ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
10 August, 2007
Ceria Menawan: Sabun penting untuk rawatan tubuh
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
WANITA dan sabun tidak dapat dipisahkan, tidak kira apa bentuk sekalipun. Agak janggal jika seseorang wanita mandi tidak bersabun selain kedengaran pelik, ia juga melambangkan peribadi negatif terhadap individu.
Sebenarnya sabun penting untuk rawatan tubuh. Namun, sejauh mana sabun sesuai dengan kulit ia perlu diteliti dengan membuat pilihan berkualiti bagi mengelak kulit daripada alahan atau kering. Jika sabun tidak dibilas dengan bersih ia menyebabkan kulit menjadi kering dan berlaku iritasi selain menyebabkan pori-pori kulit tertutup dalam jangka masa panjang.
Ramai yang percaya, rasa tegang selepas mandi atau mencuci tangan dengan sabun adalah bersih. Sebenarnya ketegangan itu berpunca daripada sebahagian kulit yang mengering. Namun, jika kulit anda kekal tegang hampir tiga minit selepas menggunakan sabun anda perlu menyapu losyen atau krim pelembap untuk mengelak dehidrasi kulit.
Jika kulit kering, anda disaran memilih sabun yang mengandungi formula gliserin, petroleum dan 'beeswax'. Ketiga-tiga sabun berkenaan membantu melindungi kulit daripada iritasi dan jerawat. Selain itu, sabun yang mengandungi rumusan bahan semula jadi seperti oren, limau, timun juga baik untuk kesihatan kulit.
Berikut beberapa jenis sabun dan kegunaannya:
'Acne Soap'
Membunuh bakteria penyebab jerawat
Sabun ini menyebabkan kulit kering
Selepas menggunakannya elok sapukan pelembap atau losyen pada kulit
Sabun Natural
Mengandungi rumusan semula jadi yang lengkap vitamin, ekstrak buah, ekstrak bunga, aloe vera dan herba
Sesuai untuk semua jenis kulit dan kebarangkalian menyebabkan alahan pada kulit sangat rendah
Sabun 'Deodorant'
Bersifat aktif untuk menghilangkan bau kurang enak pada bahagian badan
Sesuai digunakan bagi mereka yang aktif dan melakukan kegiatan lasak
Sabun jenis ini tidak sesuai digunakan pada kulit wajah kerana menyebabkan kulit mengalami alahan
Sodium Hydroxida dan Alkaline
Menyebabkan kulit kering dan iritisai serta mengelupas
Bagi mereka yang alah ia menyebabkan gatal-gatal, kebas dan tidak selesa
Panas dan kesat
Anti Bakteria Formula
Hanya membersihkan bahagian luaran
Tidak berkesan membunuh bakteria dan kuman pada jerawat
Lemak Haiwan
Menyebabkan jerawat
Bagi mereka yang alah berlaku gatal-gatal dan tumbuh biji halus
Menyebabkan kesan sampingan serta menyebabkan kulit kusam
PH di atas 7
Meningkatkan kewujudan 'propionobacteria' iaitu sejenis bakteria penyebab jerawat
Bagi mereka yang alah elakkan menggunakan sabun ini yang menyebabkan kulit kering dan bersisik.
source
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment