adsense

07 August, 2007

Aroma Rasa: Kerabu Tauge Chef Zam



Oleh DALILAH IBRAHIM

Kerabu tauge sentuhan Chef Zam
(Foto mStar oleh Dalilah Ibrahim)

PELBAGAI jenis kerabu boleh didapati di negara kita, malah ianya menjadi pembuka selera yang sangat ideal untuk jamuan-jamuan tengahari dan makan malam.

Pembaca Aroma Rasa boleh mencuba resipi yang digubah oleh Chef Zam - hos rancangan Serimas Selera Dunia sewaktu beliau menjelajah ke Hong Kong.

KERABU TAUGE CHEF ZAM
Bahan-bahan:

300gm tauge (dibuang ekor)
4 batang daun kucai (dipotong pendek-pendek)
100gm udang sederhana (dibuang kepala dan kulit)
4 biji bawang merah (dihiris halus)
2 sudu besar kerisik
1 cawan santan putih
5 biji cili padi (dipotong mengikut citarasa sendiri)
Jus limau nipis
Gula dan garam secukupnya

Cara-caranya:

1) Goreng udang dengan sedikit mentega dan asingkan.
2) Tumiskan kerisik, udang kering dan hirisan bawang merah.
3) Gaul sebati udang, tauge, kucai dan cili padi dengan bahan-bahan tumisan di dalam mangkuk salad.
5) Masukkan santan, jus limau, gula dan garam secukup rasa.
6) Hidangkan sebagai pembuka selera.

Nota: Menurut Chef Zam, tauge tidak perlu dicelur kerana haba dari bahan tumisan akan melayukan tauge setelah digaul.


No comments:

Blog Widget by LinkWithin