adsense

18 June, 2007

Seluar londeh diisytihar jenayah di Selatan AS



Aku geli betul tgk fesyen bebudak skrg pakai seluar londeh nampak seluar dalam. Rupanya orang Amerika pun geli jugak..so sesapa yang pakai seluar londeh tu harap cerutkan seluar anda...Kalau nampak seluar dalam takpe, ni siap nampak kurap,kudis etc...hampeh!!


Posted on Sunday, June 17 @ 21:37:31 MYT by SongkokPutih
Bahan Rencah LOUISIANA: Corak pemakaian seluar yang mendedahkan seluar dalam kini mencetuskan kontroversi di Louisiana mahupun di negeri lain di selatan Amerika Syarikat.


Datuk Bandar Delcambre, sebuah bandar di Louisiana dilaporkan akan menandatangani rang undang-undang bagi mendenda mereka yang memakai seluar lendut sehingga menampakkan seluar dalam, selain mengisytiharkan cara memakai seluar itu sebagai satu jenayah.


“Jika seluar yang dipakai menyebabkan anggota sulit anda terdedah, anda akan didenda sehingga AS$500 (RM1,770), manakala mereka yang mengulangi kesalahan itu boleh dipenjarakan enam bulan,” kata Datuk Bandar Delcambre, Carol Broussard.


Penduduk di bahagian selatan Amerika sudah lama menggesa agar cara memakai seluar melendut sehingga menampakkan seluar dalam itu diharamkan sejak fesyen itu diperkenalkan beberapa tahun lalu.


Ia turut disokong pemimpin agama, majlis tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan yang mahukan undang-undang serta peraturan lebih keras dikenakan kepada pemakai seluar lendut, sebagai langkah mengekalkan imej baik di tempat awam dan pusat beli-belah.


Golongan yang membantah penguatkuasaan peraturan itu berkata langkah berkenaan diambil untuk mengganggu belia kulit hitam dan peminat fesyen hip-hop. Kumpulan kebebasan awam pula berkata, tindakan itu menyusuli tradisi undang-undang yang sering kali ditujukan kepada penduduk miskin.


Bagaimanapun pemimpin agama yang menyokong pengharaman itu menafikan ia bertujuan mengganggu sesiapa sebaliknya lebih memberi keutamaan kepada persoalan menjaga kesopanan mereka.


“Kami sudah letih kerana asyik ternampak seluar dalam remaja di merata tempat,” kata paderi Richard Burton, yang juga ahli lembaga pengarah kumpulan melobi Afrika-Amerika.


Broussard juga berkata peraturan yang akan dikuatkuasakan tiada kaitan dengan persoalan kaum.


“Belia kulit putih juga memakai seluar melendut. Sesiapa saja yang memakai seluar seperti ini, perlu bertanggungjawab kerana keadaan kini semakin tidak terkawal,” katanya.


Beliau turut menasihati orang ramai termasuk belia agar memakai seluar dengan cara yang sempurna.


“Pakai seluar anda secara sopan dengan menutup bahagian sulit. Jika anda mendedahkan kemaluan, anda akan didenda.


“Jika anda berjalan dan seluar lendut anda terlucut, anda juga akan didenda,” katanya.


Seorang peguam, Ted Ayo pula mengulas: "Pelaksanaan undang-undang mengenai seluar mendedahkan itu wajar kerana orang ramai umumnya tidak gemar fesyen seperti itu.”


“Apabila undang-undang itu dikuatkuasakan, mungkin kesannya akan dirasai hingga ke Rumah Putih,” katanya dalam nada berseloroh.


Dalam sidang akhbarnya, Broussard jugaberjenaka yang mencetuskan gelak tawa mereka yang hadir apabila berkata: “Lebih baik pemakai seluar dalam seperti itu tidak pakai apa-apapun. Lebih baik mereka pakai blaus saja.”


Beliau juga menafikan undang-undang baru itu berunsur perkauman atau diskriminasi jantina kerana ia dikenakan ke atas semua orang sama ada lelaki mahupun wanita.


Sementara itu, di Dallas, seorang ahli politik berpengaruh, Ron Price, dengan disokong beberapa ketua majlis tempatan sedang mengambil langkah untuk mengharamkan pemakaian seluar lendut di bandar raya itu.


“Saya amat tidak senang melihat orang yang berjalan di tempat awam dengan memakai seluar pada paras punggung dan mendedahkan seluar dalam mereka,” katanya. – Agensi

No comments:

Blog Widget by LinkWithin