adsense

15 June, 2007

Belajar Bahasa Klate Part 3



Seperkara lagi, ada di antara perkataan dalam penggunaan biasa loghat Kelantan di anggap TABOO
dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak manis didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain...Yang popular digunakan antaranya:

CEBOCK : kita maksudkan 'cedok', selalunya untuk cecair, mencedok air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud "basuh b***k"(istinja).

PPATAK : kita maksudkan 'paling bawah'. Mencarut bagi mereka...

JEBUR : kita maksudkan 'botol' (kurang popular sebenarnya, tapi org tua-tua masih guna perkataan
ni...) Kalau silap dengar, lain maksudnya.

KOTER : kita maksudkan "kelapa tua yang kering tak berair" (ingat slogan CAWAT KOTE?) di kebanyakan tempat, ianya mencarut juga!!

TTINO : kita maksudkan 'perempuan' tapi bila sebut BETINA, ramai yang marah.(begitu juga JATE...)

AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang luar, TUAK adalah Haram (sama
taraf dengan TODI & ARAK...)Yang fresh & manis tu dipanggil NIRA.

NNATE : kadangkala "simbol" kemesraan antara kawan...cuba direct translate jadi BINATANG...
Boleh bergaduh nanti...

SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud "tidak kena mengena", bagi org KL,ia bermaksud "kaum kerabat" contradict betul!!!sprt gak perkataan bujang (buje) membawa erti janda di Kelantan.

SIAL = sembuh

Biasanya perkataan yang berakhir dengan`an','am','ang' diganti dengan `e'. cth :

Jangan=jange
Lengan =lenge
ayam = aye
Geran = gere,
Pisang = pise
Malam = male BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like pelam(mangga) & pelan.(nanti jd lain lak.)

Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi.Sekadar contoh,

Tanpa 'sabdu' orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!

Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA(useless). Atau keliru di antara KECEK(tipu) dengan KKECEK (bercakap) dan juga banyak diringkaskan percakapan sprt :make kkeda (makan di kedai), maye ssejid (sembahyang di masjid) tido lluar(tidur di luar)

1 comment:

Anonymous said...

sembuh tu klate panggil sia la u..bukan sial..hemmm

Blog Widget by LinkWithin