu encyclopedia
yang mengandungi maklumat tentang perfume dan proses pembuatannya.

Alangkah terperanjatnya saya apabila mengetahui bahawa balang besar yang
digunakan untuk memerapkan minyak disaluti dengan lard (lemak babi) bagi
tujuan memastikan seperti yang dinyatakan dalam mel-e yang terdahulu. Saya
terus mencari maklumat tentang perfume dalam hampir all the encyclopedias
that I could get hold of at the Waldo Library in Kalamazoo. Kesemua
encyclopedia yang telah saya baca memberi maklumat
yang sama.

Semenjak itu saya tidak pernah membeli perfume dari barat.
Setiap kali saya ke tanah suci saya membeli berbotol-botol minyak wangi
seribu bunga. Saya juga pesan keluarga atau rakan yang ke tanah suci untuk
membelikannya.

Sehubungan dengan perkara perfume, para penceramah ada menyentuh soal
Pemakaian minyak wangi dan lazimnya isu yang ditimbulkan adalah soal
haram/halal memakainya. Sedikitpun tidak disentuh tentang halal/haram
minyak wangi itu sendiri.

Di satu ceramah yang saya hadiri semasa di PTSL, walaupun penceramah Yang
hadir seorang yang terkenal, saya beranikan diri untuk mendedahkan bahawa
persoalan tentang perfume yang lebih serius adalah soal kesucian bahan itu
sendiri.

Penceramah tersebut terkejut tetapi beliau turut setuju dengan bukti Yang
telah diberi dan menyeru semua yang hadir supaya elakkan daripada memakai
minyak buatan barat.

Satu perkara lagi tentang perfume. Jangan pakai perfume sehingga apabila
dibau oleh lelaki selain muhrim kita, ia ibarat berzina!!
.....Waallahu'alam.

Juhana
At 09:22 AM 11/14/02 +0800, syahanim wrote:
Setakat mana kebenarannya... wallahhualam..

Hampir setahun yg lalu, apabila saya mendapat! maklumat ini saya merasakan
ujian Allah yang datang pd saya umpama batu besar yg perlu dipikul
sehinggalah sampai ke destinasi yang saya sendiri tak tahu.

Pendek kata jika maklumat ini tidak disampaikan, selama itulah bebanan Ke
atas diri saya memikul' batu besar' itu akan terus menerus saya pikul. Saya
manusia yg begitu lemah iman, tidak mampu menegah dgn perbuatan serta
pertuturan. Hanya doa yg termampu dilakukan. Namun saya masih tak gembira
dgn sikap saya krn tidak berusaha bersungguh mencegahnya.

Maka, saya rasa sekarang Allah berikan saya lorong pertuturan mengajak
rakan-rakan yang dirahmati Allah meninggalkan sesuatu yg selama ini kita
jahil mengenainya...

Ceritanya begini...

Sewaktu mengikuti rombongan Puspanita ke Indonesiabersama kumpulan
isteri-isteri orang kenamaan termasuklah Puan Seri dan beberapa orang
Datin, kami transit di Singapura dlm perjln balik, sewaktu di duty free
shop sambil berjalan bersama seorang Datin, kami melalui kedai perfume.
Ramai ahli-ahli biasa Puspanita dan lain-lain Datin serta Puan Seri singgah
dan mencuba berbagai jenis perfume yg ada. Memang agak lumrah perkara ini
berlaku dan ia bukan setakat dikalangan wanita malahan kaum lelaki juga.

Tiba-tiba seorang Datin bersuara kpd kumpulan 'pembeli' perfume ini...
"dengar ni nak cerita" katanya. "Dulu saya suka pakai minyak-minyak wangi
begini dan buat koleksi hampir semua jenis jenama perfume buatan luar
negara. Satu hari saya ikut Datuk melawat Europedan kami dibawa ke kilang
membuat minyak wangi.

Dalam kilang yang begitu besar itu, bermacam-macam jenama minyak wangi
dipersembahkan kpd rombongan kami dgn harga kilang yg jauh lebih murah
berbanding dgn harga di pasaran. Sampai pd satu peringkat pembuatan, kami
melalui kawasan di mana terdapat tangki-tangki besar berisi bendalir putih
yg dicampurkan ke hasil akhir iaitu minyak wangi tadi.

Saya pun tanyalah pekerja kilang itu apa bendalir putih tu dan untuk apa
kegunaannya?" Jawapnya.. "Oooh! That's lard, and it helps the smell stays
longer".

Datin itu bertanya lagi dalam nada terkejut dan wajah selamba,"you mean You
add lard in all types of perfume?" "Oh yes! Or else the odour will not
last."

Cukup setakat itu cerita saya ! kpd sahabat sekelian. Dipendekkan cerita,
Saya menyeru kpd rakan2 Muslim sekelian, bhw semua jenama pewangi import
ada mengandungi minyak babi.

Marilah kita semua berhenti dari menggunakan barangan tersebut. Ramai
rakan-rakan kita yg mengunjungi tanah suci Makkah dan Madinah dan di
sanabanyak terdapat
minyak wangi yg tak dicampurkan dgn bahan dari babi.

Di negara Egyptyg merupakan negara pengeluar minyak wangi terbesar Dari
kalangan negara-negara Islam, bermacam2 perfume boleh didapati dan Barang
tersebut juga boleh diperolehi di Malaysia. Kita hanya perlu bertanya
negara asal pembuat perfume itu.

Ujian Allah ada kalanya begitu ringan dan mudah.... berhentilah menggunakan
minyak wangi jenama Barat... itu sahaja. Namun ia memerlukan kekuatan iman
yg jati utk mengubah diri kita ke arah keredhaan Allah.Selama ni kita ingat
pada minyak yang beralkohol sja yang haram...jangan le kerana nak berbangga
dengan jenama barat kita simpan kat rumah buat hiasan ..... sedangkan
mengandungi benda2 haram ......macam simpan arak atau anjing dalam rumah
le agaknya tanya ..le pada ustaz2.....apa hukumnya...
Wallahu'alam.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin