adsense

07 August, 2007

Seksi: Jabatan agama tidak jadi dakwa penyanyi



06-08-2007 08:53:00 PM

IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) menggugurkan pendakwaan terhadap penyanyi Siti Noor Idayu Abd Moin berkaitan kes berpakaian menjolok mata dan menggalakkan maksiat di sebuah kelab malam.

Penyanyi itu, 22, berkata Jaip mengambil keputusan tersebut selepas satu pertemuan Sabtu lepas.

“Dalam mesyuarat itu, (Jaip) membuat keputusan menggugurkan pertuduhan sebab ia tidak mempunyai cukup bukti untuk meneruskan pendakwaan," kata Siti Noor Idayu [foto kiri].

Dalam pertemuan itu, katanya, pegawai-pegawai Jaip turut menasihatkannya berpakaian sopan untuk persembahan pada masa depan.

Penyanyi itu bagaimanapun berkata dia akan tetap berpakaian seperti sebelumnya.

"Saya tidak fikir pakaian saya terlalu menjolok mata atau seksi. Bukannya saya pakai bikini. Saya tahu apa yang boleh dan tidak boleh saya lakukan," katanya.

Jaip menahan Siti Noor Idayu dan beberapa lagi ketika serbuan di sebuah kelab malam di Tambun pada 3 Julai lepas.

Jabatan agama tersebut setakat ini gagal dihubungi untuk ulasan.


Source


No comments:

Blog Widget by LinkWithin