Oleh PAS Johor Bahru
Gambar ini sangat menarik dan ianya boleh menceritakan segala-galanya.
Orang Melayu sejak sekian lama memang taik judi, semuanya boleh belaka.
Makanya tidaklah hairan tanpa segan silu orang melayu boleh beratur untuk membeli nombor, pakai sepersalinan baju melayu pulak tu. Memang orang melayu tak tahu malu. Semoga Allah bukakan pintu hidayahnya kepada hamba yang mahu kembali kepadanya.
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya(Al-Maidah 90)
Sumber : Jundullah
1 comment:
Salam,
Maaf saya mencelah. Sekadar teguran.. Tidak baik mendedahkan keaiban seseorang walaupun dia benar2 melakukan perbuatan yang berdosa kerana ianya dikategorikan juga sebagai mengumpat.
Ini kerana banyak keraguan berikutan saudara mungkin tidak mengetahui status sebenar insan tersebut, mungkin Melayu dan berpakaian melayu tetapi belum tentu dia Muslim.
Malah, sekiranya niat insan tersebut bukan untuk membeli nombor (bertanyakan arah panduan sebagai contoh), saudara dikategorikan sebagai memfitnah dan berdosa juga hukumnya.
Nasihat saya, berhati2 lah dalam membuat posting. JIka insan tersebut tergolong dalam kategori yang saya maksudkan di atas, maka 100 orang pelawat ke blog saudara mendapat tempiasnya dan begitu juga diri saudara. Minta dijauh, Nauzubillah..
Maaf andai terasa, saya hanya menjalankan tugas sebagai khalifah sesama muslim agar kita sama2 mendapat manfaat dariNya.
Amin..
Hamba Allah
Post a Comment