adsense

20 August, 2007

Logo Halal baru untuk Yong Tau Foo?




Komentar Oleh greenboc



aSemalam satu terbaca satu thread di ruang Forum TKO bertajuk "hati-hati dengan yong tau foo" yang mana pembuka thread menyampaikan pesanan dari satu ceramah yang didengarinya dari seorang ustadz yang meminta umat Islam berhati-hati dengan mengambil yong tau foo.


Di lamanweb PPIM pula saya terserempak dengan satu berita berfoto mengenai satu papantanda yang memaparkan satu logo aneh bertulis "non-pork" sebagai satu daya tarikan untuk yong tau foonya.


bSaya tidak tahu di mana lokasi Restoran SMS Bamboo Yong Tau Foo ini dan tidak mendapat sebarang maklumat dari lamanweb itu.


Apa yang pasti ia tentulah berada di dalam negara kita.


Saya cuba menghubungi nombor telefon yang tertera tetapi malangnya disambut dengan Bahasa Mandarin dan yang menyambutnya pula tidak tahu berbahasa Malaysia atau Inggeris.


Yang penting untuk dipersoalkan sekarang ialah bagaiamana papan tanda yang mengelirukan serta mengubah suai logo halal itu boleh dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan?


Begitu mudah sekali logo halal JAKIM di odai ddengan hanya menggantikan perkataan HALAL dengan NON-PORK di tengah-tengah lambang itu.


c


Atau apakah logo JAKIM itu tidak didaftarkan dari sebarang penciplakan hakcipta sehingga ianya boleh diubah secara wewenangan oleh orang tertentu? Dan apakah JAKIM lansung tidak tahu menahu akan kejadian "logo"nya yang telah dicabuli itu?


Menteri Perumahan dan Kerjaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting perlu memberi penjelasan mengapa pihak berkuasa tempatan tidak peka dengan sensitiviti umat Islam di negara ini serta membiarkan signboard itu terus terpacak megah untuk melambai kedatangan umat Islam ke restorannya.


Lebih membimbangkan apabila tertulis satu ayat "menghidangkan makanan halal" di sign board itu. Apakah ia benar dan apakah pihak berkuasa tempatan telah memeriksa premis serta makanan terhidang samada ia benar-benar halal untuk dimakan leh umat Islam?


Hal ini perlu disiasat segera dan PBT berkenaan serta JAKIM sendiri perlu mengambil langkah proaktif agar perkara sebegini dapat

1 comment:

Anonymous said...

Pilih dan beli Yong tau foo buatan melayu..Anda boleh dapat kat sini...Yong Tau Foo
Hikmah Food : 03-7845 1507. Beroperasi di batu cave selangor.Mnat call..

Beli ikan air tawar pun kena hati2.try tengok http://jaip.perak.gov.my/bhg_penyelidikan/PATIN.htm.

dari

http://ikankelibelada.blogspot.com/

Blog Widget by LinkWithin