adsense

13 February, 2008

Parlimen bubar hari ini



KUALA LUMPUR, 13 Feb - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen di bawah peruntukan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Pembubaran itu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-12 diadakan dalam tempoh 60 hari.

Pembubaran ini dibuat selepas beliau menghadap dan mendapat restu dari Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Ibni Almarhum Tuanku Zainal Abidin Al Muktaffi Billah Shah pagi tadi.

Yang di-Pertuan Agong telahpun menandatangani peristiharan pembubaran Parlimen hari ini, dan dengan itu juga negeri-negeri dinasihati membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Perdana Menteri juga menyatakan semalam beliau enggan mengumumkan kemungkinan Parlimen dibubar hari ini kerana belum bertemu Yang di-Pertuan Agong lagi.

Perdana Menteri juga menyatakan, tarikh penamaan calon dan pengundian akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat. - mks.



Pak Lah buat lawak ke?

Ini berikutan tidak sampai 24 jam, Abdullah mengumumkan kepada media tiada pembubaran Parlimen, sebaliknya membubarkannya hari ini.

Abdullah juga dikatakan tidak konsisten dalam membuat sesuatu keputusan setelah melihat kenyataan-kenyataannya semalam menafikan berlakunya pembubaran Parlimen hari ini.

Laporan akhbar hari ini Abdullah secara berseloroh menyebut, "Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen,".

Abdullah juga menafikan kononnya mesyuarat mingguan Kabinet hari ini adalah yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-12 diadakan.

Sambil ketawa ketika diajukan soalan sama ada Parlimen akan dibubarkan hari ini, Perdana Menteri berkata, mesyuarat mingguan Kabinet akan tetap diadakan seperti biasa hari ini.

"Apa yang menyebabkan anda berfikir mesyuarat Kabinet itu adalah yang terakhir? Mesyuarat Kabinet ada lagi... ada lagi," katanya pada sidang media selepas melancarkan Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kampus universiti itu di sini, semalam.

Berita lawak tersebut ada di muka depan akhbar Berita Harian hari ini atau secara online:

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/BeritaUtama/20080212230432/Article/index_html

6 comments:

Anonymous said...

pak lah berbohong kpd media dan rakyat megenai tarikh pembubaran parlimen sebelum ini.
ternyata pak lah munafik besak.

dot said...

aku setuju.. ckp berdolak dalik... Inilah Imam Islam Hadhari.. Nasib baik bukan Imam Iman Hadhari

Anonymous said...

DIA INGAT NEGARA NI BAPAK DIA PUNYA

Anonymous said...

Lawak ke?Aku rasa PAS/DAP/ADIL Slalu buat lawak..Kah2,bau2 kekalahan dah ada..

Anonymous said...

Sukati dia le,nk bubar ke tak,itu hak die,DYMM Tuanku Mizan tentukan..Cakap tu mcm ikut Nafsu marah je,keh2..

Anonymous said...

Insyallah BN akan menang besar,jangan tabur janji kosong mcm sesetengah parti pembangkang tu..Huhu.Cakap je lebih..

Blog Widget by LinkWithin