adsense

26 July, 2007

Kereta ditarik? Apa hak anda?



Posted on Wednesday, July 25 @ 15:33:24 MYT by greenboc
Bahan Umum Oleh kertasterbang"


rPernah kah anda mengalami keadaan dimana, kereta anda ditarik? Bagi mereka yang telah berpengalaman, pasti akan merasa ngeri, ketika kumpulan penarik kereta ini mendekati anda. Sebenarnya anda semua tak perlu takut. Ada pelbagai cara, untuk anda elak dari mereka ini. Oleh itu, anda semua perlu tahu hak, dan cara anda keluar dari belenggu penarik kereta ini.


Sedia maklum bahawa, ada diantara kita ini yang "sakit" untuk beberapa bulan. Bagi mereka yang punyai tanggunggan yang ramai, pasti akan pening kepala untuk membayar belanja bulanan. Mana lebih dahulu untuk dibayar? bil telefon, atau yuran belajar anak? duit kereta atau susu anak?


Bagi mengurangkan beban, saya faham keadaan bahawa, kadang tu, poket kita kering untuk 2/3 bulan. Masa tu la, kita tangguh untuk bayar ansuran kereta. Ada beberapa keadaan yang anda perlu "alert"


1. Bank hanya akan mengambil tindakan setelah anda tidak membayar ansuran kereta selama 2 bulan 20 hari.

- Jadi, setiap 2 bulan, pastikan bayaran ansuran dibayar. Repossession Order (RO), tidak boleh dikeluarkan jika ada bayaran, dalam jangka waktu tersebut.


2. Jika anda tidak bayar?
- Ikhtiar la macamana pun untuk bayar sedikit. Paling kurang, berbincang dengan pegawai bank, dan bagitau keadaan sebenar.


3. Jika tak bayar juga?
- Ada kumpulan penarik kereta (mereka ini terdiri dari kumpulan yang "kata" nya berpegang pada prinsip "amal maaruf"). Mereka ini bergerak secara kumpulan, dan akan menjalan aktiviti "menembak" nombor kereta di sekitar pejabat, taman perumahan dan dimana sahaja, yang mereka rasa sesuai. Kumpulan ini mempunyai komputer riba untuk memeriksa nombor plat kereta anda.
Jika nombor kereta anda "dispot"


-mereka akan call bank dan meminta RO. OK...Apakah hak anda disini?


----> PERTAMA SEKALI..MINTA KAD KUASA DARI MEREKA (KAD INI DIKELUARKAN OLEH BANK DAN PERIKSA K/P MEREKA INI). Pastikan ianya sama dan telefon bank untuk kepastian. ..kebiasaanya, mereka ini menggunakan 1 kad kuasa untuk 50 penarik kereta...kalau tak sama, call bank dan polis dan terangkan keadaan sebenar.


----> KALAU KAD KUASA DAN KP SAMA?
--telefon kawan, dan minta dia buat bayaran di mana2 cash deposit machine SECEPAT MUNGKIN..Sebabnya? mereka ini akan menghubungi bank dan meminta bank untuk berhentikan bayaran ansuran anda.. OLEH ITU, BAYAR SECEPAT MUNGKIN JIKA PENARIK KERETA INI MENDEKATI ANDA.


----->
KALAU ANDA MEMANG TAK MAMPU BAYAR?
--bawa mereka sekali ke balai polis berdekatan, dan buat lapuran. periksa kereta anda, dan kalau boleh, ambil gambar keseluruhan kereta itu. kebiasaanya, penarik kereta ini akan menukar sebarang peralatan yang difikirkan bagus oleh mereka.


KESIMPULAN.
KALAU TERJADI KEADAAN DIATAS, JANGAN PANIK DAN KELIRU. Penarik kereta ini, tak punya hak untuk mengugut anda. Ambil langkah yang saya terang diatas, dan InsyaAllah, sebarang perkara yang tak elok, boleh dielakkan..
"

1 comment:

Anonymous said...

dah pandai berutang bayar lah....ni pandai plak nak lari dari bayar utanggggg....

Blog Widget by LinkWithin