adsense

15 June, 2007

Sh Amani Botak, Tuntutan lakonan bukan alasan



KLANG: Tindakan pelakon filem Muallaf, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid yang sanggup membotakkan kepala demi filem itu, tidak seharusnya dibanggakan.


Ini kerana, tindakan itu hukumnya haram di sisi Islam kerana menyamai lelaki dan pada masa sama, ia boleh memberi kesan buruk kepada wanita Islam.

Exco Hal Ehwal Agama dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil, berkata tindakan Sharifah Amani itu tidak wajar dilakukan kerana walaupun untuk memenuhi tuntutan lakonan, ia bertentangan dengan perlakuan wanita Islam sebenar.

“Semua tindakan yang tidak bersesuaian atau bertentangan dengan ajaran Islam tidak sepatutnya dibanggakan walaupun sekadar mahu memenuhi tuntutan watak dalam filem.

“Saya tidak layak dan tidak boleh menghukumnya, tetapi saya bimbang perlakuan ini akan menjadi ikutan wanita Islam lain,” katanya selepas merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Klang Utama, di sini, semalam.

Menurut Rahman, yang haram tetap haram dan perkara itu tidak boleh dikompromi atau bertolak ansur.

Dalam masa sama, beliau turut meminta pelakon lain berhati-hati selain sentiasa mengambil berat pelbagai faktor, terutama membabitkan agama bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini.

“Jangan jadikan tuntutan lakonan atau apa saja sebagai alasan untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama. Tidak kira artis atau sesiapapun, kita perlu tegas jika ia membabitkan hal agama,” katanya.

Kelmarin, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyis Abdul Majid, dipetik berkata artis beragama Islam tidak sepatutnya membelakangkan hukum agama selain merendahkan diri sendiri dengan melakukan perkara bertentangan dengan agama semata-mata untuk popular.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Idris pula mengingatkan artis beragama Islam supaya tidak terpengaruh dengan artis Barat yang sanggup mengorbankan agama semata-mata mahu menjadi popular dan dikenali ramai.

4 comments:

Anonymous said...

hipokrit giler....

artis-artis lain (jantan & betina dll) berpeluk bergambar dalam majalah , seksi, tayang aurat, takde sape2 sibuk......

ye la kan, tengok paha seksi sedap mata mandang, jeling buah dada ok jer....

kepala botak plak sakit mata mata mandang....

"u'll never walk alone" ms sharifah.. I'm one of your biggest fan in Malaysia.... Sepet and gubra is the only local film that i watched after P.Ramlee film,...the other...sucks

Anonymous said...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya ingin meluahkan rasa sedih dan hampa terhadap artis-artis Malaysia terutama dengan tindakan artis Sharifah Amani membotakkan rambutnya baru-baru ini. Tindakan anda sungguh meluatkan, memalukan sebagai seorang Muslimah dan sungguh mencabar perintah Allah dan Rasulullah SAW! Dalam pemerhatian saya, artis-artis Malaysia sekarang ini makin lama makin berani melampaui batas hukum Syariah semata-mata kerjaya dan kononnya ‘cinta dan dedikasi’ mereka terhadap bidang seni. Mereka akan sering menggunakan alasan seperti, “Apa salahnya kalau saya lakukan ini untuk ‘cinta’ saya terhadap kerjaya saya?” Apa salahnya? Jangan nak buat lawaklah cik adik manis! Kalau mufti dan para ulama negara kita sendiri telah menegur perbuatan itu, tentulah salah! Atau adakah anda terlalu egoistik sehingga sudah tidak mahu menerima teguran dariapada mereka yang lebih memahami dan mendalami ilmu agama? Jadi sekiranya dalam lakonan yang akan datang, ada babak melakukan hubungan seks atau ciuman, anda akan terima kerana ingin lakonan anda dihayati penonton dengan lebih mendalam, bukan begitu? Oh, saya sungguh bangga dengan pendirian anda yang sungguh tegas dan keras kepala.

Yang lebih menyedihkan lagi adalah kita sebagai orang Islam bukannya nak melarang artis itu daripada melakukan perbuatan haram itu malah memberi dorongan dan sokongan kepadanya! Subhaanallah! Sehinggakan artis lain boleh mengatakan bahawa ‘dia kagum dengan kesabaran Nani’ dan penulis memuji cara penampilannya yang ‘eksotik dan unik’? Tidakkah anda sedar bahawa kata-kata anda (para artis dan penulis) akan memberi kesan yang mendalam kepada para peminat dan pembaca? Pada masa yang sama Cik Sharifah berharap agar kontroversi botak kepala akan berakhir sedangkan inilah kata-kata yang diucapkan para artis lain dan para penulis? Rasanya kita kena tunggu sampai kucing bertanduk lah untuk merealisasikan harapan anda.

Artis-artis lain pula semakin berani mendedahkan aurat tanpa segan silu di khalayak ramai. Apakah motif mereka melakukan semua itu? Unutk publisiti? Adakah publisiti tidak boleh diperolehi melalui cara pemakaian seorang Muslimah? Mereka sendiri tahu bahawa Islam mewajibkan penganutnya menutup aurat namun inilah penjelasan mereka, “Saya tak bersedia lagi untuk bertudung.” Tapi untuk melakukan segala perkara yang bertentangan dengan hukum syarak, mereka lebih dari bersedia! Mengapa mereka sanggup mempertaruhkan harga diri mereka juga semata-mata ‘cinta’ mereka terhadap kerjaya mereka? Adakah landasan hukum Syariah sudah tidak penting dalam cara hidup mereka sebaliknya artis-artis Barat yang bukan Muslim dan langsung tiada maruah dan harga diri dijadikan idola dan ikutan? Mengapa mereka tidak memikirkan bahawa tindak tanduk mereka diteliti setiap masa oleh para peminat dan apa yang mereka lakukan akan dijadikan ikutan?

Selain daripada itu, sering kita dapati bahawa kata-kata kesat digunakan dalam filem-filem terutamanya yang dilakonkan pelakon-pelakon Melayu kita. Kita boleh mengesan bahawa cara hidup Islam makin lama makin dipinggirkan dan tidak diendahkan lagi oleh para pelakon ini. Mana tidaknya, agama kita tidak menyuruh kita meluahkan kata-kata kesat tetapi berkata-kata lembut dan berhemah. Kemudian, apabila budak-budak kecil yang berusia 4 atau 5 tahun menuturkan kata-kata ini, kita akan memarahi mereka. Adakah ini logik? Kita sepatutnya menyalahi diri sendiri kerana mengidola artis-artis ini yang sememangnya tidak mengambil berat tentang ajaran agama. Baru-baru ini ada khabar yang menyatakan bahawa seorang artis tanahair telah ke negara jiran (Singapura) untuk melakonkan sebuah iklan yang mengkhendakinya melakukan adengan ciuman. Apakah yang ingin dibuktikannya? Tindakannya itu sungguh tidak bermoral dan sekaligus tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang dibanggakan dan ‘daring’ kerana memang pada hakikatnya tidak sama sekali!

Harapan saya adalah supaya kita tidak akan mengikuti mana-mana artis semata-mata tindakan mereka yang dikatakan ‘bold’ dan ‘daring’ tetapi sebenarnya melanggar syarak dan Syariah. Biarlah apa yang sedang dilakukan para artis ini dijadikan iktibar kepada setiap lapisan masyarakat. Bukalah mata kita dan fikirkan masa depan generasi yang akan datang. Adakah kita ingin generasi yang akan datang mengikuti jejak langkah mereka dan tindak mengendahkan ajaran Islam dan seterusnya menjadi generasi yang tidak berakhlak dan bermoral? Terus terang saya mengatakan bahawa saya tidak akan menjadikan mereka idola kepada anak-anak saya kelak kerana mereka sememangnya tidak layak! Namun begitu, pilihan berada di dalam tangan anda masing-masing dan semoga Allah akan mengampuni dosa-dosa kita dan membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya.

Nabi SAW bersabda : Sesiapa daripada kamu yang melihat sesuatu kemungkaran dilakukan maka hendaklah dia menyekatnya menggunakan tangannya. Jikalau tidak terdaya maka dengan lidahnya. Jikalau tidak terdaya maka dengan hatinya dan itu adalah peringkat iman yang terendah. (Diriwayatkan Muslim, mukasurat : 436).

Berdasarkan hadith ini, saya mempertahankan pendirian saya dan perbuatan saya menulis di ruangan ini. Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak akan pedulikan sebarang kritikan terhadap perbuatan saya kerana saya tahu bahawa sebagai seorang Islam, tindakan saya betul dan wajar. Anda boleh memaki dan mencemuh saya tetapi awas, tindakan saya berdasarkan hadith Nabi SAW maka secara tidak langsungnya, anda sedang memaki dan mencemuh perintah Baginda SAW.

Wassalam.

P/S: Bukannya takde sape2 yang sibuk...tapi cume kenyataan mereka tak dilayan orang2 yg menggila2 kan artis2 pujaan mereka seperti kamu...mungkin anda perlu membaca dengan lebih untuk mengetahui hal semasa...kerana pada hakikatnya kelakuan artis2 lain memang sudah ditegur beberapa kali tetapi tidak diendahkan...

Anonymous said...

["waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh" - pada yg memberi salam]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

seperti apa yg kita maklumkan dan sekiranya kita mempunyai asas agama yg kuat, sudah pasti kita tidak akan menyokong tindak-laku seseorang itu terutama sekali seorang wanita walaupun dia seorang artis atau selebriti kerana seperti apa yg kita tahu, tuntutan agama tiada komprominya di mana yg HARAM tetap HARAM dan bukan di mana yg HARAM dijadikan HALAL hanya semata-mata untuk kepentingan duniawi. Ya, memang kita mendapat nama, menjadi kebangaan sesetengah masyarakat dan peminat2 yg tertalu taksub dengan kejayaan kita sehinggakan lupa akan tanggungjawab kita sebagai umat Islam.

saya nie bukanlah ustazah mahupun org yg begitu alim tetapi sebagai seorang hamba Allah swt yg hina lagi daif ini, saya agak terkejut dan terkilan dengan penampilan sesetengah artis Melayu Islam yg seolah-olah seperti apa yg dikatakan lebih mengutamakan agenda dunia pada prioriti no. 1 sementara akidah, syariat dan sunnah Nabi Muhammad saw jatuh ke tangga no. 2.

memang benar manusia tidak dapat lepas dan lari dari dunia hiburan dan semakin hari kita dapat menyaksikan majalah2, video klip2 dan filem2 mahupun drama2 tempatan di mana artis2 kita seolah-olah tidak berasa malu untuk bergambar, berkepit, berpelukkan, mendedahkan aurat walhal mereka bukan suami-isteri yg sah. saya akui ianya bukan satu tugas yg mudah untuk kita membeteraskan hiburan seratus peratus tetapi sekiranya hiburan, jalan cerita itu membawa keinsafan pada kita akan kematian, seksa2 di alam Barzah dan juga cara2 lain yg boleh meningkatkan lagi akidah umat Islam terutama sekali para remaja.

artis2 dan selebriti2 inilah role model, ikon kita di dunia di mana tindak-laku mereka, percakapan mereka dijadikan contoh pada anak2 remaja dan sekiranya pada awalnya mereka sudah menyampaikan mesej yg salah dan negatif, bayangkan bagaimana pula ahlak anak2 remaja kita yg akan datang. mungkin tidak SEMUA artis yg memberi kesan yg negatif tetapi yg ada itu pun cukup untuk merosakkan mentaliti anak2 muda kita.

Nauzubillah... minta2 yg baik itu dijadikan tauladan dan yg buruk itu dijadikan pengajaran agar kita hindari dari melakukannya lagi di masa hadapan.

pada artis2 tanahair baik di Singapura, Malaysia dan yg sewaktu dengannya... saya doakan agar Allah swt lindungi, berkati dan peliharaailah kalian dan semoga satu hari kelak, kita dapat membangunkan satu seni hiburan yg cantik, yg molek di mana kita dapat meningkatkan lagi syariat Islam kepada masyarakat Islam.

Izzudin said...

Mereka sanngup membotakkan rambut kerana nak Duit.? Bodohnye

Blog Widget by LinkWithin