adsense

21 June, 2007

Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah





Bahagian Pertama (Kuliah Subuh di Mekah pada 18 April 2005)

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu
iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang
mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya
datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling
Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP.
Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf
seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu
lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangny a,
ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama
pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.

Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang
empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya
boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah.
Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai
oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan
untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan
pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi
menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani
Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani
Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di
buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu
dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa?:58)

Mahfumnya ?Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang
berhak menerimanya?

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani
Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata
mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa
kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila
kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk
Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian
di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar
pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8
tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah
yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian
Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu.
Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan
Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di
simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu
lama ada disimpan di dalam itu.

Bahagian Kedua (Kuliah Pengubatan
pada 12-Feb-2007)

Saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia ,
multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah
keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah
yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh
selesai.

Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi
imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet
dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada
masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan
masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak
bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.

Saya kata kepada dia, ?Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya
dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku
boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.?

Dia mintak maaf tetapi dia kata ?Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang
kamu nak??. Saya kata ?Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku
masuk ke dalam Kaabah.? Dia kata ?Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah
buka?. Saya kata ?Tak apalah kamu arahlah?. Dia kata ?Tak apa itu perkara
kecil, mintak yang lain.? Saya kata ?Tidak, itu paling besar pada saya.
Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada
cukup.?

Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah
kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.

Untuk mendengar sendiri terus dari mulut Tuan Guru Dato? Dr. Haron Din sila
muat turun audio rakaman dibawah ini

1. (Audio MP3: 4.8MB)

2. (Audio RealMedia: 2.5MB)

1 comment:

kelab fasilitator said...

salam
mcamna nk download ek
xboleh pun

Blog Widget by LinkWithin