adsense

04 February, 2008

Kubur semakin penuh



Seorang lelaki berserban dan berjubah berjalan seorang diri meredah padang pasir yg tandus.Sampai di pertengahan jalan seorang anggota tentera yg sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu.

"Awak ni siapa?"tanya tentera tersebut.
"Saya hanyalah seorang hamba!"beritahu lelaki berjubah itu.
"Errr! Mana jalan nak pergi ke kota paling hampir di sini?" tanya tentera itu lagi.
"Nun di sana tu,"kata lelaki berjubah itu sambil menunjukkan ke arah sebuah perkuburan lama.
"Ho! Orang tua!Engkau sengaja nak permain-mainkan aku ya!"tengking tentera itu

Lelaki berjubah itu dibelasah sehingga kepalanya luka dan berdarah.Kemudian tentera itu mengikat leher lelaki tersebut dengan seutas tali dan mengheretnya di atas pasir. Perbuatan tentera itu diperhatikan sekumpulan penduduk dari kota berhampiran dengan penuh kehairanan. Mereka beramai-ramai mendekati dan terkejut melihat lelaki yg didera itu seorang yg amat dihormati.

"Hei! Jangan seksa orang tua ni! Kalau kamu nak tahu inilah Ibrahim Adham,orang alim yg paling disegani di kota ini," jerit seorang penduduk tempatan. Tentera itu tergamam.Serta-merta dia berlutut di depan lelaki berjubah itu sambil menangis. Maafkan saya tuan! Ampunkanlah kesalahan saya! Saya menyangka tuan benar-benar seorang hamba!" rayu tentera itu. Ibrahim bertanya sambil tersenyum."Siapakah manusia yg bukan bergelar hamba?"
Lelaki itu terdiam.Dia tidak mampu menjawab pertanyaan Ibrahim. Rasa malu menyelinap dlm dirinya kerana tidak sengaja telah menganiaya ulama terkemuka itu.

Ketika itulah Ibrahim mengangkat tangan sambil berdoa:"Aku mendoakan agar hidup engkau mendapat berkat. Balasan terhadap diriku kerana perbuatanmu adalah syurga dan aku tidak senang hati jika balasan untukmu adalah neraka... ." Lelaki itu bertanya kepada Ibrahim: "Kenapa tuan menunjukkan kawasan perkuburan bila saya tanya arah nak ke kota?" Ibrahim dengan nada perlahan menjawab: "Sebab,makin lama kota semakin kosong tapi kubur semakin penuh!"


No comments:

Blog Widget by LinkWithin