adsense

25 July, 2007

3G BROADBAND DI MALAYSIA



Sekarang ramai pengguna telah beralih kepada teknologi 3G yang menawarkan akses internet kepada pengguna di mana sahaja mereka berada.Di saat ini komunikasi bergerak atau mobile communication menjadi tren dan gaya hidup yang semakin digemari.

Apa itu 1G,2G dan 3G

Secara ringkasnya 1G merupakan teknologi handphone pertama yang menggunakan sistem analog, contohnya AMPS (Advanced Mobile Phone System) di US dan TACS (Total Access Communication Service) di Eropah. Generasi pertama ini menggunakan teknik komunikasi yang disebut Frequency Division Multiple Access (FDMA).

Keterbatasan generasi pertama yang terhad kepada komunikasi suara sahaja maka dunia komunikasi berubah kepada generasi kedua iaitu 2G yang menawarkan bukan sahaja komunikasi suara tetapi untuk berSMS dan mempercepatkan kadar pemindahan data dengan kelajuan maksimum 9.600 bps (bit per second).

Setelah 2G, lahirlah generasi 2,5 G yang merupakan versi lebih baik dari generasi kedua. Generasi 2,5 ini mempunyai kemampuan transfer data yang lebih cepat. Yang terkenal dari generasi ini adalah GPRS (General Packet Radio Service) dan EDGE.

Generasi 3 atau 3G merupakan teknologi terbaru dalam dunia seluler. Generasi ini lebih dikenal dengan sebutan UMTS (Universal Mobile Telecommunication System) atau WCDMA (Wideband - Coded Division Multiple Access). Kelebihan generasi terbaru ini terletak pada kecepatan transfer data yang mencapai 384 kbps di luar ruangan dan 2 Mbps untuk aplikasi indoor. Selain itu, generasi ini dapat menyediakan layanan multimedia seperti internet, video streaming, video telephony, dan lain-lain dengan lebih baik.

Wars of 3G Provider : Maxis vs Celcom

Di Malaysia sekarang dua penyedia telekomunikasi terbesar negara iaitu Maxis dan Celcom saling merebut peluang terkehadapan untuk menyediakan pakej terbaik bagi para pelanggan. Di sini saya membuat satu perbandingan untuk pengguna yang mahukan broadband internet menggunakan teknologi 3G.

maxis

Maxis memperkenalkan dua jenis 3G iaitu standard 3G dan High Speed 3G berikut merupakan perbandingan kelajuan standard 3G dan High Speed 3G.

laju

Ini adalah package yang ditawarkan oleh Maxis.

package

package2

modem

Modem yang dibekalkan secara sewa oleh maxis

Celcom 3G

c1

Celcom juga menawarkan dua jenis pakej 3G iaitu standard 3G dan 3GX(high speed 3G).

Berikut adalah package yang ditawarkan oleh Celcom.

celcom

celcom data card

Celcom data card

Berikut adalah kadar yang dikenakan oleh pihak Celcon untuk pelanggan 3GX

OPTION 1
Installment Plan of RM 189/month for 12 months.

Unlimited Data Package

1 Unit of Vodafone Mobile Connect Card with 3G broadband

OPTION 2
Subscribe to Celcom PowerTools Enterprise Postpaid Plan for either Power 38
or Power 18

Unlimited Data Package

Purchase the Vodafone Mobile Connect Card with 3G broadband at RM 799
per unit

Source

No comments:

Blog Widget by LinkWithin