adsense

10 August, 2007

Penemuan "BUDU" Yang Menakjubkan



Peminat budu sekalian….

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi
sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal
dari negeri Trganu dan Klate ini mendapat perhatian dan menjadi kajian
para ahli pemakanan berkhasiat dari Jepun, Amerika , Australia , New
Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki
Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan
meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai
penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
Kenyataan ini bagaikan satu
kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu
yang dianggap makanan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal
bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah
koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat anti
bakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit
jantung dan hipertensi .
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan
dimanfaat kan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang
diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak
yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. Ia juga
mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang
menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu
yang singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya,
kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di
antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah
. Pemakanan
budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan
stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-
kanak dan orang dewasa.
Dua kelompok vitamin yang terdapat pada budu ialah vitamin larut air
(vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K). Budu
merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada
pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid
pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin) .

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang
dihasilkan oleh bakteria Klebsiella Pneumoniae dan Citrobacter frundiin -
yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan
laut, ikan- ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah
merah, di mana kekurangan vitamin ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia
perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikro
gram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini
jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya
vitamin B12 para pengamal diet jaga badan tidak perlu lagi merasa khuatir
akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein
yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah
yang cukup.
Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39,
2, 87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat
antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E
dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat
diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih
elektron yang
tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan
ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.
Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan
juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam
budu
akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon
(unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu, di
samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4
trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat jika
dibandingkan dengan isoflavon
dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di University North
Carolina ,
Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang
terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan
dan kanser payudara .
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan
pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh
darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin
disebabkan
oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor
dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ),
hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang
mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti
kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan
kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu
sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke
tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai
sumber serat (dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10%
bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang
dianjurkan oleh National Cancer Reserach.
Berbanding serat di dalam
ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe
atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan.
Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta
kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari
dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan
.
Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai
keperluan untuk tubuh badan
.

So minumlah budu mcm minum air mineral...ok! !!__..___

No comments:

Blog Widget by LinkWithin